23/09/2021
HATI-HATI DENGAN TAKAFUL
Buat masa ini kesedaran Takaful semakin meningkat dikalangan masyarakat Malaysia. Tapi AWAS! permohonan Takaful anda mungkin di tolak jika anda leka dan mengambil sikap sambil lewa.
Jangan risau sebenanrya kalau dah sakit bukan tak boleh apply. Boleh saje, namun anda perlu bersedia menerima keputusan daripada pihak Takaful berkaitan permohonan anda. Bertenang.
Ada 3 perkara sekiranya anda yang ada "Medical History" apply Takaful.
1 Exclusion
Pengecualian daripada cover penyakit yang sedia ada. Sebagai contoh, kalau seseorang itu pernah mendapatkan rawatan Slip Disc (Tulang belakang) mungkin disebabkan terjatuh ataupon sebaliknya dan buat rawatan tuh. Jika individu tu apply Takaful mungkin tidak cover hanya berkaitan tulang belakang dia sahaja. Manakala part anggota lain serta sakit lain boleh cover tidak ada masalah. EXCLUSION ni bergantung kepada UNDERWRITER Syarikat Takaful itu yang tentukan part mana tidak cover.
Habis rugi la aku amik, of coz la rugi part satu bahagian jah. Sakit dan part lain boleh je pakai. Tak rugi pon. Kan dah pesan bertindak segera carum Takaful.
2. Postponed
Ada certain penyakit yang boleh menjadikan permohonan Takaful anda di TANGGUH. Contohnya penyakit yang ada masa dia datang ada masa dia tak datang macam darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
Postponed nh macam contoh pihak Takaful hold permohonan kita dalam satu tempoh, mungkin 6 bulan atau lebih. Dan selepas tempoh tuh, baru la pihak Takaful minta satu Medical Examination yang baru.
Haaa. Debaranya dekat sini. Ada dua kemungkinan berlaku. Kalau lulus dia akan minta satu tempoh lagi. Dan kalau gagal. Masyallah reject terus. Menangis anda di sudut katil.
Sebab itu banyak Ejen desak untuk segera mencarum.
3. Declined
Part nh senang ja, sebab direct terus. Senang faham permohonan Takaful anda di tolak. Wahh. Sedih bang. Selalunya individu yang dah ada penyakit ketegori "Critical illness" nh memang pasti akan declined. Contoh kencing manis buah pinggang dan banyak lagi, adakalanya darah tinggi jugak boleh jadi penyebab.
Setakat ni la pengalaman, ada la dalam 3 permohonan pernah hantar, keputusan tetap sama. Nak cuba takda masalah. Hantar je.
__________________________________________________
Actually, ada lagi satu. Tapi kes ini polisi anda Alhamdulillah lulus. Tapi ada syarat. Ha apa dia?
4. Rated Up
Bila permohonan diterima dengan segala Medical Report diserahkan serta requirement lengkap. Pihak Takaful, bersetuju. Lega kan?
Dengan syarat kene bayar mahal sikit dari orang lain. Kuang3.
Rasa tak adil? Kenapa p**a. Dah la dah sakit baru nak apply then harap sama macam harga orang yang sihat mana boleh kan.
Cerita pengalaman saya la, biasanya orang yang pernah bayar bill hospital dia tak kisah pon rated up. Lagi dia bersyukur ada la. Yela bang, orang yang pernah alaminya tahu betapa sakitnya jiwa menghadapi situasi cemas itu. Sebab tuh dia takda masalah setuju dengan harga yang mahal.
So itula sedikit sebanyak yang saya kongsi akan status permohonan awak. Jangan risau walau history boleh lulus juga. Tapi siap hadapi risiko di atas dan paling malang anda memang ada kesedaran but dapat p**ak di tolak permohonan.
So solusi terbaik adalah SIGN UP SEGERA TAKAFUL