Wasiat D i legasi

Wasiat D i legasi Objektif kami adalah Mengurus dan mentadbir harta-harta pelanggan sebelum takdir dan harta tersebut sama-sama manfaat pada simati dan ahli waris.

TADBIR SEBELUM TAKDIR

*URUSAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA UNTUK WARIS BAWAH UMUR, PERINTAH JUALAN HARTA PUSAKA DAN PERTUKARAN PENTADBIR YANG TIDA...
29/12/2019

*URUSAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA UNTUK WARIS BAWAH UMUR, PERINTAH JUALAN HARTA PUSAKA DAN PERTUKARAN PENTADBIR YANG TIDAK AMANAH*

1. Kebiasaannya dalam kes di mana seseorang meninggal dunia meninggalkan waris bawah umur atau waris kurang upaya, seorang pentadbir akan dilantik oleh mahkamah atau pejabat pusaka kecil untuk mewakili waris-waris dalam menguruskan harta pusaka si mati.

2. Harta pusaka tersebut tidak boleh terus di turun milik kepada semua waris, sebaliknya akan di turun milik kepada nama pentadbir yang dilantik sehinggalah waris yang bawah umur tersebut telah mencapai umur dewasa iaitu 18 tahun dan sehinggalah status waris kurang upaya tersebut ditarik balik.

3. Kebiasaannya juga satu kaveat pendaftar akan dimasukkan oleh Pentadbir Tanah pada hakmilik tanah pusaka tersebut untuk melindungi hak dan kepentingan waris-waris bawah umur dan kurang upaya tadi. Dengan adanya kaveat pendaftar tersebut tanah pusaka tadi tidak boleh di pindah milik kepada pihak lain.

4. Pentadbir tadi walaupun namanya ada dalam geran harta pusaka tersebut, ianya tidak menjadikan beliau mempunyai hak pemilikan terhadap harta pusaka tersebut.

5. Sebaliknya, Pentadbir hanya berperanan untuk mentadbir harta tersebut sahaja dan mempastikan bahawa hak dan kepentingan semua waris (terutamanya waris yang bawah umur dan kurang upaya tadi) terhadap harta pusaka tersebut dilindungi.

6. Pentadbir perlu bertanggungjawab untuk mempastikan hasil yang diperolehi daripada harta tersebut diagih-agihkan mengikut bahagian masing-masing sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah pusaka. Beliau juga hendaklah mempastikan yang bahagian untuk waris yang bawah umur dan kurang upaya tadi hanya digunakan untuk tujuan kebajikan mereka sahaja.

7. Sekiranya pentadbir bercadang untuk menjual harta pusaka tersebut, beliau perlu mendapatkan persetujuan bertulis daripada kesemua waris-waris tersebut terlebih dahulu.

8. Dengan persetujuan bertulis tersebut beliau hendaklah memfailkan permohonan Perintah Jualan daripada mahkamah Tinggi (untuk kes pusaka yang difailkan di Mahkamah Tinggi) atau memfailkan Borang P (Borang Permohonn Bicara Semula Pusaka) di Pejabat pusaka kecil.

9. Sebelum perintah jualan diperolehi, Pentadbir perlu membutikan kepada mahkamah atau pejabat pusaka kecil yang jualan tanah tersebut dipersetujui oleh semua waris.

10. Pentadbir juga perlu menjelaskan bagaimanakah langkah langkah yang akan diambil untuk mempastikan hasil jualan harta tersebut kelak akan dibahagikan kepada waris-waris termasuklah waris bawah umur dan kurang upaya itu mengikut pembahagian yang telah diputuskan. Biasanya bahagian waris bawah umur dan kurang upaya tadi hasil daripada jualan harta tersebut akan dipegang oleh pemegang amanah yang dilantik seperti peguam atau Amanah Raya.

11. Sekiranya mahkamah atau pejabat pusaka kecil berpuas hati dengan hujah-hujah pentadbir untuk 2 perkara di atas, barulah perintah jualan akan dikeluarkan dan kaveat pendaftar pada harta tersebut akan ditarik balik.

12. Dengan adanya perintah jualan barulah pentadbir boleh jual harta tersebut dan memindah milikkannya kepada pembeli.

13. Pendek kata tugas Pentadbir ni bukan mudah. Kerana mereka memegang tanggungjawab dan amanah yang sangat berat. Jika silap urus dan tidak amanah pasti beliau akan tanggung dosanya di akhirat kelak dan beliau juga boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berkenaan.

14. Pentadbir yang tidak jujur dan tidak amanah boleh diganti oleh orang lain. Caranya sama juga seperti mana prosedur untuk dapatkan perintah jualan di atas di mana permohonan boleh dibuat oleh mana-mana waris lain untuk menggantikan Pentadbir yang tidak jujur dan amanah tadi. Jika mahkamah atau pejabat pusaka kecil berpuas hati, kuasa pentadbir sedia ada akan dibatalkan dan pentadbir baru akan dilantik.

