30/06/2025
📣 MAJIKAN WAJIB TAHU! Kontrak Pekerjaan Perlu Duti Setem! 🧾⚠️
Mulai 1 Januari 2025, LHDN menguatkuasakan peraturan baharu melalui Rangka Kerja Audit Duti Setem
Kalau anda ada pekerja tetap dan dah sediakan kontrak pekerjaan, tahukah anda kontrak tu sebenarnya kena cop duti setem daripada LHDN?
Ya, betul. BUKAN pilihan — tapi WAJIB ikut undang-undang! 🔍
🤔 KENAPA KONTRAK KENA COP DUTI SETEM?
Mengikut Akta Setem 1949, sebarang dokumen perjanjian bertulis (termasuk kontrak pekerjaan) yang melibatkan dua pihak — dalam kes ini majikan & pekerja — perlu dikenakan duti setem.
KALAU TAK COP:
🚫 Kontrak mungkin tak sah di sisi undang-undang
🚫 Risiko tinggi kalau pekerja buat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja
🚫 Boleh kena penalti atau tindakan daripada LHDN
💰 BERAPA NILAI DUTI SETEM?
✅ Hanya RM10 untuk setiap kontrak pekerjaan
Tak mahal pun, tapi kesannya besar untuk lindungi syarikat anda.
📌 BILA KENA SETEM?
Duti setem perlu dibayar dalam tempoh 30 hari selepas kontrak ditandatangani. Kalau lewat? LHDN boleh kenakan penalti! 😬
📂 SIAPA YANG PATUT BAYAR?
Biasanya majikan yang akan uruskan duti setem ni. Tapi boleh juga dipersetujui bersama dengan pekerja. Yang penting, kena buat!
💡 MACAM MANA NK BAYAR DUTI SETEM?
1. Pergi ke portal STAMPS LHDN
2. Log masuk atau daftar akaun
3. Isi maklumat kontrak dan bayar secara online
4. Cetak & cop kontrak anda!
Semua jenis kontrak pekerjaan kena disetemkan, tanpa pengecualian. Tak kisahlah tempoh atau jenisnya.
Antara kontrak yang wajib dicop duti setem termasuk:
✅ Kontrak Sepenuh Masa – untuk staf tetap
✅ Kontrak Separuh Masa – walaupun kerja 3 hari seminggu
✅ Kontrak Jangka Pendek – contoh: kontrak 3 bulan pun wajib
✅ Kontrak Jangka Panjang – contoh: 1 hingga 2 tahun
🔍 Selagi ada dokumen rasmi bertulis antara majikan dan pekerja, ia tertakluk di bawah Akta Setem 1949 dan perlu dicop.
Jangan pandang ringan, walaupun anda ambil staf untuk tempoh sekejap! Kalau kontrak tu hitam putih, tetap kena ikut undang-undang.
Kalau rasa pening atau tak pasti, anda boleh juga guna khidmat konsultan atau HR service provider.