Zahfea Management Services

Zahfea Management Services Simplify your business finances. From bookkeeping to annual tax filings, we ensure your business stays LHDN-compliant every year. Get a consultation today!

Whatsapp 011-72501970

07/05/2026

Ada sebulan lebih je lagi untuk owner Enterprise declare cukai tahun taksiran 2025. Kena buat dari sekarang. Elakkan denda lewat declare. Cari akauntan anda ✌️

28/04/2026

Owner Enterprise. Declare cukai anda sebelum 15 Julai 2026 untuk mengelakkan denda lewat declare.

27/04/2026

SSM Enterprise milik individu lain dengan SSM Enterprise Perkongsian. Cara declare pun berbeza 👇

21/04/2026

Ada lagi owner Enterprise nak declare cukai tahun taksiran 2025 tapi tak tahu nak buat ?Kami boleh buatkan dari a to z 👇

16/04/2026

Pemilik Bisnes Enterprise. Individu. Perkongsian. Baca 👇

15/04/2026

𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗖𝗟𝗔𝗥𝗘 𝗖𝗨𝗞𝗔𝗜 𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 𝗗𝗘𝗖𝗟𝗔𝗥𝗘 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗔?

Masih ramai orang buat bisnes (Enterprise) tak declare pendapatan mereka ke LHDN. Kadang berniaga dah bertahun-tahun. Kebiasaan yang tak declare ni sebab mereka tak tahu nak mula dari mana.

Asas pengiraan cukai ni dia kesinambungan daripada pengiraan untung rugi bisnes. Bisnes untung atau rugi kedua-dua keadaan kena declare pendapatan ke LHDN. Kalau rugi kena bagitau sebab apa rugi. Kalau untung kena bagitau kenapa untung. Kalau tak bagitau, LHDN ada hak buat anggaran dan kenakan cukai.

Selalunya anggaran cukai lebih tinggi daripada cukai sebenar yang kita kena. Ada keadaan yang sebenarnya bisnes kita rugi. Kita tak maklumkan LHDN keadaan tersebut. Jadi LHDN keluarkan anggaran yang mengatakan kita kena cukai. Siapa yang rugi di situ?

Untuk elak dari kena anggaran cukai, kita boleh mula declare pendapatan ke LHDN. Ramai yang persoalkan nak mula dari tahun bila. Ini adalah 2 keadaan biasa yang boleh di jadikan sebagai rujukan,

𝟭. 𝗗𝗲𝗰𝗹𝗮𝗿𝗲 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗦𝗦𝗠 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻.

Kalau bisnes dah operasi 3 tahun sebagai contoh, perlu ketiga-tiga tahun tersebut dari awal. Mungkin ada masalah daripada segi dokumen tak lengkap, usaha pergi bank dapatkan semula bank statement tahun kebelakang. Dokumen bank boleh reprint semula.

Gunakan bank statement sebagai bukti untuk nyatakan keadaan bisnes. Kalau untung buktikan untung, kalau rugi buktikan rugi. Jika ada penolakan cukai yang layak dituntut bagi tahun kebelakang, tuntut seadanya. Lampirkan dokumen sokongan jika layak dapat pelepasan cukai.

𝟮. 𝗗𝗲𝗰𝗹𝗮𝗿𝗲 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗯𝗶𝘀𝗻𝗲𝘀 𝗯𝘂𝗸𝗮.

Ada orang daftar bisnes dah 5 tahun. Cuma tahun kedua atau ketiga lepas bisnes didaftarkan, baru nak mula berniaga. Tahun sebelum tu tak operasi apa-apa. Jadi boleh mula declare pendapatan dari tahun mula berniaga tersebut. Buktikan bisnes baru beroperasi mengikut kesesuaian satu-satu keadaan.

𝗦𝗶𝗸𝗮𝗽 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵.

Akibat tangguh bertahun-tahun tak declare pendapatan ke LHDN ni akan merugikan dan bagi beban. Kemungkinan kita dibangkitkan anggaran kena cukai disebabkan rekod pendaftaran bisnes dengan SSM.

Selain tu, tahun-tahun kebelakang terkumpul untuk declare kesemuanya pendapatan ke LHDN perlu disediakan bersama penyata kira-kira untung rugi bisnes. Termasuk juga pengiraan cukai.

