28/12/2020
ASB Loan
"Lagi seminggu dividen ASB dah nak diumumkan. Kalau dividen drop lagi, aku nak tutup terus. Tak berbaloi langsung buat loan ASB ni..."
Selalu kita terdengar atau terbaca ayat macam ni kan? Biasanya akan keluar dari mulut orang-orang yang tak faham pasal ASB loan ni. Orang-orang macam ni biasanya buat ASB loan tanpa ilmu, hanya follow je orang lain. Bila kawan buat, dia pun buat sebab nak ikut trend.
Sebelum nak melabur, cari ilmu dulu bro. Fahamkan betul-betul dulu. Dah faham baru join.
Berbalik kepada kes yang nak terminate tadi tu,
1. Ramai yang tak sedar interest rate ASB Loan diorang pun dah turun sekarang ni. Kalau dulu masa apply rate sekitar 5.0-5.5%, rate sekarang dah turun jadi 3.5-4.0%. Jadi kalau dividen sekitar 4.5-5.0% pun kita tetap untung.
2. Ramai yang tak faham pasal prinsipal (bayaran hutang pokok). Katakan ASBF 200K, setahun dividen dapat RM10,000, dan bayaran tahunan RM12,000. So untuk tahun depan kena topup RM2,000 sebab dividen kurang. Walaupun kena topup RM2,000, hutang akan berkurang lebih kurang RM5,000 untuk next year. So berbaloi tak bayar RM2,000 untuk dapatkan RM5,000? Untung RM3,000 @ bersamaan 150% setahun. Yang ni ramai gilerrr orang tak nampak. Yang nampak hanya dividen semata-mata.
3. Moratorium 6 bulan. Katakan korang buat teknik rolling dividen. Awal tahun 2020 korang dah bayar awal untuk 12 bulan. Kemudian dapat moratorium untuk 6 bulan tak perlu bayar. So apa yang jadi?
- Walaupun bayar cuma 6 bulan, dividen yang dapat tetap untuk 12 bulan.
- Bayaran 6 bulan yang moratorium tu akan jadi advance payment dan dibawa ke tahun 2021. So untuk tahun 2021, korang cuma perlu bayar untuk 6 bulan sahaja. Takda isu pun kalau nak rolling dividen untuk tahun depan.
Cukuplah bagi 3 point tu dulu. Nanti tulis panjang-panjang ada orang suruh lukis pulak. Kalau malas membaca ni memang susah nak maju.
Bagi yang rajin membaca dan s**a menuntut ilmu, saya ada buat group wasap untuk belajar tentang pelaburan ASB dan tips2 kewangan yang lain.