15/11/2025
Congratulations 👏🎉
Bermula dengan jualan teh RM1, seorang pelajar Universiti Multimedia (MMU) melakar sejarah selepas memperkenalkan satu inovasi tempatan iaitu teh masala steril dalam tin halal pertama di dunia.
Pengasas Leafhaus Gisnervern Arikrishnan, 31, tidak menyangka inisiatif kecilnya untuk menampung kos pengajian akhirnya mengubah cara rakyat Malaysia menikmati minuman berperisa rempah kegemaran mereka.
Gisnervern memulakan perniagaan tersebut, tidak lama selepas pandemik COVID-19 dengan menjual secawan teh masala pada harga RM1 kepada para pelajar MMU.
Berita penuh https://lifestyle.bernama.com/news.php?id=2488735