Public Gold by Nadiah Yusof

Public Gold by Nadiah Yusof Saya adalah pembimbing dan pemudah cara emas Public Gold anda. Setiap keluarga perlu ada sekurang-kurangnya 1 kg Emas sebagai plan persaraan.

Mula menabung dari sekarang.

Dari Tabung Haji ke simpanan Emas.Bila lihat kenaikan harga emas lebih 50% pada tahun 2025,  berbanding dividen TH sekit...
26/05/2026

Dari Tabung Haji ke simpanan Emas.

Bila lihat kenaikan harga emas lebih 50% pada tahun 2025, berbanding dividen TH sekitar 3.25%, Puan M terus ambil keputusan untuk alihkan sebahagian simpanan beliau TH ke dalam bentuk emas.

Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan “savers are losers”. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.

Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.

Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.

Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank. Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang, macam emas, perak, hartanah, tanah atau bisnes yang berkembang.

Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.

Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil .

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 melalui di .

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

Pembelian emas bersama Public Gold adalah mudah,murah dan patuh syariah.

Kredit: Pn Nadira

Dr Nadiah Yusof
Dealer Aktif Public Gold

Saya berpeluang pegang sendiri 1 kilogram emas gold bar Public Gold. MasyaAllah, beratnya bukan saja pada fizikal, tapi ...
02/05/2026

Saya berpeluang pegang sendiri 1 kilogram emas gold bar Public Gold. MasyaAllah, beratnya bukan saja pada fizikal, tapi juga pada nilainya.

10 tahun lepas 1 kilogram emas ini harganya sekitar RM140,000 sahaja.

Hari ini sudah mencecah RM629,549 iaitu kenaikan sebanyak 350% atau secara purata 35% setahun.

Maknanya potensi keuntungan daripada kenaikan harga emas sejak 10 tahun lepas adalah sekitar 15% setahun selepas tolakan spread (spread emas PG 6-9%).

Jika tuan puan bercadang nak bekukan sebahagian simpanan tunai selain daripada ASB & Tabung Haji, emas adalah pilihan yang terbaik.

Dividen ASB & TH hanyalah sekitar 4-5% setahun sahaja berbanding kenaikan harga emas yang melebihi 10% setahun.

Public Gold menawarkan pelbagai pilihan jongkong emas dan dinar sekecil 1 gram sehinggalah 1 kilogram yang sangat sesuai untuk tujuan pelaburan.

Pilihan yang terbaik adalah bergantung kepada bajet masing-masing.

Nak saya bantu untuk Tuan Puan terus beli 1000 gram ini boleh klik

wasap.my/601118573069/NakBeliEmasPG

Dr. Nadiah Yusof
Dealer Aktif Public Gold

25/04/2026

Siapa-siapa yang simpan duit untuk jangka masa panjag, memang akan ada risiko inflasi. Walaupun ada dividen, nilai dividen tu tetap berkurang sebanb kene tolak inflasi setiap tahun. Nak selamatkan dana persaraan dari dimamah inflasi, simpan emas, klik link di bio.

“Untung simpan emas…”Ramai ingat untung tu bila harga naik je. Tapi sebenarnya untung paling besar adalah bila duit susa...
25/04/2026

“Untung simpan emas…”

Ramai ingat untung tu bila harga naik je. Tapi sebenarnya untung paling besar adalah bila duit susah untuk bocor, nafsu berbelanja makin terkawal dan simpanan diam-diam bertambah.

Dulu, kita rasa bila duit dah ada dalam bank, duit kita semakin banyak. Tapi sebenarnya kita silap. Duit di bank selalu hilang entah ke mana.

Tapi bila simpanan ditukar kepada emas, kita akan berfikir secara lebih waras. Kita akan fikir dua tiga kali jika nak guna. Tanpa sedar kebocoran perbelanjaan telah tertutup dan simpanan yang sikit sudah menjadi banyak.

Dan paling best, dalam jangka panjang, harga emas bantu naikkan nilai simpanan kita. Jadi untung simpan emas ni menjadi "double". Satu sebab kita akan membina displin menabung dan kedua nilai akan kekal terjaga.

Kalau hari ni simpanan anda masih bocor sana sini, inilah masa anda perlu ubah cara simpan. Kalau nak mula simpan emas dengan ilmu, kami boleh guide. Klik sini:

https://publicgoldofficial.com/nadiahsyed/cara-bermula
Kadang bukan kita tak cukup duit, cuma kita belum jumpa cara terbaik untuk menahan duit dari bocor.

