12/02/2022
Bila kau rasa kau dapat mesej yang cuba disampaikan dia. Baru baru ni aku ada duduk bersembang dalam group, soalan yang diaju berapa lama kau rasa kau hidup? Umur berapa kau rasa kau bakal pergi?
Majoriti sekeliling aku rasa mereka akan hidup sampai umur 80 tahun lebih, bila sampai dekat aku masa aku nak jawab tu, aku jadi clueless nak jawab sampai bila, sejujurnya aku rasa jangka hayat aku sampai umur 50 je mungkin. Tapi ajal maut ni rahsia allah.
Cerita harini mungkin panjang sikit, kalau kau rajin kau bacalah, kalau tak abaikan aja. Aku pun tulis sebab nak bercerita saja.
Tiba tiba jumaat semalam, aku bangun benda pertama yang aku fikir is aku nak kena improve health aku ni out of nowhere, tiba tiba fikir, badan dah rasa macam penat semacam lately ni, tak macam biasa. Termenung sekejap bila start check gambar gambar lama.
Lepas solat, kena pi amik wife di airport balik holiday dari langkawi, then kena pi seri kembangan amik anak p**ak, otw nak pi amik anak aku decide nak stop makan di kedai makan kawan aku sat di puncak jalil.
Since tak makan dari pagi, sebab settle kerja apa ada. Awal tahun ni aku struggle sikit sebab nak kena fikir recruitment, kena fikir sales and kena fikir program untuk mahasiswa yang bakal mendatang ni, banyak tanggungjawab yang digalas.
Aku pun call sahabat sorang ni nama aff, tanya kedai buka ke tak, dia kata buka aku pun mai makan dengan wife. Lepas habis makan tu member aku ni pun sampai, out of nowhere benda pertama yang dia bebel is about health aku.
But this time aku dengar, sebab the way dia advice aku bukan pattern pattern toxic advice tau. Biasa aku shutdown je telinga aku ni bila orang nak mai cerita pasal health ni, sebab biasa its either dia nak jual product dia atau dia nak bahan aku.
Aku dah lali dah orang jadikan aku bahan lawak ni sebab tu aku kebalkan diri ja, sebelum ni aku pernah koyak, hilang self esteem sebab benda bangang ni, aku boleh present depan orang no problem, tapi when it comes to appearance aku tahu aku nobody.