21/02/2018
KURSUS PAYROLL ADMINISTRATION FOR HR
Tarikh : 12 April 2018 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Holiday Inn Melaka
Penceramah : Puan Suraiya Ch’ng Binti Abdullah
Perlanggaran akta oleh majikan di dalam urusan berkaitan pengiraan upah dan bayaran-bayaran statutori pekerja-pekerja bukan sahaja mengakibatkan pendakwaan dan denda malahan seseorang pekerja boleh menuntut bayaran terakru itu di bawah Seksyen 69, Akta Kerja 1955 (tertakluk kepada had liabiliti sivil selama 6 tahun kebelakangan).
Bebanan syarikat seumpama ini dapat dielakan sekiranya majikan memahami takrifan upah sebagaimana kehendak Akta Kerja 1955 termasuk Pindaan Gaji Minima yang berkuatkuasa pada tahun 2016 yang lalu. Rata-rata majikan hanya mengambil gaji pokok dalam membuat bayaran statutori pekerja-pekerja dan tidak mengambilkira elaun-elaun serta membuat pelanggaran terhadap undang-undang sedia ada. Dalam kursus ini, peserta-peserta bukan sahaja didedahkan dengan Struktur Upah, malahan peserta-peserta didedahkan dengan Bidang Kuasa Jabatan, Kontrak Perkhidmatan, Kategori Pekerja Yang Dilindungi di bawah Akta, Waktu Bekerja, Pengiraan Bayaran Kerja Lebih Masa, Bayaran Cuti, Bayaran Bagi Pemberhentian Pekerja-Pekerja, Potongan Gaji, EPF, SOCSO dan Skim Insurans Pekerjaan yang baru sahaja dikuatkuasa pada bulan Januari 2018 tahun ini.
Dengan demikian, bagi membantu pihak majikan memahami undang-undang yang berkaitan dengan Pentadbiran Upah merangkumi topik-topik yang dinyatakan di atas, pihak tuan adalah dijemput untuk menyertai kursus anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN
JABATAN TENAGA KERJA MELAKA
ARAS 4 MENARA PERSEKUTUAN MITC
HANG TUAH JAYA
75450 AYER KEROH, MELAKA
Tel : 06-2345171/2345172
Fax : 06-2345177
EMEL : [email protected]
>>>Dimaklumkan, pihak majikan yang berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) boleh memohon skim SBL (Skim Bantuan Latihan) untuk menampung kos peserta bagi mengikuti kursus ini. Untuk keterangan lanjut berkaitan perkara ini sila hubungi talian 03-20964800 / 03-20964600