23/03/2022
𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡𝗔𝗡
Jom belajar mengenai asb. Banyak perkara yang boleh dikongsikan.
Mari kita belajar ya
1. Conservative investment.
Asb ni berkonsep kepada conservative investment.
Kalau kita dapat lihat, asb ni lebih menjurus kepada selamatkan customer daripada terlibat dengan sesuatu yang memberi risiko tinggi.
Dalam erti kata lain, macam 'not a risk taker'. Mengenai asb loan p**a, daripada sudut bayaran, ada yang kena tambah tapi jika kita singkap daripada sudut positif nya, dapat membantu seseorang menyimpan secara konsisten dan disiplin.
Dengan adanya pembiayaan ASB ni dapat membantu ramai orang menyimpan dengan cara yang bijak.
Umum mengetahui ASB ni under PNB.
Kita dapat lihat betapa PNB ni banyak membantu bumiputera di Malaysia dalam membina simpanan mereka.
Sama ada kita nak sedar atau tidak saja. Agak agak jika tiada ASB dimana kita menabung selama ini?
2. Lower down
Mari kita lihat isi kedua ni. Sangat penting. Setiap orang yang buat ASB, mesti ada niat dan minat untuk menyimpan.
Kata orang kampung saya, That's attitude that should be proud.
Kesedaran untuk menyimpan sudah ada menebal dalam diri, tapi mungkin kadang kala bila terdapat kekangan tertentu, akan rasa sedikit terbeban.
Tapi jangan sesekali stop menyimpan.
Kita boleh kurangkan belanja, buat bajet untuk kekal menyimpan.
Contohnya, sebelum ni boleh simpan sebanyak Rm700.00. sekarang banyak kekangan. Boleh kurangkan Rm500.
Tak ada masalah. At least bumiputera kita menyimpan! Ada juga simpanan for a better future.
3. Separate saving.
Apa yg perlu difahami pasal separate saving. Mesti separate your money. Caranya, boleh buat 100k sijil dalam bentuk separate 50k 50k satu short satu. Kalau dulu lump sum, sekarang separate.
4. Financial goals
Ini sangat penting dan best. Umum mengetahui, simpanan asb atau asb loan yang dibuat, semuanya ada untung masing masing.
Jadi, dalam menyimpan, kita mesti ada goals. Macam mana nak buat?
Kena cipta sendiri our financial goals. Lebih cantik kalau kita cipta untuk untuk dua matlamat.
Jangka pendek dan jangka panjang.
Baru lah kita ada target apa yang kita nak dalam 5 tahun, 10 tahun akan datang.
Tanya diri kita, mampu ke kita bina kehidupan yang selesa dengan simpanan kita sekarang.
Jika belum, kena simpan sekarang.
Kawan kawan,
Yang namanya duit, banyak mana pun akan habis. Kalau kita tak paksa diri menyimpan memang tak akan ada.
ASBf-i lebih kepada force saving kata orang Jawa.
"Rugi orang kata ASB sekarang bang?"
Rugi bagi orang yang tak ada simpanan. Bagi yang kekal menyimpan, ia tetap ada masa depan.
Baca naskah ini untuk kita faham bab duit nanti
https://bit.ly/3GQuu0v
https://bit.ly/3GQuu0v
Kredit: Tn. Azizul Azli Ahmad
Klik butang Add To Cart yang tersedia dilaman ini. Kemudian, pada bahagian checkout, sila isikan butiran anda dan lakukan pembayaran melalui cash deposit atau online banking FPX transfer. Pihak kami akan memproses tempahan anda secepat mungkin dalam tempoh 24 jam.