* *
* *

Wasiat,hibah dan faraid,apa bezanya??..jom sedikit info
17/11/2019

Wasiat,hibah dan faraid,apa bezanya??..jom sedikit info

ISU HARTA SEPENCARIAN BUKANLAH ISU YANG MUDAH,DAN IANYA BOLEH DITUNTUT.Sumbangan antara suami isteri dalam kehidupan rum...
17/11/2019

ISU HARTA SEPENCARIAN BUKANLAH ISU YANG MUDAH,DAN IANYA BOLEH DITUNTUT.

Sumbangan antara suami isteri dalam kehidupan rumahtangga tidak terhitung banyaknya, dan semua sumbangan ini tidak dapat dihitung dan tidak bersifat tetap.Dalam hal isu harta sepencarian tidak akan lari sekiranya berlaku kematian mana-mana pasangan,perpisahan,poligami dan tuntutan-tuntutan lain.Jadi perancangan dari awal adalah amat diperlukan,supaya segala sumbangan kita semasa hidup tidak dipertikaian antara suami isteri,adik-beradik si mati di makamah kelak.

Hubungi kami untuk merancang isu harta sepencarian anda. https://wa.me/60179799707


Apakah dia harta sepencarian?
Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama.Harta sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini, pencarian,dan lain-lain.

Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih.

ADAT PERPATIH :
diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka.

ADAT TEMENGGUNG
diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin.Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pada dasarnya tidak terdapat dalil khusus di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan kedudukan Harta Sepencarian dalam Islam. Pemakaiannya diambil dari segi kaedah ‘uruf. Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu ‘uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti.

KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN

Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai Harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-

1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;

2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan

3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.

Dalam kes dari Wilayah persekutuan, Yang Chik lwn. Abdul Jamal (1986) 6 JH 146, Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Kadi Besar telah berkata:

“Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan dengan masing-masing suami isteri sama-sama menyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapat harta tersebut”.

1.Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri,
suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.

2.Jika si isteri yang memohon cerai,
Isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.

3.Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.

4.Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.

5.Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.

TANGISAN DARI BARZAKHDidalam menguruskan harta tinggalan (pusaka) simati perkara utama yang amat - amat perlu diutamakan...
16/11/2019

TANGISAN DARI BARZAKH

Didalam menguruskan harta tinggalan (pusaka) simati perkara utama yang amat - amat perlu diutamakan adalah hutang simati. Pewaris perlu ingat Hutang tetap hutang, dan hutang tetap perlu diselesaikan walaupun penghutang telah mati.

Oleh itu,semua pewaris janganlah hanya memikirkan apa yang akan aku dapat dan berapa jumlah keseluruhan wang yang akan aku terima, pewaris-pewaris perlulah mengenalpasti apakah, dimanakah dan dengan siapakah simati berhutang serta berapa jumlahnya. Pewaris hendaklah mengenal pasti apakah dan banyak mana hutang-hutang si mati dan mestilah berusaha untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan si mati.

Hutang-hutang yang dimaksudkan di sini bukan sahaja hutang sesama manusia, malah hutang dengan Allah.

Hutang sesama manusia adalah seperti hutang wang dengan individu, hutang perumahan dengan bank dan hutang pembelian dengan kedai perabot Serta juga hutang PTPTN atau hutang kad kredit juga hutang bil-bil utility dll.

Manakala hutang dengan Allah adalah perkara-perkara seperti zakat, fidyah, kaffarah, nazar dan badal haji yang tidak sempat ditunaikan si mati semasa hayatnya.

Contohnya, si mati semasa hayatnya tidak sempat menunaikan ibadat haji, maka waris boleh menggunakan harta pusaka si mati untuk menunaikan badal haji (upah haji) bagi si mati.

Hutang-hutang si mati wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka di buat.

Maka, oleh kerana itulah amat penting bagi setiap orang untuk menyimpan rekod hutang-hutang yang dilakukannya, jumlah hutang, jumlah bayaran, baki hutang, supaya akan memudahkan waris-waris mengesan dan menyelesaikan hutang-hutang tersebut.

Malahan, amat digalakkan untuk menyediakan dana pantas samaada dalam bentuk wang simpanan atau sijil takaful bagi membayar serta melunasi hutang-hutang yang masih berbaki apabila telah meninggal dunia nanti.

Kami di iLEGASI berkepakaran didalam menyediakan dan menyimpan dokumen bagi pernyataan rekod hutang anda, perlu diambil perhatian yang amat berat bahawa hutang adalah merupakan juga harta pusaka yang akan anda tinggalkan didalam bentuk subjektif yang mana amat jarang pewaris akan melihatnya sebagai matlamat utama didalam pengurusan harta pusaka.

