Asytar Legacy - Financial Consultant

Asytar Legacy - Financial Consultant Misi utama ialah untuk menyebarkan ilmu dan produk kewangan yang mengutamakan keperluan pengguna.

Kepada semua pemegang polisi takafulKenapa anda ambik perlindungan takaful?Apa sebab utama anda?Isteri suruh keSupport k...
31/07/2022

Kepada semua pemegang polisi takaful

Kenapa anda ambik perlindungan takaful?
Apa sebab utama anda?

Isteri suruh ke
Support kawan ejen ke

Atau kesedaran sendiri?
Sedar sebab apa?

Cuba komen sikit di bawah

“TAK APA, SAYA DAPAT FIRST CLASS." “100% PERCUMA MASUK GOMEN”Ramai pekerja kerajaan yang masih tak faham dgn medical ben...
24/03/2022

“TAK APA, SAYA DAPAT FIRST CLASS."
“100% PERCUMA MASUK GOMEN”

Ramai pekerja kerajaan yang masih tak faham dgn medical benefit yg mereka terima. Masih ramai yang tak tahu bhwa kerajaan hanya berikan subsidi dari segi perubatan (ada jenis2 ubat shja) & consultation doctor, TETAPI tidak pada PERALATAN.

Perubatan - ada jenis ubat ubatan yang kerajaan tidak subsidikan, jika anda memerluka jenis ubat dlm kategori ini, anda perlu bayar sndri. Please take note. Lagi pun, sy dengar berita dri salah sorg doc krajaan, subsidi utk kos perubatan dah dikurangkan..ubat pun skrg bg ubat yg murah2 aje, kurang 'power'. Wallahualam..please check.

Peralatan - jika berlaku kemalangan yg memerlukan anda mnggunakan peralatan tambahan, cnthnya tongkat, besi yang gred lebih tinggi, anda perlu bayar sndri.

Masih ramai yang terlalu selesa dengan benefit kerajaan yg diterima sedangkan masih b*k kos kos lain yang perlu dipertimbangkan..

4 MANFAAT HIBAH TAKAFUL.Sejak Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh...
24/03/2022

4 MANFAAT HIBAH TAKAFUL.
Sejak Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan pada 5 November 2014, ramai peserta takaful menarik nafas lega. Ini bermaksud sebarang manfaat kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu melalui proses pengurusan harta pusaka.

Namun begitu, hampir 7 tahun sejak resolusi daripada MPS itu diumumkan, masih ramai lagi yang tertanya-tanya, “Apa itu hibah? Apa manfaat dan kelebihannya?” Kita selalu dengar perkataan tersebut tetapi tidak begitu faham apa itu hibah dan juga maksudnya.

Pada yang tidak mengetahui apa itu hibah? Ianya bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan, ia juga bermaksud hadiah yang diberikan oleh seseorang kepada orang yang lain secara sukarela ketika dia masih hidup. Sekiranya anda sebagai pencarum takaful meninggal dunia, penama yang dilantik oleh anda akan mendapat pampasan mutlak manfaat pelan takaful yang anda sertai.

Apa itu hibah takaful dan manfaatnya? Berikut adalah 4 manfaat tersebut:

1. Penggantian pendapatan
2. Penyelesaian hutang
3. Penerima mutlak
4. Proses yang mudah
5. Dana pendidikan anak

Kesimp**annya, hibah takaful memainkan peranan yang amat penting bagi melindungi waris anda apabila kehilangan anda, lebih-lebih lagi jika anda adalah pencari nafkah tunggal dalam keluarga. Jika anda belum melantik penama bagi pelan takaful anda, lakukanlah segera. Pastikan penama adalah penerima dan bukannya wasi, kerana wasi bukan penerima mutlak, manfaat masih perlu diagihkan mengikut undang-undang pengurusan harta pusaka.

Jika anda masih belum mencarum takaful dan mahu menghibahkannya kepada waris, ataupun mahu mengetahui dengan lebih lanjut apa itu hibah, anda boleh hubungi Perunding Takaful bagi mendapatkan pelan takaful yang sesuai dengan anda.

Great Eastern Takaful

SANA SINI CERITA HIBAH, HIBAH NI APA?Hibah Takaful sebenarnya merujuk kepada Life Takaful yang mana ia adalah satu bentu...
23/02/2022

SANA SINI CERITA HIBAH, HIBAH NI APA?

