24/04/2025
Kepada adik2 yang mengambil keputusan SPM hari ni.
Tahniah kerana berjaya untuk capai apa jua keputusan kalian dapat hari ni.
Ada yang Straight A’s, ada yang 7A, ada yang lulus.
Alhamdulillah, ini bukan pengalhiran dan bukan lah jaminan masa depan korang sudah pasti cerah atau gelap.
Ini cerita aku yang 13 tahun lepas menduduki SPM.
SPM 2012, di MRSM Tumpat, aku bersyukur dan beruntung sebab jujur cakap environment dan cikgu2 di sana adalah asbab kejayaan aku capai beberape A masa SPM. Sujud syukur aku waktu tu, sebab tahu bukan sebab aku, tapi cikgu n rakan2 yang banyak bantu aku.
Lepas SPM, aku terus ke Matrikulasi Arau, dengan perancangan untuk fast track untuk sambung ke Jurusan Perubatan. Ternyata diri yang lemah longlai ni kecundang di Matrikulasi gara2 hilang fokus dan aku bukanlah orang yang pandai belajar sendiri. Setiap ilmu aku dapat, kebanyakan hasil member2 ajar atau memang one2one dengan cikgu.
So berbekalkan cgpa matrikulasi, aku ke Uitm Shah Alam untuk Degree in QS. Alhamdulillah course yang kena dengan jiwa dan berjaya grad pointer lebih 3.
Tapi kini dah masuk tahun ke 8 selepas keluar dari Zaman Belajar, aku bukan lah seorang QS. Tapi seorang yang terlibat dalam Industri Kewangan dan Sales. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan jalan yang diaturkan oleh Sang Pengcipta.
Aku tak tahu ade pengajaran ke tak dari kisah aku, cuma jangan berhenti jika SPM bukan fasa yang terbaik untuk korang. Jauh lagi perjalanan. Dunia sebenar baru selangkah, masih ada beribu langkah di hadapan.
Guna sebaik mungkin masa dan peluang yang ada, untukn korang sendiri explore ape sebenarnya dalam hidup ni korang nak jadikan sebagai career atau kerjaya hidup korang.
Masing2 ada Purpose dan Passion, find this two, you will success in whatever industry that you into.
All the best adik adik, terasa diri ini tua sangat😆