Ariffin Mohd Ariff

Ariffin Mohd Ariff Kenanga Advisor

7 Sebab Kenapa Anda Wajib Melabur Dalam Unit Trust Utk Jangka Masa Panjang=========================1. Salah satu investm...
17/08/2022

7 Sebab Kenapa Anda Wajib Melabur Dalam Unit Trust Utk Jangka Masa Panjang
=========================

1. Salah satu investment scheme yang paling lama di Malaysia diperkenalkan sejak dari tahun 1959
- Pada tahun 1996, KW5P membenarkan pengeluaran dari akaun 1 utk invest dalam unit trust
- Sejak dari tahun 1996 sehingga skrg, KW5P tidak pernah membatalkn pengeluaran dari Akaun 1 utk para pencarum melabur dalam unit trust oleh krn b*k manfaat & kebaikkn kpd pencarum utk jangka masa panjang

2. Unit Trust adalah pelaburan yang paling selamat:
- Dikawal selia oleh (SC)
- Perlu mendapat kelulusan dari BNM
- Mempunyai Panel Syariah utk Pelburan Patuh Syariah

3. Kelebihan yg ada pada Unit Trust adalah dana pelaburan itu diuruskan dipelbagai tempat & instrumen utk memberi keuntungan kpd pelabur

4. Unit Trust adalah pelaburan paling selamat & menguntungkn kerana dana pelaburan itu diurus & dikawal oleh Pengurus Dana yg Professional

5. Semua org boleh melabur dlm Unit Trust krn modal sangat rendah rm1000 shj & yg paling best dgn rm1000 ni kita boleh invest & beli pelbagai saham

6. Liquidity - Mudah dicairkan @ maksud mudah senang nak withdraw @ jual pada bila bila masa

7. Unit Trust sentiasa memberikan p**angan yang lebih tinggi dalam pelaburan jangka masa sederhana & panjang

Graf menunjukkan penurunan yang konsisten kes aktif sejak 12 April. Trend juga menunjukkan kes discaj melebihi kes bahar...
28/04/2020

Graf menunjukkan penurunan yang konsisten kes aktif sejak 12 April.

Trend juga menunjukkan kes discaj melebihi kes baharu sejak 13 April.

Sebarang kemungkinan boleh berlaku jika rantaian tidak diputuskan.

Patuhi PKP. Terus duduk di rumah.

Status   sehingga jam 4 petang pada 27 April 2020.Keseluruhan kes positif ialah 5,820 kes dengan 67.99% telah sembuh ber...
28/04/2020

Status sehingga jam 4 petang pada 27 April 2020.
Keseluruhan kes positif ialah 5,820 kes dengan 67.99% telah sembuh bersamaan 3,957 pesakit dan 1.70% atau 99 kematian.





Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.38%, dari negara Amerika Syarika...
28/04/2020

Statistik COVID-19 bagi seluruh negara di dunia.

Kadar peratusan kes tertinggi adalah 32.38%, dari negara Amerika Syarikat.

Kes kematian yang tertinggi masih lagi negara Belgium dengan kadar peratus 15.26%.

28/04/2020

๐Ÿ Apa Itu Master Title๐Ÿ ๐Ÿก ::

Master Title atau Hakmilik Induk:

Master Title ni dibawah geran besar/induk yang nama ada satu nama dan selalunya di bawah nama developer. Bermakna tanah yang digunakan untuk membina rumah teres atau apartment tu belum dipecahkan ikut lot.

Setiap projek akan berada dibawah master title dan akan di convert kepada strata atau individual title selepas siap. Ada jugak projek yang dulu-dulu punya masih di bawah master title sebab developer tak convert.

Ada beberapa kelemahan kalau hartanah yang master title ni.

Untuk rumah di bawah master title yang dah lebih 10 tahun, hampir kesemua bank tak nak bagi loan.

Kalau berjaya dapat loan, proses pembelian agak lambat sebab kena lalui proses penukaran title daripada master ke strata/individual.

Kena keluarkan kos tambahan untuk penukaran title.

Kalau developer dah bankrupt, peguam anda kena cari liquidator untuk projek perumahan tu. Liquidator ni adalah pihak yang memegang semua fail-fail developer yang bankrupt tadi.