Hibah Takaful sebenarnya merujuk kepada Life Takaful yang mana ia adalah satu bentuk perlindungan nyawa yang akan memberikan sejumlah pampasan sekiranya berlaku sesuatu kepada anda.

Perlindungan nyawa yang disediakan akan memberikan pampasan kepada risiko berikut :

📌 Kematian
📌 Cacat Kekal
📌 Sakit Kritikal

Jadi, jika anda sedang survey pelan life takaful atau hibah ni pastikan pelan tersebut cover ketiga-tiga risiko ni.

Jangan sebab murah tapi banyak benda tak cover. Biasanya pelan hibah yang murah ni dia tak cover sakit kritikal.

Saya pasti anda semua dah tahu yang pampasan dari life takaful ni akan diterima oleh waris anda jika anda meninggal dunia akibat pelbagai sebab.

Hibah juga boleh dikatakan sebagai instant cash saving.

Sebabnya dengan bayaran sumbangan bulanan yang sedikit, anda dapat tinggalkan satu amaun yang sangat besar yang anda mungkin tak mampu untuk simpan sendiri walaupun sepanjang tempoh bayaran sumbangan itu berlaku.

Contoh : Bayaran sumbangan RM 75 sebulan boleh dapat pampasan RM250,000 untuk tempoh 30 tahun.

Cuba kirakan RM 75 x 30 tahun dapat tak RM250k tu? 😆

Satu lagi mindset yang buatkan ramai tak nak ambil hibah / life takaful ni ialah pampasan tu bukan dapat dekat dia tapi dekat waris dia nanti.

Tahu tak, masa hidup pun anda boleh dapat pampasan tu? 😊

Caranya ialah sekiranya anda mengalami kecacatan kekal atau sakit kritikal, selurih pampasan yang anda telah daftarkan tu anda akan terima.

Contoh :

Anda sign up untuk hibah RM 250,000, semua jumlah ni anda akan terima sewaktu masih hidup kalau anda alami cacat kekal atau sakit kritikal.

Hibah tu p**a adalah cara pewarisan pampasan RM250,000 tadi sekiranya anda meninggal dunia. Boleh letak nama-nama orang yang anda nak bagi duit ni lepas anda meninggal dunia.

Tak perlu nak lalu proses faraid yang mungkin akan memakan masa.

Kiranya, hibah ni jadi fast cash la untuk isteri dan anak-anak nanti. Banyak duit nak pakai lepas kita dah tak ada.

Lagipun mereka masih terkejut bila kita pergi tiba-tiba.

Dapat sesuatu?

Klik sini untuk lebih lagi info kewangan www.fb.me/asytarlegacy

[Ramai Ejen Takaful Tak Cerita Benda Ni!]Berapa maksimum bayaran bulanan yang patut anda belanjakan?Awas, panjang! Tapi ...
23/02/2022

[Ramai Ejen Takaful Tak Cerita Benda Ni!]

Berapa maksimum bayaran bulanan yang patut anda belanjakan?

Awas, panjang! Tapi berbaloi kalau di baca.

Saya pasti ramai yang akan terfikir berapa sebenarnya anda patut keluarkan untuk membayar sumbangan bulanan takaful?

Nak tanya ejen rasa takut p**ak sebab ejen mesti akan bagi tahu semua bagus dan harga mesti akan tinggi 🤣

Jangan risau

Saya kongsikan satu benchmark jumlah bayaran bulanan yang anda boleh gunakan sebagai panduan.

Walaupun takaful ialah perlindungan, bayaran bulanan yang kita keluarkan akan dikira sebagai perbelanjaan atau expenses sekiranya melebihi had.

Bayaran takaful yang terlampau tinggi akan membuatkan cash flow anda berdarah dan akan mengganggu perbelanjaan yang lain.

Anda perlu ingat, takaful untuk long term bukan short term. Maknanya anda akan membayar sumbangan bulanan untuk satu tempoh yang panjang. Jadi, seharusnya bayaran bulanan tu tidak akan buat anda rasa terbeban khususnya di permulaan 5 tahun pertama polisi.

