22/12/2023
Penting ke Accounting Software ni???
Business Person perlu guna ke accounting software ni?
Kalau tanya madam soalan ni, bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah:
1) background bisness owner (ada ilmu akaun atau tak?) kalau ada, ingat lagi tak nak buat penyata kewangan kalau semua transaksi perniagaan direkodkan secara manual.
Terus terang madam sendiri guna manual key in (excel) dan buat secara manual penyata kewangan. sebab tu madam tak guna software.
Kenapa madam key in manual?
sebab transaction madam tak banyak, bukan jualan harian. nilai hasil komisen boleh tengok je penyata cp58. Hasil hasil coaching tax boleh generate sales report dari sistem order sini.
Dan yang paling penting madam memang boleh buat penyata kewangan sendiri. FORMULA penyata kewangan memang dah melekat kt kepala ni. 20 tahun mengajar penyediaan penyata kewangan.
bukan berlagak, tapi nak bgtau, tak ramai business owner macam madam.
kalau ada basic akaun pun belum tentu mahir dalam penyediaan penyata kewangan.
so, apa jalan terbaik?
Ada 2:
1) ada staf fulltime/parttire untuk key in semua transaksi perniagaan, perlukan bantuan software sekiranya staf tu sendiri tak mahir sediakan secara manual.
2) belajar dan key in sendiri dalam software akaun.
Apa kelebihan software akaun ni?
1) Boleh generate semua dokumen perniagaan seperti invoice, credit note, debit note, payment voucher dll.
2) boleh monitor debtors report
3) boleh monitor creditors report
4) boleh check/ reconcile bank statement
5) PALING PENTING boleh generate terus PENYATA KEWANGAN PERNIAGAAN (Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira).
Kenapa PENYATA KEWANGAN ni penting???
1) untuk monitor kedudukan kewangan perniagaan setiap bulan, untung atau rugi, kalau rugi boleh terus bertindak untuk perbaiki kedudukan Kakf Perunding Kewangan Bisnes
2) untuk pengiraan cukai perniagaan, penyata ni lah yang kena key in dalam Borang B LHDN sekiranya sole proprietorship (milikan tunggal). Bagi syarikat, akan isi borang C dan penyata kewangan perlu lah di audit.
secara keseluruhannya, penggunaan software accounting ni lebih memudahkan kita/staf untuk tujuan perekodan transaksi perniagaan.
Dapat sesuatu???
Agak teknilal perkongsian madam malam ni, moga bermanfaat.