09/07/2026
📖 SGKL TALKaful | Kenali Takaful #1
Apa itu Takaful?
Ramai pernah dengar perkataan takaful, tetapi masih ramai yang menyangka ia sekadar "insurans versi Islam".
Sebenarnya, konsep takaful lebih daripada itu.
Takaful dibina atas prinsip saling membantu (ta'awun). Setiap peserta menyumbang ke dalam satu dana bersama yang digunakan untuk membantu peserta lain apabila ditimpa musibah.
Maksudnya, kita bukan sekadar membeli perlindungan, tetapi turut menjadi sebahagian daripada komuniti yang saling membantu ketika diperlukan.
Ilmu yang betul akan membantu kita membuat keputusan yang lebih baik.
Ikuti siri SGKL TALKaful. Kita belajar satu topik pada satu masa, dalam bahasa yang mudah difahami.
Belajar sedikit demi sedikit. Faham sebelum membuat keputusan.
💬 Pernahkah anda tahu maksud sebenar perkataan "Takaful" sebelum ini? Kongsi di ruangan komen.