Syed Azhar & Public Gold by Nadiah Yusof
Dealer Aktif Public Gold

Ramai orang tunggu duit lebih baru nak simpan.Masalahnya, duit lebihan tu jarang datang sebab bila income naik, komitmen...
23/04/2026

Ramai orang tunggu duit lebih baru nak simpan.

Masalahnya, duit lebihan tu jarang datang sebab bila income naik, komitmen pun ikut naik.

Sebenarnya yang berjaya menyimpan bukan sebab ada duit banyak, tapi sebab ada tabiat simpan walaupun sedikit, dan konsisten.

Macam simpan emas, boleh menabung serendah RM100. Ada budget lebih, menabung 1 gram 1 bulan.

Yang penting bukan jumlah, tapi disiplin.

Nak saya guide cara mula step by step, boleh klik sini:
www.wasap.my/601118573069/NakSimpanEmas

Yang penting, mula dulu. Jangan tunggu sempurna.
Dan lihat progress simpanan anda.

Dr. Nadiah Yusof
Dealer Aktif Public Gold

Bila berdepan dengan masalah kewangan, ramai orang terus fikir nak tambah income. Nak buat side income, nak cari peluang...
23/04/2026

Bila berdepan dengan masalah kewangan, ramai orang terus fikir nak tambah income. Nak buat side income, nak cari peluang baru, nak berniaga.

Itu tak salah.

Tapi sebelum pergi jauh, ada satu perkara paling asas yang ramai terlepas pandang cashflow (aliran tunai).

Kalau cashflow tak betul, berapa banyak pun income masuk, tetap takkan cukup.

Cashflow ni sebenarnya mudah je nak faham. Ia adalah beza antara jumlah pendapatan bulanan dengan jumlah perbelanjaan bulanan.

Pendapatan tolak perbelanjaan.

Kalau hasilnya positif, maksudnya kita ada lebihan. Kalau negatif, maksudnya setiap bulan kita sebenarnya “mengorek lubang” tanpa sedar.

Dan yang ramai tak nampak walaupun negatif tu cuma RM1, ia tetap masalah besar.

RM1 tu nampak kecil. Tapi maksud sebenar dia adalah: setiap bulan kita semakin miskin.

Bayangkan kalau cashflow kita negatif RM300 sebulan. Dalam masa 10 bulan, hutang dah bertambah RM3,000. Itu belum kira interest, belum kira tekanan yang datang sekali.

Masalahnya, ramai orang hidup dalam keadaan ni tanpa sedar. Rasa macam “cukup-cukup makan”, tapi sebenarnya makin lama makin tenggelam.

Hari ini mungkin sekadar rasa sempit. Tapi kalau dibiarkan, beberapa tahun akan datang, benda asas macam beli susu anak pun boleh jadi beban. Sampai tahap kena pinjam sana sini.

Sebab itu, perkara pertama yang perlu dibuat bukan cari pelaburan hebat atau strategi kewangan kompleks.

Fahami dulu kedudukan cashflow sendiri.

Asas kepada kewangan yang sihat adalah cashflow yang positif.

Kalau boleh simpan 10% daripada pendapatan, itu satu permulaan yang sangat baik. Tapi kalau belum mampu, jangan paksa.

Yang penting, pastikan cashflow kita tak negatif.

Walaupun positif RM1, itu jauh lebih baik daripada negatif RM1.

Sebab bila kita dah berada di zon positif, kita sedang bergerak ke arah yang betul. Dari situ barulah boleh bina simpanan, kurangkan hutang, dan tambah aset sedikit demi sedikit.

Ramai orang tak sedar, masalah kewangan bukan sebab gaji kecil semata-mata.

Ada yang gaji RM10,000 sebulan, tapi perbelanjaan RM10,001.

Nampak macam okay, tapi sebenarnya setiap bulan dia rugi. Setiap bulan dia makin miskin.

Dalam keadaan macam ni, apa-apa strategi kewangan pun takkan menjadi. Sebab asas dia dah rosak.

Itulah sebab kenapa kita selalu nampak situasi makin lama bekerja, makin banyak hutang.

Sepatutnya, makin lama bekerja, makin banyak harta kita kumpul.

Kalau kewangan kita semakin baik, kita akan nampak perubahan yang jelas.

Dulu simpanan kecemasan mungkin cukup sebulan dua. Sekarang dah capai enam hingga dua belas bulan.

Dulu mula simpan emas sikit-sikit. Lama-lama dah nampak hasilnya.

Dulu hutang banyak. Sekarang satu per satu dah berjaya diselesaikan.