Bayaran Bulanan Ideal

Pastikan, jumlah bayaran bulanan anda tidak melebihi 10% dari gaji atau jumlah keseluruhan income anda.

Jangan lebih.

Contohnya gaji anda RM2500, maka bayaran bulanan anda maksimum RM250 setiap bulan.

Apa yang perlu dilindungi dalam 10% ni?

Sebaiknya mesti ada
✅ Life takaful / hibah (ni yang utama)
✅ Medical card (jika mencukupi)

Kalau income anda kecil dan lebih rendah dari contoh yang saya bagi di atas, fokus kepada life takaful terlebih dahulu.

Bagi urusan kesihatan, boleh pergi ke fasiliti kerajaan.

Tapi dari apa yang saya survey, anda boleh dapatkan kedua-dua manfaat ni dalam lingkungan harga di atas Insyaallah.

Ada soalan? Taip di ruangan komen di bawah.

Dapat sesuatu? Jangan lupa klik link ini untuk dapatkan lebih banyak info kewangan.

fb.me/AsytarLegacy

WAKTU PALING SESUAI AMBIL TAKAFULBila ya? Hmm 🤔 Bagi saya, masa yang paling sesuai untuk anda ambik takaful ialah bila a...
23/02/2022

WAKTU PALING SESUAI AMBIL TAKAFUL

Bila ya? Hmm 🤔

Bagi saya, masa yang paling sesuai untuk anda ambik takaful ialah bila anda dah ada RASA BERTANGGUNGJAWAB terhadap diri sendiri dan ahli keluarga.

Tak guna pun ejen membebel cerita kelebihan takaful ni kalau anda masih tak ada kesedaran.

Nak tanya pasangan,
Company dah cover,
Nak survey lagi,
Tak cukup duit nak bayar.

Semua ini anda boleh tolak tepi jika dah sampai rasa untuk bertanggungjawab kepada keluarga bila sesuatu berlaku kepada anda.

Kita tak boleh jangka bila musibah akan berlaku dan sepatutnya polisi takaful ini kita akan jaga sebaiknya supaya sentiasa kekal aktif.

Cuba fikir semula adakah anda dah bersedia untuk ambil apa-apa polisi takaful?

Kalau dah ada, bagus 👏.
Kalau tak ada, boleh mula cari ilmu, survey dan tanya ejen.

Lagi lambat anda ambil, makin mahal harga polisi nanti. Lagi berumur lagi banyak requirement anda perlu hadap nanti bila nak sign up takaful.

Harga mahal,
Kena medical checkup,
Jumlah perlindungan rendah.

Tak guna dah nak menyesal masa tu.

Dapat sesuatu? Jangan lupa klik link ini untuk banyak lagi info kewangan lain.

fb.me/AsytarLegacy

FUNGSI UTAMA TAKAFULTakaful ni ada tiga tujuan utama yang anda perlu faham kenapa ia wajib untuk anda ambil.1. Income Pr...
23/02/2022

FUNGSI UTAMA TAKAFUL

Takaful ni ada tiga tujuan utama yang anda perlu faham kenapa ia wajib untuk anda ambil.

1. Income Protection (Perlindungan Pendapatan)

Fungsi ini anda akan terima manfaatnya jika anda mengambil hibah atau life takaful yang akan menggantikan pendapatan anda jika berlaku kematian, kecacatan kekal atau sakit kritikal.

Pampasan yang diterima boleh digunakan untuk menggantikan pendapatan yang terjejas.

Contohnya, jika Ahmad meninggal dunia, pampasan RM250,000 yang ada ini boleh digunakan oleh isterinya untuk meneruskan kehidupan.

Atau jika Ahmad disahkan menghidap kanser hati, maka pampasan RM250,000 ini boleh digunakan untuk perbelanjaan bulanan dan perubatan.

2. Asset Preservation (Pengekalan Aset)

Anda telah menetapkan matlamat untuk memounyai simpanan sebanyak RM100,000 dalam tempoh 3 tahun.

Tiba-tiba anda disahkan menghidap sakit kanser dan perlu menjalani rawatan setiap bulan. Rawatan kanser memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi sekitar RM 100k ke RM200k setahun.

Terpaksalah anda gunakan simpanan yang ada untuk membiayai kos rawatan ini.

