Legasi Takaful & Harta Pusaka Islam

Legasi Takaful & Harta Pusaka Islam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Legasi Takaful & Harta Pusaka Islam, Financial Consultant, Jelawat, Bachok.

Komited dalam membantu umat Islam membina legasi dengan merancang perlindungan takaful serta memastikan harta pewarisan teratur mengikut prinsip syariat Islam dan kesejahteraan keluarga untuk generasi akan datang, dunia & akhirat. Sangat komited dalam membantu umat Islam membina legasi dengan merancang perlindungan takaful serta memastikan harta pewarisan teratur mengikut prinsip syariat Islam dan kesejahteraan keluarga untuk generasi akan datang, dunia & akhirat.

Medical Card TAPI kena pergi klinik dulu sebelum hospital? Perlu ke sebenarnya?Lately ni ramai yang kecoh pasal syarat b...
31/07/2025

Medical Card TAPI kena pergi klinik dulu sebelum hospital? Perlu ke sebenarnya?

Lately ni ramai yang kecoh pasal syarat baru medical card — kena ke klinik dulu sebelum boleh masuk hospital private. Sampai ada yang marah-marah sebab katanya “saja menyusahkan”.

Sabar dulu ya. Jom saya explain slow-slow supaya semua jelas.



1. Memang ada syarikat takaful dah mula ubah syarat – kena rujuk klinik dulu sebelum dapat GL (guarantee letter) ke hospital. Yang jadi isu, ada yang ubah untuk plan sedia ada.

Tapi jangan terus panik. Duduk dulu dengan ejen, bincang dan fahamkan betul-betul.



2. Saya sendiri dari dulu dah praktikkan cara ni untuk client saya — bukan sebab syarat, tapi sebab lebih menjimatkan dan lebih bijak.

Contoh: kadang kita tak pasti perlu admit ke tak. Jadi pergi dulu klinik, jumpa doktor dan tanya. Kalau betul perlu masuk hospital, minta surat referral.



3. Kos jumpa doktor di klinik jauh lebih murah – RM60, RM80, kadang RM100. Tapi kalau terus ke hospital private, mungkin RM200–RM300 hanya untuk consultation.

Kalau doktor kata tak perlu masuk hospital pun, kita dah jimat banyak.



4. Sebagai ejen, saya tak boleh “janji boleh masuk hospital” – sebab yang tentukan layak admit atau tak adalah doktor. So, referral letter tu akan bantu mudahkan urusan.



5. Dulu kita ada dua pilihan:
• Terus ke hospital
• Atau ke klinik dulu.

Sekarang, makin banyak syarikat wajibkan step ke klinik dulu. Tapi ini sebenarnya untuk kebaikan klien juga, supaya manfaat digunakan dengan lebih efisien.



6. Di Great Eastern Takaful, kami masih tawarkan dua-dua cara:
• Ada plan yang terus boleh ke hospital
• Dan ada plan yang perlukan step ke klinik dulu (lebih jimat, lebih selamat).

Semua ikut plan mana yang anda ambil.



Mana satu lebih bagus?

Jawapannya: ikut keperluan dan bajet anda. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.



Kalau anda nak tahu plan mana yang sesuai ikut keperluan anda, jom saya bantu consult. Tak payah pening kepala, saya explain dengan cara paling mudah faham 😊

“TANPA1, YANG LAIN AKAN JADI 0.”Betul ke?✅ Tanpa kesihatan, wang pun tak berguna.✅ Tanpa kesihatan, kerja pun tak boleh ...
30/07/2025

“TANPA1, YANG LAIN AKAN JADI 0.”
Betul ke?

✅ Tanpa kesihatan, wang pun tak berguna.
✅ Tanpa kesihatan, kerja pun tak boleh jalan.
✅ Tanpa kesihatan, keluarga pun boleh terabai.

Sayangi diri anda. Lindungilah untuknya — sebelum terlambat.
Ambillah langkah bijak hari ini dengan Great Eastern Takaful.

Waktu sihat, RM100–RM300 tu rasa macam membazir.
Tapi bila dah sakit, bukan setakat ratus, kadang ribuan ringgit lesap dalam sekelip mata.

Lebih perit, duit simpanan bertahun-tahun pun boleh hangus dalam beberapa minit saja di hospital.

Dengan Takaful, kita bukan sekadar menyimpan,
tapi saling menyumbang dan bantu-membantu sesama insan.
Hari ini kita bantu orang lain.
Esok, kalau kita p**a diuji, insya-Allah mereka p**a bantu kita.

Masih sihat? Alhamdulillah.
Tapi boleh jamin tak untuk esok? Minggu depan? Tahun depan?

Kalau tak boleh jamin, buatlah persiapan hari ini.
Bila dah sakit, Takaful pun dah tak sudi terima.

Kalau anda setuju bahawa kesihatan adalah segala-galanya,
jangan tunggu dah sakit baru nak bertindak.