Segala perbuatan dan segala urusan kita semasa hidup didunia ini hanya kita dan diri kita sendiri yang tahu apa yang kita lakukan, samada perbuatan yang baik atau sebaliknya.

RANCANGLAH HARI INI JANGAN TUNGGU HARI BESOK

Bantuan runding cara secara percuma,hubungi kami di whatsapp https://wa.me/60179799707






ISU SEMASA:TUJUH ANAK HALAU BAPA KANDUNG SELEPAS DAPAT HARTA RM7 JUTA.Hati mana yang tidak luluh apabila anak kandung ya...
16/11/2019

ISU SEMASA:TUJUH ANAK HALAU BAPA KANDUNG SELEPAS DAPAT HARTA RM7 JUTA.

Hati mana yang tidak luluh apabila anak kandung yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, ditatang bagaikan minyak yang penuh bertindak mencemuh dan menyisihnya daripada hidup mereka.

Bukan sahaja kepercayaan yang diberi si ayah dipersiakan, malah tubuh yang pernah berhempas p**as menyara hidup mereka sekeluarga itu diherdik dan dihalau bagaikan anjing kurap.

Bagaikan kisah hikayat si Tanggang, namun itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang kini menagih simpati setelah dirinya diperlakukan sebegitu rupa oleh anak-anak kandungnya sendiri.

Daut @ Md Kassim Jali, 83 tahun, tampil mengharap keadilan setelah dirinya dianiaya tujuh anak kandungnya sendiri selepas menyerahkan semua aset bernilai lebih RM4 juta.

Daut yang dahulunya hidup serba mewah dengan perniagaan tiga buah stesen minyak, ladang ternakan ayam seluas 10 ekar dan dua ladang tanaman sawit, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada tujuh anak berusia 41 tahun hingga 58 tahun untuk meneruskan legasi perniagaan yang telah diusahakan sejak tahun 70-an lagi secara berperingkat.

Daut yang diserang angin ahmar pada 2013 ibarat jatuh ditimpa tangga apabila dipinggir anak-anaknya dan terpaksa menyara kehidupan serta rawatan kesihatan sendiri dengan sisa baki kudrat yang ada.

Menceritakan detik itu, Daut dikurniakan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama.

Menurutnya, ketika dalam keadaan sakit dan tidak mampu berfikir dengan waras, dia telah diperdaya salah seorang anaknya untuk menukar segala hak milik pegangan saham sebuah syarikat ladang ternakan ayam daging kepada nama anaknya itu.

Bukan itu sahaja, malah sebuah rumah di Cheras yang dibeli dengan harga RM600,000, deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000, serta akaun simpanan semasa syarikat bernilai RM100,000 turut beralih tangan.

Kata Daut, dia kini yang hidup menumpang kasih dengan isteri kedua serta tujuh anak tirinya Di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Daut bersyukur kerana anak-anak tirinya begitu bertanggungjawab menjaganya biarpun dalam keadaan dirinya yang kini uzur.

Malah katanya, masih segar di ingatan kenangan empat tahun lalu, di mana dia memandu seorang diri dan secara tiba-tiba minyak keretanya habis sebelum membuat keputusan untuk singgah di stesen minyak yang pernah dibina suatu ketika dahulu sebelum ia diserah kepada anak perempuan kesayangannya.

Dengan nada sebak, katanya, dia menunggu hampir dua jam untuk mendapatkan minyak percuma, malah bukan sahaja dihalau, dia turut diherdik anaknya sendiri.

“Di Kuala Sungai Baru empat tahun lepas, ketika saya bawa kereta minyak habis. Saya pergi ke stesen minyak minta pekerja di situ tolong isikan, tapi dia tak bagi sampailah ke malam.

“Dekat dua jam saya tunggu, saya telefon dia, dia hentam saya balik.

“Saya yang bina stesen minyak tu… saya hanya mampu berdoa kepada Tuhan,” kata Daut.

Daut ditemui di Pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) Kota Cemerlang Ayer Keroh bersama peguamnya Mohd Adli Ithnin.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN Negeri, Amir Hamzah Aziz berkata, isu warga emas berkenaan pernah diketengahkan dan dibawa ke mahkamah pada 2014 lalu sebelum mahkamah memutuskan hak tanah perusahaan reban ayam seluas 10 ekar perlu diserahkan sepenuhnya kepadanya.

Namun, langit tidak selalunya cerah apabila September lalu, reban ayam yang merupakan satu-satunya sumber pendapatan harian warga emas itu dirampas semula oleh anak-anaknya.

Harapan Daut hanyalah keadilan untuk dirinya bagi meneruskan sisa hidup yang berbaki.

