08/07/2025
DURIAN BELANDA – Sumber Alami Kaya Khasiat ANTIKANSER
Durian belanda secara tradisinya digunakan oleh penduduk dari pelbagai negara, untuk membantu masalah asthma, arthritis, cancer, diarrhea, demam dan masalah jantung.
Sumber alami ini kaya dengan bahan khasiat yang dikenali sebagai asid coumaric.
Bahan khasiat ini juga boleh didapati dalam kacang tanah, kentang, tomato, carrot, bawang putih dan rebung buluh.
Tetapi, kebanyakannya dalam bentuk yang diikat dan sukar untuk diserap dalam tubuh
APAKAH KEBAIKAN ASID COUMARIC?
Kajian menunjukkan asid koumarik boleh bertindak sebagai anti obesiti.
Ujian ke atas tikus selama 8 minggu menunjukkan penurunan berat badan, trigliserida dan kolesterol LDL.
Ia juga membantu meningkatkan tahap antioksidan dalam darah dan hati
Kajian juga menunjukkan minuman yang kaya dengan asid kaumarik boleh membantu mencegah penyakit jantung.
Ini kerana asid coumaric boleh bertindak sebagai antiplatelet dan antioksidan
Asid coumaric juga boleh bantu merencatkan pertumbuhan sel kanser usus besar.
Masalah keradangan kulit seperti 'atopic dermatitis' juga boleh diatasi dengan meminum sumber tinggi asid coumaric.
Dr Suri Roowi Ph.D KMN
Principal Scientist
Natural Product and Human Nutrition