📲 Boleh klik link WhatsApp di bawah untuk tahu pelan yang sesuai:

👉 [https://shorturl.at/s3Osr]
👉 [https://shorturl.at/s3Osr]
👉 [https://shorturl.at/s3Osr]

10/02/2025

Musibah tak tunggu kita bersedia. Soalan dia — siapa yang sanggup hulurkan ratus ribu bila kita perlukan? Kalau tiada, Takaful ada. Jangan biarkan keluarga menanggung beban bila semuanya sudah terlambat.

𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗜?Ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan mengenai hutang si mati. Ini bukan soal me...
10/02/2025

𝗪𝗔𝗥𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗜 𝗠𝗔𝗧𝗜?

Ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan mengenai hutang si mati. Ini bukan soal membuka aib, tapi soal amanah yang mesti kita fahami dengan betul.

𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗶 𝗠𝗮𝘁𝗶 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗯𝗮𝗱𝗶

Ramai yang tak sedar bahawa hutang si mati bukan wajib dibayar oleh waris menggunakan harta mereka sendiri. Hutang itu mesti dibayar menggunakan harta peninggalan si mati, sebelum harta tersebut dibahagikan kepada waris.

Itulah hak terakhir si mati ke atas hartanya. 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗱𝗶𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗷𝗮. Jika hutang tidak diselesaikan, urusan si mati di alam barzakh masih belum selesai.

𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗙𝗮𝗵𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂

Kadang-kadang ada waris yang berkata:

"𝘈𝘬𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘧𝘢𝘳𝘢𝘪𝘥 𝘢𝘬𝘶, 𝘩𝘶𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘳𝘸𝘢𝘩 𝘣𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶!"

Betul, tapi kita kena fikir juga. Bukan semua orang tahu bila mereka akan meninggal. Mungkin semasa hayatnya, dia sedang berusaha membayar hutangnya sedikit demi sedikit. Tetapi, ajal menjemput lebih awal.

Jadi, menjadi tanggungjawab waris untuk lunaskan hutang si mati menggunakan harta yang ditinggalkan.

𝗖𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵: 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗹 𝗛𝗮𝗷𝗶

Jika seseorang sudah ada wang mencukupi untuk haji dan hanya menunggu giliran, tetapi meninggal dunia sebelum sempat menunaikannya, maka badal haji perlu ditunaikan menggunakan harta peninggalannya. Ini kerana dia telah berhutang dengan Allah.

𝗔𝗽𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴?

Kita sendiri perlu buat persediaan supaya waris tak terbeban dengan hutang kita. Antara langkah yang boleh diambil:

1. Catat semua hutang dan maklumkan kepada keluarga.
2. Sediakan dana khas untuk melangsaikan hutang jika berlaku kematian.
3. Ambil perlindungan takaful yang dapat membantu melangsaikan hutang tertentu.
4. Buat wasiat atau hibah agar harta dapat diurus dengan baik selepas kita tiada.

𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻

Hutang si mati wajib dibayar menggunakan harta peninggalannya sebelum waris menerima bahagiannya. Jika harta tidak cukup, hutang itu tetap menjadi beban si mati di akhirat.

Nabi ﷺ bersabda:

"𝘓𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘳𝘪𝘴 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢-𝘮𝘪𝘯𝘵𝘢".
(HR Bukhari & Muslim)

Jangan sampai waris kita susah kerana beban hutang yang kita tinggalkan. Sama-sama kita ambil iktibar dan buat perancangan dari sekarang.

𝗪𝗮𝗹𝗹𝗮𝗵𝘂 𝗮'𝗹𝗮𝗺.

“𝗧𝘂𝗮𝗻, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗮𝘃𝗲𝗮𝘁 𝗣𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗮𝗿𝘄𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶. 𝗠𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮?” – 𝗕𝗮𝗹𝘂Untu...
09/02/2025

“𝗧𝘂𝗮𝗻, 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗮𝘃𝗲𝗮𝘁 𝗣𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗮𝗻𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗽𝘂𝘀𝗮𝗸𝗮 𝗮𝗿𝘄𝗮𝗵 𝘀𝘂𝗮𝗺𝗶. 𝗠𝗮𝗸𝘀𝘂𝗱𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮?” – 𝗕𝗮𝗹𝘂

Untuk makluman, pihak pemiutang (Bank) boleh mengenakan Kaveat Pusaka ke atas permohonan pusaka seseorang yang berhutang dengan mereka.

Maksudnya, selagi pihak bank tidak menarik balik kaveat tersebut, urusan pengeluaran surat kuasa pentadbiran pusaka tidak boleh diproses. Pendek kata, harta si mati tak boleh dicairkan selagi hutang dengan bank belum selesai.

“𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗮𝗿𝘄𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝗽𝘂𝗻. 𝗔𝗱𝗮 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗲𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗲𝘁𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮. 𝗗𝘂𝗶𝘁 𝗘𝗣𝗙, 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮”. – 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀

Betul, tapi bagi pihak bank, selagi ada harta yang ditinggalkan, selagi itu hutang perlu dilunaskan. Bila ada permohonan tuntutan pusaka, sistem mereka boleh mengesan bahawa si mati masih meninggalkan aset. Maka, mereka akan mengambil tindakan untuk menuntut bayaran hutang terlebih dahulu.

