04/03/2025
ππππππ πππ₯ππ ππ ππ¦ π¦ππ‘π§πππ¦π π‘πππ?
Harga emas akan terus naik dalam jangka panjang selagi mana sistem wang kertas atau wang fiat digunakan.
Selagi mana kerajaan terus mencetak wang yang menyebabkan nilai mata wang semakin menurun, selagi itulah harga emas akan terus naik.
Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan harga emas sahaja yang meningkat, tetapi harga barang dan perkhidmatan juga turut meningkat.
Atas sebab harga emas naik bersama dengan barangan lain, emas ini dikatakan simpanan yang kalis inflasi.
Apa bukti bahawa harga emas naik secara purata 10% setahun?
Saya kongsikan di sini harga emas Public Gold 16 tahun lepas pada tahun 2009 untuk gold bar 20g.
Harganya pada waktu itu adalah RM2,276. Hari ini, gold bar 20g jenama Public Gold yang dijual semula kepada Public Gold adalah pada harga RM8,267 bersih selepas tolaΔ·an 8% spread value.
RM8,267 tolak RM2,276 bersamaan dengan RM5,991 adalah keuntungan bersih simpanan emas 20g selama 16 tahun.
Formula kiraan keuntungan setahun adalah RM5,991 (keuntungan bersih) bahagi RM2,276 (harga beli) darab 100 iaitu 263.22% keuntungan selama 16 tahun. Dan bila dibahagi dengan 16 tahun sama dengan 16.5% keuntungan bersih setahun secara purata.
Berbeza dengan simpanan anda di ASB, dividen secara purata untuk 16 tahun adalah 6.5% setahun, bermakna jika simpanan ASB anda adalah sebanyak RM2,276, selepas 16 tahun nilai simpanan anda sekarang adalah sekitar RM6,300.
Jadi di sini anda boleh lihat simpanan untuk jangka panjang lebih menguntungkan jika dibekukan dalam bentuk emas.
Urusan jual beli emas bersama Public Gold adalah mudah dan telus. Bagi yang berminat untuk menukarkan simpanan anda kepada emas, anda boleh hubungi saya. Saya akan bimbing sebaiknya.
Bimbingan saya adalah PERCUMA.