15/03/2024
"Kenapa kena melabur?"
"Kalau tak melabur tak boleh ke?".
Eh, kalau tak nak melabur pun boleh juga. Dengan syarat bapa kita memang kaya. Dan dia berhasrat untuk wariskan semua hartanyanya, tidak termasuk hutang, kepada kita. Hehehe.
Jom kita buat kira- kira,
Katakan kita lahir pada hari ini. Kerana cinta kasihnya kepada kita, bapa kita tolong laburkan RM500 sebulan.
Pada kadar p**angan 8%*, akan terkumpul sejumlah RM475 ribu ketika kita berumur 25 tahun.
*Ya, orang Malaysia menganggap 8% setahun terlalu kecil. Malah tahun lepas berdasarkan survey yang dilakukan badan kerajaan, 12% setahun pun dikatakan terlalu rendah.
Tapi takpa, itu cerita di lain hari. Untuk tujuan ini, kita pakai sahaja 8% setahun.
Jadi bila kita berumur 25 tahun, bapa kita nak pencen. Dia pun ada banyak komitment bulanan lain nak buat.
Jadi alang-alang kita pun dah kerja, maka dia suruh kita sambung melabur sendiri RM500 sebulan, selama 35 tahun lagi.
Asas melabur dia dah buat, sekarang tugas kita p**a meneruskannya.
Kita boleh sahaja nak degil. Kita boleh je tidak meneruskan rancangan yang bapa kita buat. Tapi kita ini jenis yang patuh. Jadi kita sambung dengan RM500 sebulan, untuk 35 tahun lagi.
Jadi masa umur kita 60 tahun, sudah terkumpul RM8.9 juta. Modal yang dikeluarkan oleh bapa dan kita selama ini cuma RM360 ribu.
Sementara p**angan compounding interestnya p**a sebanyak RM8.6 juta lebih kurang. Syabas. Kalau bapa kita masih hidup ketika itu, pasti dia bangga dengan diri kita.
RM8.9 juta ketika kita berumur 60 tahun. Fuh, kita hampir jadi multi millionaire. Terimakasih kepada bapa kita, yang telah mulakan awal. Duit kita dapat bekerja keras kerana bapa kita betul faham kuasa masa.
Tapi jangan cepat sangat rasa seronok. Ini semua sebelum kita ambil kira faktor inflasi. Ia adalah musuh utama duit kita.
Setiap hari inflasi mengikis kuasa beli duit. Jadi berapa nilai sebenar RM8.9 juta itu, setelah turut mengambil kira kadar inflasi, 60 tahun lagi?
☝️Nilai sebenar sekarang:
Kalau inflasi 3%, ia adalah RM1.5 juta.
Kalau inflasi 4%, ia adalah RM850 ribu.
Kalau inflasi 5%, ia adalah RM480 ribu.
Cukup?
Ini kisahnya pelaburan setelah mengambil kira kadar inflasi. Ia adalah musuh dalam selimut. Sentiasa ada, kita sahaja yang selalu lupa akan dirinya.
Mujur juga bapa kita mulakan melabur dari awal, sejak hari kita lahir lagi. Mujur juga dia ada bajet, dapat laburkan sejumlah bulanan yang agak baik.
Mujur juga kita jenis anak yang patuh, akur kepada nasihat bapa kita untuk menyambung apa yang diusahakannya.
Jadi kita perlu melabur dan terus melabur, untuk masa depan kita. Begitulah
💰merancang pendapatan kerana kita bukan asal usul orang senang