Jika tiada kemahiran dan nak elak kesilapan, perlu lantik mereka yang arif dalam bidang ni untuk uruskan. Kos servis dan upah mereka juga akan terkumpul. Secara tak langsung akan beri kesan kepada beban kewangan.

Ini belum diambil kira jika situasi tahun kebelakang ada cukai-cukai terkumpul. Disebabkan lewat declare, penalti cukai terkumpul sama. Penalti ini boleh dielakkan dengan disiplin declare setiap tahun sebelum tempoh akhir declare borang cukai.

13/04/2026

Owner Enterprise.
15 Julai 2026 👇

07/04/2026

Kita kongsi ilmu.

Soalan :

Saya daftar dan mula niaga bermula bulan Jun 2025. Saya kena declare bermula Jun 2026 ke ?Kena cukup setahun kan ?

Jawapan :

Bila daftar SSM bermula Jun 2025 dan terus berniaga, untuk tahun seterusnya anda perlu declare cukai bermula Jun 2025 hingga Disember 2025 sahaja.Ikut prosedur, setiap owner bisnes perlu declare cukai sehingga tahun semasa berakhir iaitu sehingga bulan Disember. Tak perlu tunggu setahun.

Untuk tahun seterusnya anda perlu buat kiraan untuk declare cukai bermula bulan Januari 2026 hingga Disember 2026. Ulang semula setiap tahun selagi anda berniaga.

Cerita setiap owner bisnes lain-lain. Jika anda ada nak bincang mengenai cukai bisnes anda dan perlukan servis cukai. Boleh roger kami..

Jangan tangguh..Owner Enterprise hanya ada masa lebih kurang 2 bulan lebih sahaja untuk nak declare cukai.Secara jujurny...
04/04/2026

Jangan tangguh..

Owner Enterprise hanya ada masa lebih kurang 2 bulan lebih sahaja untuk nak declare cukai.

Secara jujurnya sepatutnya sekarang anda dah mula kena cari akauntan untuk uruskan akaun dan cukai anda.

Buat Laporan penyata kewangan tahunan baru boleh kira cukai. Bukan terus isi Borang B dan declare.

Jika berkemahiran buat sendiri silakan buat. Pastikan ikut prosedur perakaunan yang betul. Tolong jangan semberono declare asalkan siap. Sebab jika borang yang anda hantar mencurigakan anda akan diaudit dan didenda..Ini bukan untuk menakutkan anda tapi lebih kepada peringatan bersama..

Yang tak tahu nak buat boleh hubungi kami, bincang permasalahan bisnes anda dan kena mula declare dari sekarang..

01/04/2026

Owner Enterprise.

Dah 1 April.

Lebih kurang 2 bulan lebih je lagi sebelum tarikh tutup Borang B. Jangan buat last minit. Takut akauntan tak sempat nak buat.

Jom buat dengan kami. Kita bincang tentang keadaan bisnes anda.

Owner Enterprise..Nak declare cukai tak sama macam orang makan gaji..Anda kena pakai Borang B. Bukan BE..Kalau makan gaj...
26/03/2026

Owner Enterprise..

Nak declare cukai tak sama macam orang makan gaji..

Anda kena pakai Borang B. Bukan BE..

Kalau makan gaji sambil berniaga ada SSM pun declare guna satu borang je iaitu borang B.

Nak declare bukan boleh terus isi Borang B..Ada prosedur yang betul kena ikut..

Kena buat laporan penyata kewangan tahunan..Kena sediakan bank statement, invois dan resit sepanjang tahun berniaga..

Dah buat laporan penyata kewangan baru boleh kira cukai, dapatkan pelepasan cukai. Bila dah final baru boleh declare. Jika layak bayar cukai kena bayar cukai segera. Jangan tangguh..

Dah selesai semua ni simpan secara proper laporan penyata kewangan, slip declare cukai dan resit bayaran cukai..

Tak tahu nak buat ?Roger kami. Cukup dokumen tiada masalah nak buat 😊

Address

Shah Alam
40200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zahfea Management Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zahfea Management Services:

Share