28/08/2026
Susah ke menabung?
Saya pernah melalui fasa tak ada simpanan kecemasan langsung.
Jadi kalau orang cakap,
“Susah la nak menabung…”
Saya faham.
Memang susah kalau dari awal kita tak nampak kenapa kita kena menyimpan.
Dulu bila dapat gaji, belanja dulu.
Bayar itu ini. Makan. Jalan. Beli benda yang kita s**a.
Dalam hati cakap,
"Nanti ada lebih aku simpan."
Tapi pelik kan…
Yang “lebih” tu sampai sudah tak pernah muncul. 😂
Sebenarnya kadang-kadang bukan kita tak mampu menyimpan.
Kita cuma rasa belum perlu.
Muda lagi.
Kerja masih ada.
Gaji masuk setiap bulan.
Jadi kita rasa semuanya okay.
Tapi semakin umur meningkat, saya mula nampak satu perkara yang dulu saya tak pernah fikir.
Apa jadi kalau kita masuk umur pencen… tapi hutang masih belum pencen?
Rumah masih berbaki.
Kereta mungkin masih ada.
Personal loan belum selesai.
Kad kredit mungkin masih berhutang.
Akhirnya bila dapat duit KWSP…
perkara pertama yang kita fikir bukan nak guna untuk hidup selepas bersara.
Tapi nak settle hutang.
Haaa… dekat sini saya rasa kita kena fikir sikit.
Duit KWSP itu kita kumpul berpuluh tahun.
Sepatutnya ia menjadi antara sumber untuk menyara kehidupan kita apabila gaji bulanan dah tak masuk macam dulu.
KWSP sendiri sekarang memberi penekanan supaya simpanan persaraan dilihat sebagai pendapatan yang perlu bertahan sepanjang tempoh persaraan, bukan sekadar sejumlah wang besar yang kita dapat sekali gus.
Bayangkan…
Hari terakhir kerja kita rasa lega sebab dah pencen.
Tapi esoknya duit persaraan p**a sibuk nak tutup hutang zaman bekerja.
Kita yang pencen.
Hutang belum pencen.
Sebab itu pada saya, perancangan kewangan bukan sekadar fikir,
“Berapa banyak KWSP aku ada nanti?”
Tetapi kena fikir juga,
“Berapa banyak hutang yang masih tinggal bila aku bersara nanti?”
Kalau boleh, masa masih ada pendapatan inilah kita mula bina simpanan lain sedikit demi sedikit.
Tak perlu tunggu kaya.
RM100 boleh mula dengan akaun GAP Public Gold.
Yang penting disiplin.
Saya p**a jenis kalau duit duduk dalam akaun terlalu lama, ada saja benda rasa nak beli.
Sebab itu salah satu cara yang saya gunakan ialah menukar sebahagian simpanan kepada emas.
Bukan bermaksud semua duit kena tukar kepada emas.
Dan bukan juga emas menggantikan simpanan kecemasan atau KWSP.
Tetapi ia menjadi satu lagi bakul simpanan yang saya bina sedikit demi sedikit untuk masa depan.
Saya nak sampai satu tahap nanti…
KWSP ada.
Simpanan kecemasan ada.
Emas pun ada.
Dan hutang semakin berkurang.
Barulah lebih sedap nak masuk hari tua.
Kita dah bekerja 20, 30 tahun, malah ada yang 40 tahn.
Jangan sampai hujung-hujung nanti hasil kerja bertahun-tahun itu hanya digunakan untuk membayar cerita lama.
Enjoy hidup hari ini tak salah.
Tapi jangan lupa…
kita juga sedang menanggung kehidupan diri kita yang berumur 60, 70 dan mungkin 80 tahun nanti.
Kalau anda susah nak simpan duit tunai dan nak belajar bagaimana saya gunakan emas sebagai salah satu cara membina simpanan, boleh hubungi saya.
Saya bantu dan kongsikan ilmu secara percuma.
Laman web;
👉 https://pg2u.my/Azharzass
No Tel:
👉 http://pg2u.my/app/link/Azharzass/whatsapp
Daftar akaun GAP;
👉https://pg2u.my/Azharzass/cara-bermula
BERILMU • BERDISIPLIN • BEREMAS
Tak mula, takkan ada.
Tak kumpul, gram takkan muncul.
Zasss!