Sijil Mati & Surat Nikah Je Tak Cukup Nak Keluar Duit Arwah, Wanita Kongsi Kepentingan Ada Penama KWSPPasti ramai yang t...
15/11/2019

Sijil Mati & Surat Nikah Je Tak Cukup Nak Keluar Duit Arwah, Wanita Kongsi Kepentingan Ada Penama KWSP

Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa meletakkan penama dalam akaun Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah suatu benda yang penting.

Ini kerana, secara lazimnya ramai yang beranggapan bahawa duit di dalam akaun Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tersebut akan diwariskan kepada pewaris yang sah secara automatik.

Hal ini sebenarnya tidak betul kerana, segala proses tuntutan yang dibuat di KWSP perlu dibuat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Seorang pengguna Facebook bernama Siti Zainab Abd Raof ada berkongsikan tentang kepentingan menamakan penama dalam akaun KWSP. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

“Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya.”

“Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?”
Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.

“Kenapa perlu surat kuasa p**ak tuan. Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?”
Soalan dibalas dengan soalan.

“Mengikut dalam sistem kami, arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau.”

“Apa? Kenapa macamtu p**ak. Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?”
Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.

“Maaf puan. Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan. Jika berlaku kematian tanpa penama, kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA (letter of admin) jika tidak berwasiat. Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan.”

Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka. Tambahan p**a, jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.

*Program Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kuala Muda**1441H/2019*Tarikh : *15/11/2019@Jumaat*Masa : *8pg - 11...
15/11/2019

*Program Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kuala Muda*
*1441H/2019*

Tarikh : *15/11/2019@Jumaat*
Masa : *8pg - 11pg*
Tempat : *Masjid Muzaffar Sg.Petani/Masjid Penghulu Him Dataran Zero/Sp Plaza*

14/11/2019

Bacalah,

*KELEBIHAN HIBAH*

Formula pembahagian yang berkuatkuasa berbeza dengan wasiat yang formula pembahagiannya mesti dipersetujui oleh waris sebelum boleh dilaksanakan, formula pembahagian Hibah berkuatkuasa sepenuhnya mengikut hasrat pemberi hibah di dalam dokumen Hibah tersebut. Oleh itu, jika anda berhasrat agar harta pusaka anda dibahagikan mengikut formula yang anda kehendaki, buatlah Hibah dan bukannya Wasiat.

Hibah kepada anak dan cucu boleh ditarik balik Jumhur menyatakan bahawa haram bagi seseorang untuk menarik balik hibah apabila hibah telah diterima oleh penerima hibah, sekalipun antara suami dan isteri.

Walaubagaimanapun, ibu bapa dan ke atas mempunyai hak untuk menarik balik atau mengubah formula pemberian ini pada bila-bila masa apa yang telah diberikan kepada anak cucu ke bawah.

Dalil: Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak dibenarkan bagi seseorang yang telah memberikan sesuatu pemberian kemudian menarik kembali pemberian tersebut melainkan ibu bapa yang memberikan kepada anaknya. Misal bagi orang yang menarik kembali pemberiannya adalah seperti seekor anjing yang makan sesuatu, dan kemudian apabila ia lapar, ia memuntahkan kembali makanan tersebut lalu memakannnya semula.” H.R Abu Dawud dan Al-Nasa’iy dan Ibn Majah.

Kadar yang tiada had Satu kelebihan hibah berbanding wasiat, seorang boleh menghibahkan hartanya kepada waris atau seseorang lain semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad. Berbanding wasiat, kadar yang boleh diwasiatkan terhad 1/3 daripada keseluruhan harta dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada waris yang berhak menerima pusaka kecuali dengan persetujuan waris lain.

Aset yang dihibah tidak dikira sebagai harta pusaka Berkuatkuasa serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah. Aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta penghibah. Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka. Aset tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah. Hak benefisiari selamat dan terjamin. Harta yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris yang lain.

*Kos yang murah*

Sekiranya pindahmilik dibuat dari nama pemberi hibah kepada penerima hibah, duti setem perlu dibayar. Secara umumnya, duti setem ini ialah 1 % untuk nilai hartanah RM 100,000.00 yang pertama, 2 % untuk nilai hartanah RM 400,000.00 yang kedua dan 3 % untuk nilai hartanah yang seterusnya. Seorang ayah atau ibu boleh memilih untuk memindahmilik hartanah mereka kepada anak-anak hari ini, tetapi mereka perlulah membayar kos ini. Oleh kerana hibah tidak memerlukan pindah milik berlaku, duti setem tidak perlu dibayar dan ini menyebabkan prosedur menyediakan Hibah jauh lebih efektif dari segi kos.







13/11/2019

Tahukah anda???

Address

Plot 11A, No 21-1, Pusat Komersial Sunway Perdana, Jalan Todak 6
Bukit Mertajam
13700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wasiat D i legasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share