22/12/2025
KENAPA PENJAWAT AWAM PERLU MEDICAL KAD?
Biasanya penjawat awam akan menolak, sebab dah ada kemudahan hospital awam percuma untuk mereka.
Ada 5 sebab penjawat awam perlu medical card.
Pertama, walaupun dah ada kemudahan hospital awam PERCUMA, namun yang percuma adalah untuk dirinya sahaja.
Untuk isteri dan anak-anak yang percuma hanyalah rawatan je. Kalau kena masuk stent ke, besi ke, beli ubat dari luar ke, itu kena bayar sendiri.
Kedua, untuk wujudkan alternative akses rawatan. Kalau lambat dapat giliran atau rawatan di hospital awam, terutamanya untuk kes bukan kecemasan, at least ada pilihan untuk dapatkan rawatan di hospital swasta, ditanggung oleh medical kad.
Kita dewasa mungkin boleh sabar dan bertahan bila kena tunggu lama di hospital awam. Tapi anak-anak kita tak tahan. Sekurang kurangnya ada pilihan untuk dapatkan rawatan segera di hospital swasta.
Ketiga, faedah medical kad yang disediakan, beri faedah menyeluruh. Kalau sakit kritikal bergantung kepada mesin oksigen atau life support 24 jam, pesakit boleh duduk wad sepanjang tahun 365 hari. Follow up treatment pun selama 210 hari (7 bulan) dan akan reset semula 0 bila masuk wad semula.
Jadi, pelan medical ini dapat selesai isu bil hospital mahal bila dapatkan rawatan untuk penyakit kritikal.
Keempat, kalau anak masuk hospital awam guna kemudahan percuma penjawat awam, dia akan terima elaun tunai hospital awam 200 sehari sepanjang tahun. 200 x 365 hari masuk wad, bersamaan 73,000 setahun. Jumlah ni boleh ganti cuti tanpa gaji bila perlu jaga anak di hospital nanti.
Kelima, dapat pelepasan cukai untuk medical kad sehingga 4,000 setahun. Medical kad yang diambil adalah 180 sebulan seorang. 2 orang 360 sebulan. Setahun sudah 4,320. Dari jumlah ni, 4,000 dapat ditolak untuk pelepasan cukai pendapatan bagi kategori insurans pendidikan & perubatan. Ini bantu kurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar nanti.
Cukup 5 points ni dulu. Kalau nak maklumat lanjut berkenaan medical kad PENJAWAT AWAM, boleh msg saya segera!