๐ŸŒ๐ŸŒ APA KESAN PENURUNAN OPR KEPADA KEHIDUPAN ANDA ๐ŸŒ๐ŸŒKadar Asas Semalaman (OPR) adalah peratusan kadar faedah yang digunak...
27/04/2020

๐ŸŒ๐ŸŒ APA KESAN PENURUNAN OPR KEPADA KEHIDUPAN ANDA ๐ŸŒ๐ŸŒ

Kadar Asas Semalaman (OPR) adalah peratusan kadar faedah yang digunakan dalam urusan pinjaman antara bank-bank, yang mana ianya ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Bagi pihak BNM p**a, OPR digunakan sebagai alat untuk mengawal penggunaan dan bekalan wang dalam sistem ekonomi Malaysia dan menjadi tunjang kepada polisi kewangan negara. Oleh itu tanggungjawab untuk mengawal selia dan mengurus OPR adalah terletak di bawah Jawantankuasa Polisi Kewangan (MPC) BNM.

Baru-baru ini BNM telah mengejutkan pasaran dengan sekali lagi menurunkan OPR kepada 25 mata asas kepada 2.75% daripada 3.00%, penurunan kedua dalam tempoh tidak sampai enam bulan. Ini adalah penurunan OPR yang paling rendah dalam masa sembilan tahun. Bagaimanakah OPR boleh memberi kesan kepada kehidupan anda sebagai pengguna?

Selain digunakan sebagai asas kadar faedah pinjaman antara bank, OPR biasanya juga akan digunakan oleh bank-bank dalam menentukan kadar faedah asas pinjaman kepada pelanggan-pelanggan. Oleh itu sekiranya OPR turun kadar faedah pinjaman juga sepatutnya akan turun.

Hasilnya, anda pelanggan runcit dan juga pelanggan komersil, akan dapat membuat pinjaman dengan kadar faedah yang lebih rendah. Oleh dengan itu jumlah pembayaran balik juga akan menjadi lebih rendah. Ini menguntungkan anda sebagai pelanggan runcit dan juga pelanggan komersil. Sekiranya anda berhajat untuk membeli rumah atau kereta maka ini adalah masa yang terbaik.

OPR juga menjadi asas kepada bank dalam menentukan kadar faedah kepada simpanan. Jesteru sekiranya OPR turun maka kadar faedah simpanan sepatutnya juga turun. Oleh dengan itu bagi anda yang mempunyai simpanan atau simpanan tetap di bank, anda akan mendapat p**angan yang lebih rendah. Dalam situasi ini pelanggan runcit dan pelanggan komersil perlu untuk menilai semula strategi simpanan dan pelaburan mereka bagi memastikan p**angan yang lebih optimum.

Dari segi perdagangan p**a, OPR juga boleh memberi kesan kepada ekspot atau impot sesebuah negara. Ini adalah kerana sekiranya OPR turun maka keinginan pelabur luar untuk melabur dalam pasaran Malaysia akan juga turun kerana mereka akan terkesan dengan mendapat p**angan yang lebih rendah. Ini selanjutnya akan memberi kesan kepada permintaan matawang ringgit yang seterusnya akan menurunkan nilainya di pasaran tukaran matawang.

Apabila nilai ringgit turun maka ekspot Malaysia akan menjadi lebih kukuh kerana barangan Malaysia akan menjadi lebih murah di pasaran antarabangsa. Ini akan seterusnya meningkatkan pengeluaran daripada pengusaha dan pengeluar di Malaysia yang seterusnya akan membuka peluang kepada wujudnya lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat seperti anda.

Dalam masa yang sama penurunan ringgit juga ada memberi kesan kepada impot yang mana barangan yang kita impot akan menjadi lebih mahal. Oleh itu harga barangan luar negara yang kita beli di Malaysia akan turut menjadi lebih mahal.

Ini secara langsung juga akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi Malaysia kerana kebanyakkan pelaksanaan projek-projek mega negara masih amat bergantung kepada impot. Ini termasuk peralatan teknologi tinggi, bahan-bahan binaan, perkhidmatan perundingan dan sebagainya. Dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan maka risiko inflasi akan meningkat yang akhirnya akan menjejaskan kuasa beli anda sebagai pengguna.

Jesteru, sekiranya anda berhajat untuk bercuti ke luar negara, maka ini bukanlah waktu yang sesuai kerana anda perlu berbelanja lebih banyak disebabkan penurunan nilai ringgit. Sebagai alternatif anda boleh menukar strategi dengan bercuti di dalam negara untuk mendapatkan nilai yang lebih maksima daripada wang yang anda belanjakan.

Begitu juga dari segi perbelanjaan, cubalah seboleh mungkin membeli barangan buatan Malaysia dan mengelakkan barangan impot. Ini boleh membantu untuk mengelakkan anda daripada berbelanja lebih. Hasilnya, ianya juga akan membantu meningkatkan lagi kuasa beli anda.

