05/11/2024
INI 3 SEBAB MEDICAL CARD TAK BOLEH GUNA (DECLINE)
a. Polisi Tamat atau Luput: Jika polisi individu yang diinsuranskan tidak lagi aktif akibat tidak bayar atau tamat tempoh, syarikat insurans akan menolak permohonan surat jaminan (Guarantee Letter).
b. Pengecualian Penyakit Sedia Ada: Ada polisi yang tidak meliputi penyakit sedia ada atau mengenakan tempoh menunggu (waiting period)sebelum kondisi tersebut dilindungi. Jika rawatan yang dimohon adalah untuk penyakit sedia ada, syarikat insurans mungkin akan menolak permohonan surat jaminan.
c. Kos Perubatan Tinggi: Jika kos rawatan melebihi had yang ditetapkan dalam polisi atau had keseluruhan untuk tahun tertentu, syarikat insurans mungkin akan menolak permohonan surat jaminan sehingga individu tersebut membayar rawatan tersebut dengan wang sendiri.
d. Had Telah Terpenuhi: Jika individu yang diinsuranskan sudah mencapai had bagi rawatan tertentu atau had tuntutan tahunan (contohnya, bilik dan makan, yuran pembedahan), syarikat insurans mungkin akan menolak untuk mengeluarkan surat jaminan.