29/08/2025
Nak sambung belajar tapi xdapat? Jangan risau, adik-adik boleh memilih Kolej-kolej Bersekutu UiTM(KKB). KKB ialah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dilantik secara rasmi oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjalankan beberapa program UiTM di kampus mereka. Maksudnya, adik-adik belajar di kolej/institusi swasta, tetapi menggunakan silibus, sistem peperiksaan, dan pensijilan UiTM. Apabila tamat pengajian, adik-adik akan dianugerahkan ijazah/diploma UiTM (bukan daripada kolej tersebut).
π Ciri utama Kolej Bersekutu UiTM:
1) Ditubuhkan melalui kerjasama rasmi antara UiTM dengan IPTS terpilih.
2) Program dan kurikulum adalah sama seperti di UiTM.
3) Peperiksaan, standard pengajaran, dan pensijilan diselia oleh UiTM.
4) Sesuai untuk pelajar yang tidak mendapat tempat di kampus UiTM tetapi masih mahu belajar di bawah program UiTM.
Jom masuk Kolej UNITI! Gunakan pautan ini untuk mendaftar: https://edaftarkolej.uniticms.edu.my?ref=y4MAap8D