Dari perspektif BNM, OPR juga merupakan alat yang efektif digunakan untuk mengawal tabiat berbelanja anda sebagai pengguna. Dalam suasana dimana ekonomi pesat membangun BNM selalunya akan menaikkan OPR bagi mencegah pengguna daripada berbelanja secara boros dan tidak berhemah. Pada regim OPR yang tinggi pengguna akan lebih sukar untuk mendapatkan pinjaman kerana kadar faedah yang tinggi. Ini akan menyebabkan pengguna lebih berhati-hati dan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Secara langsung, ini akan mencegah daripada berlakunya inflasi.

Begitu lah sebaliknya, sekiranya berlaku kelembapan kepada ekonomi, maka BNM akan selalunya menurunkan OPR bagi menggalakkan pengguna berbelanja dan seterusnya menyokong ekonomi untuk tumbuh. Di negara-negara maju menjadi kebiasaan di mana kadar faedah direndahkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Rezab Simpanan Persekutuan pernah menurunkan kadar faedah sehingga 0% dan melakukan suntikan tunai ke dalam sistem ekonomi (Quantitative Easing) bagi menyokong ekonomi.

Oleh itu, jadilah pengguna yang berhemah untuk kesejahteraan kita bersama.

Latest figures of   as of 26 April 2020.Recovered = 95 casesTotal Recovered = 3,957 casesNew confirmed = 40 casesTotal c...
27/04/2020

Latest figures of as of 26 April 2020.

Recovered = 95 cases
Total Recovered = 3,957 cases

New confirmed = 40 cases
Total confirmed = 5,820 cases
Total active = 1,764 cases

Death = 1 cases
Total Death = 99 cases

27/04/2020

JANGAN BELI RUMAH UNTUK DUDUK 35% DARI PENDAPATAN

untuk manfaat bersama

โ€œSaya layak beli rumah yang berharga RM500,000 selepas saya semak kelayakan dengan Bankerโ€.

Dengan gaji RM6000 sebulan memanglah korang layak beli rumah yang RM500,000.

Tapi korang mampu ke?

Harga rumah RM500,000
Interest rate 3.7% - 4.0%
Tempoh : 35 Tahun
Monthly Installment : RM2200 - RM2400

Pastikan beli rumah untuk didiami jangan lebih 35% dari pendapatan bulanan.

Contoh

Gaji RM6000
RM6000 x 35% = RM2100
RM2100 x 200 = 420,000

Gaji RM6000, pastikan korang jangan beli rumah yang lebih dari harga RM420,000.

Sebab ini adalah formula yang paling selamat untuk korang tak tertekan dalam hidup dan boleh bahagikan duit selebih nya pada rumah untuk pelaburan.

Untuk pengetahuan, pasaran hartanah sedang berada dalam posisi Buyer-Market.BNM telah rendahkan OPR, menjadikan kadar fa...
27/04/2020

Untuk pengetahuan, pasaran hartanah sedang berada dalam posisi Buyer-Market.

BNM telah rendahkan OPR, menjadikan kadar faedah (interest) pinjaman rumah antara yang terendah dalam sejarah.

Purata interest yang bank tawarkan adalah sekitar 3.8% dan kadar ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kadar dari govt loan (kadar LPPSA 4%)

Berdasarkan situasi semasa, banyak developer memberi tawaran menarik untuk pembeli seperti rebate, diskaun atau cashback dan macamยฒ lagi tawaran istimewa disebabkan crisis Covid 19.

Ini adalah peluang. Pada waktu sekarang, cuba beli rumah tanpa mengeluarkan kos yang tinggi, lagi bagus jika x perlu keluarkan kos langsung.

Jika anda mampu dari segi kewangan, ini adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah.

Di setiap masalah, ada terselit peluang. Jika anda ada minset ni, anda dapat beli rumah tanpa mengira situasi dan keadaan ekonomi semasa, InshaAllah.

27/04/2020

Apakah itu Debt Service Ratio DSR?

Debt Service Ratio adalah satu kadar yg menjadi penanda ukur kepada setiap bank untuk mengetahui kemampuan seseorang boleh membuat pinjaman berpandukan kepada gajinya. Setiap bank mempunyai peratusan kelulusan pinjaman yg berbeza, tetapi kebiasaannya adalah pada peratusan tidak melebihi 60%.

Address

Klang
41100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ariffin Mohd Ariff posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ariffin Mohd Ariff:

Share