10/01/2022
BOLEH KE NAK APPLY ASBF 1 JUTA TERUS?
Boleh, tapi kena buat 5 nama lah sebab setiap orang hanya limit 200K sahaja. Biasanya orang yang buat macam ni adalah golongan yang berusia 50an dan ada anak berumur 18 tahun ke atas.
Sebabnya kalau guna nama sendiri, bayaran bulanan jadi mahal. Tak boleh guna teknik rolling dividen. So kita boleh guna nama anak sebagai proksi.
Contohnya, katakan ada 5 orang anak, setiap seorang buat sijil 200K. Gameplan 3 tahun sahaja untuk kembangkan modal.
TEKNIK ROLLING DIVIDEN
✔️Bayaran bulanan RM770
✔️Bayaran Setahun RM9,240
✔️Yuran proses RM60 (Bayar sekali sahaja)
✔️ Modal seorang = RM9300 sahaja
Tahun 1: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk tahun ke-2. Baki RM760 simpan dalam ASB.
Tahun 2: 5.0% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,240 bayar untuk tahun ke-3. Baki RM760 simpan dalam ASB.
Tahun 3: 5.0% x 200K = RM10,000
Andaikata gameplan 3 tahun sahaja, maka dividen dapat full RM10,000. Tak perlu bayar untuk tahun ke-4.
Hasil selepas 3 tahun;
Dividen
= 760 + 760 + 10,000
= RM11,520✓
Prinsipal
= 200,000 - 192,750
= RM7,250✓
Total = 11,520 + 7,250 = RM18,770✓
Ringkasan;
Modal: RM9,300 x 5 orang = RM46,500
Hasil: RM18,770 x 5 orang = RM93,850
Jadi kalau ada modal cash yang nak dikembangkan, boleh dilaburkan guna nama anak. Lepas 3 tahun, boleh terminate dan dapatkan hasil. Kalau nak teruskan lagi lama pun boleh. Takde masalah pun. Lagi banyaklah hasilnya.
Kalau jadikan wang tersebut sebagai hadiah kepada anak pun boleh juga. Dapat membantu anak-anak nak mulakan kehidupan sendiri nanti contohnya nak kahwin, beli rumah, kereta dan lain-lain. Boleh disesuaikan dengan matlamat masing-masing.
Komitmen tinggi macam mana? Boleh lulus ke?
Kalau ada cash untuk bayaran setahun terus, komitmen tinggi pun boleh lulus. Jadi takde masalah. Yang penting rekod bayaran loan-loan lain cantik dan tiada tunggakan.
Macam mana nak apply?
Mudah sangat soalan ni. Boleh apply dengan saya. Klik je link di bawah;
https://wa.link/asbfinancing