Itu semua tanda kita sedang bergerak ke arah yang betul. Dan semuanya bermula dari cashflow yang positif.

Malangnya, ramai orang terperangkap dengan ilusi.

Bila pendapatan naik, gaya hidup pun naik sekali.

Kereta tukar yang lebih besar. Rumah upgrade. Komitmen bertambah.

Dari luar nampak macam semakin berjaya. Tapi bila tengok betul-betul, simpanan tak bertambah pun. Aset tak banyak mana.

Yang bertambah cuma komitmen.

Ini yang orang panggil “kekayaan palsu”.

Nampak mewah, tapi rapuh.

Kalau tiba-tiba hilang punca pendapatan, tak sampai beberapa bulan, semuanya boleh runtuh.

Dan berdasarkan pengalaman melihat ramai orang, antara beban terbesar dalam cashflow adalah hutang peribadi dan kos kereta.

Ramai tak perasan, kos memiliki kereta sebenarnya sangat tinggi.

Ansuran bulanan, insurans, roadtax, servis, repair semua ni makan cashflow setiap bulan.

Kadang-kadang jumlahnya lebih besar daripada perbelanjaan untuk keluarga sendiri.

Kereta dapat hadiah “birthday” setiap tahun dalam bentuk insurans beribu ringgit. Tapi hadiah untuk isteri dan anak-anak pun kena fikir panjang.

Hakikatnya, beli sebuah kereta boleh mengurangkan cashflow sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan atau lebih.

Sebab itu kita selalu jumpa orang yang nampak sederhana, pakai kereta biasa-biasa.

Tapi sebenarnya dia ada simpanan yang kukuh, aset yang bertambah, dan kewangan yang stabil.

Jutawan senyap.

Dia tak kejar nampak kaya. Dia fokus untuk betul-betul jadi kaya.

Kalau nak perbaiki kewangan, tak boleh lagi main agak-agak.

Kena duduk dan kira betul-betul.

Tulis semua pendapatan. Senaraikan semua perbelanjaan. Tengok angka sebenar, bukan apa yang kita rasa.

Boleh guna Excel, boleh guna apa-apa cara, asalkan jelas.

Sebab realitinya, apa yang kita tak ukur, kita tak akan mampu baiki.

Dan perubahan besar dalam kewangan, selalunya bermula dengan satu perkara yang nampak kecil iaitu dengan pastikan cashflow kita positif.

Jemput baca cara nak semak cashflow dari blog mentor saya, Tn Mohd Zulkifli Shafie.

https://www.mohdzulkifli.com/2017/12/cara-betul-semak-cashflow-sendiri-dan-bebas-masalah-kewangan.html

Worth it untuk baca!

Dr Nadiah Yusof
Dealer Aktif Public Gold

21/04/2026

💎 Tahniah! Tahniah! Tahniah! 💎
=========================

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada
𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐟𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐢𝐥
@ Tn SJ atas pelantikan sebagai 𝑷𝒓𝒆𝒔𝒊𝒅𝒆𝒏𝒕 & 𝑪𝑬𝑶 𝑮100 𝑵𝒆𝒕𝒘𝒐𝒓𝒌 🎉

Satu pencapaian yang cukup membanggakan dan memberi inspirasi kepada seluruh warga G100.

Kepercayaan yang diberikan ini bukan sahaja melambangkan kepimpinan yang cemerlang, malah menjadi bukti komitmen, usaha dan dedikasi yang tidak pernah luntur.

Kami seluruh warga G100 Network amat teruja dan berbesar hati dengan pelantikan ini. Semoga di bawah kepimpinan Tuan SJ, G100 akan terus melangkah lebih jauh, mencapai lebih banyak kejayaan dan memberi impak yang lebih besar dalam 👏🏻👏🏻👏🏻

Terus maju ke hadapan, terus mencipta kejayaan! 💪✨

Ikhlas daripada
Warga G100 Network

LIKE : SHARE : COMMENT

08/12/2025

Cara nak adakan simpanan RM1 juta sebelum bersara.

21/10/2025

Bisnes owner yang memilih untuk mengasingkan sebahagian profit dalam bentuk emas membuat keputusan yang sangat bijak, emas bukan sahaja kalis inflasi dan meningkat nilainya dalam jangka panjang, tetapi juga tidak dikenakan cukai, menjadikannya pelindung nilai yang berbaloi untuk masa depan perniagaan.

Address

Alor Gajah
78000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold by Nadiah Yusof posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Public Gold by Nadiah Yusof:

Share