𝗔𝗽𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘄𝗮𝗿𝗶𝘀?

Selagi hutang tak diselesaikan, selagi itu harta pusaka tak boleh dicairkan. Jadi pentadbir atau waris-waris perlu berbincang dengan pihak bank mengenai cara penyelesaian hutang.

Jika harta yang ditinggalkan adalah rumah atau tanah, besar kemungkinan ia perlu dijual untuk melangsaikan hutang tersebut. Ini realiti.

𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜

Ramai yang ingat, kalau berhutang dan meninggal dunia, hutang itu automatik lupus. Hakikatnya tidak.

Bank ada cara mereka untuk mengesan peminjam yang telah meninggal dunia. Mereka bukan syarikat kecil. Mereka ada sistem yang boleh menyemak dan menghubungkan data peminjam dengan rekod kematian.

Pendek kata, pandai berhutang, pandailah bayar. Sampai ke lubang cacing kami cari.

𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜𝗡𝗬𝗔?

Bagi yang ada hutang — baik hutang peribadi, perniagaan, atau pinjaman rumah — carilah perlindungan takaful yang sesuai. Sekurang-kurangnya, manfaat takaful boleh digunakan oleh waris untuk melangsaikan hutang yang ditinggalkan.

Bukan sebab saya ejen takaful saya cakap begini. Tapi saya tak nampak cara lain yang lebih ideal untuk menyelesaikan hutang selepas kematian. Kalau ada cara lain, silakan guna. Yang penting, kita pastikan waris tak terbeban dan harta pusaka kita tidak tersekat kerana tuntutan pemiutang.

Sebab dalam Islam, semua amalan kita akan terputus setelah meninggal dunia kecuali hutang!

Maka, jangan biarkan roh kita tergantung kerana hutang yang tidak diselesaikan. Ini peringatan untuk diri saya sendiri dan juga untuk semua.

Semoga bermanfaat.

Moga Allah SWT sentiasa menjaga kita semua dalam lindunganNya  InshaAllah.
21/01/2025

Moga Allah SWT sentiasa menjaga kita semua dalam lindunganNya InshaAllah.

17/01/2025

Setiap hari adalah peluang untuk melindungi masa depan. Takaful bukan tentang hari ini, tapi tentang hari yang kita belum tahu. Bersedia sekarang untuk hidup yang lebih tenang.

17/01/2025

Setiap harta memerlukan proses pewarisan, tetapi takaful memudahkan waris dengan manfaat yang terus sampai ke tangan mereka.

17/01/2025

Manfaat takaful, rumah, dan duit simpanan bank semuanya adalah harta pusaka.

Bezanya, manfaat takaful boleh dituntut dengan segera tanpa memerlukan surat kuasa pentadbiran pusaka, asalkan ada penama yang telah ditetapkan.

Salam Jumu'ah everyone!Sama-sama perbanyakkan selawat ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW.اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى ...
17/01/2025

Salam Jumu'ah everyone!

Sama-sama perbanyakkan selawat ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

15/01/2025

Manfaat kematian dari caruman takaful sebenarnya boleh diwakafkan sebagai saham akhirat.

Dengan wakaf tunai ini, bayangkan betapa ramai umat Islam yang boleh mendapat manfaat — sama ada melalui pendidikan, perubatan, atau pembangunan ummah.

Sebagai Muslim, menjadi tanggungjawab untuk jadikan harta kita bukan sekadar perlindungan dunia, tetapi juga pelaburan akhirat.

Selalu kita mendengar ejen takaful bercerita tentang hibah, kad perubatan, pelaburan itu dan ini, simpanan pendidikan ka...
14/01/2025

Selalu kita mendengar ejen takaful bercerita tentang hibah, kad perubatan, pelaburan itu dan ini, simpanan pendidikan kan?

Sebelum anda faham semua kepentingan dan perlindungan instrumen takaful tersebut, adakah pada dasarnya anda sudah memahami konsep 'dana tabarru'' yang digunakan dalam instrumen ini?

Dalam konteks takaful, dana tabarru' merujuk kepada sumbangan yang diberikan oleh peserta ke dalam satu tabung bersama. Dana ini diwujudkan untuk membantu peserta lain yang menghadapi musibah seperti kematian, kemalangan, penyakit atau kerugian berdasarkan syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam kontrak takaful.

Risiko ditanggung secara kolektif oleh semua peserta. Konsep ini menggantikan prinsip pemindahan risiko seperti yang terdapat dalam insurans konvensional.

Ia selaras dengan syariah.
Ia juga dapat meningkatkan ukhwah di antara peserta dalam semangat persaudaraan dan memberi nilai keberkatan kepada para penyumbang.

Address

Jelawat
Bachok
16070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Legasi Takaful & Harta Pusaka Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Legasi Takaful & Harta Pusaka Islam:

Share