Sedih tak bila dah penat-penat kumpul duit, kena p**a bayar kos rawatan? Tak campur lagi terpaksa gafai barang kemas.

Jangan risau, semua ini tak akan berlaku jika anda mempunyai medical card yang akan tanggung semua rawatan hospital anda.

Jadilah orang yang cerdik dengan mengambil polisi medical card demi untuk selamatkan simpanan yang ada.

3. Debt Settlement (Penyelesaian Hutang)

Ini p**a salah satu fungsi takaful yang anda boleh gunakan jika anda mempunyai hutang seperti rumah, kereta, personal loan dan sebagainya.

Jika berlaku kematian, cacat kekal dan sakit kritikal yang membuatkan anda tak boleh bekerja, jumlah pampasan yang anda terima ini boleh digunakan untuk membayar semua hutang-hutang tersebut.

Jadi, adakah anda jelas dengan fungsi-fungsi takaful ni? Saya harap anda faham dengan setiap fungsi takaful yang anda ini.

Dapat sesuatu? Jangan lupa klik link ini untuk banyak lagi info kewangan lain.

www.fb.me/AsytarLegacy

APA YANG TAKAFUL NI COVER?Ada 4 risiko atau musibah utama yang takaful akan lindung iaitu :🔹 Kematian🔹 Cacat Kekal🔹 Saki...
21/02/2022

APA YANG TAKAFUL NI COVER?

Ada 4 risiko atau musibah utama yang takaful akan lindung iaitu :

🔹 Kematian
🔹 Cacat Kekal
🔹 Sakit Kritikal
🔹 Kemalangan

Semua orang mempunyai kemungkinan untuk terkena musibah ini tanpa mengetahui bila ia akan berlaku.

Jadi, pastikan anda bersedia dengan pelan takaful sebagai ikhtiar sebelum anda terkena semua musibah ini.

Takaful bukan pelindung dari terkena musibah tetapi sebagai penenang jiwa saat berlakunya musibah.

Tak perlu risau tentang kewangan dan anda mempunyai masa untuk bangkit semula selepas berlaku musibah.

Dapat sesuatu? Jangan lupa klik link ini untuk banyak lagi info kewangan lain.

[Pening arrr!] TAKAFUL UNTUK PERLINDUNGAN atau SIMPANAN atau PELABURAN? Mesti ada yang masih keliru tentang perkara ni. ...
21/02/2022

[Pening arrr!]

TAKAFUL UNTUK PERLINDUNGAN atau SIMPANAN atau PELABURAN?

Mesti ada yang masih keliru tentang perkara ni. Sebelum tu, saya nak jelaskan yang takaful adalah salah satu bentuk perlindungan.

Perlindungan apa?

Perlindungan dari sebarang risiko yang mungkin akan berlaku contohnya kematian, cacat kekal, sakit kritikal mahupun bil hospital 😊.

Jadi, takaful ni tujuan utama dia hanyalah melindungi kewangan kita dari sebarang malapetaka yang saya sebutkan di atas ni.

Bukan untuk membuat keuntungan dan tak permah lagi orang menjadi jutawan bila mencarum takaful.

Boleh la nak kata dia jadi jutawan sebab dapat pampasan 1juta ringgit sebab terkena sakit kritikal tapi biasanya sekejap je kerana duit tu akan digunakan untuk perbelanjaan sara hidup dan perubatan akibat tak boleh bekerja.

Memang benar di syarikat takaful mereka ada sediakan pelan pelaburan dan pelan simpanan yang boleh kita sertai tapi bagi saya lebih baik anda letak duit anda yang berkepuk tu dekat tempat yang boleh bagi p**angan yang lebih.

Contohnya platform pelaburan yang lain seperti unit amanah, ASB, saham, emas dan senagainya.

Jadi, tolong tanam dalam fikiran yang takaful untuk perlindungan semata-mata dan bukannya untuk buat keuntungan.

Pilih instrumen kewangan yang betul sesuai dengan objektif yang kita tetapkan.

Artikel seterusnya -> Jenis-jenis Risiko yang takaful ni cover.

Jumpa lagi!

Tolong Like, Komen dan Share jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Kongsi Ilmu Kewangan Secara RingkasAssalamualaikum dan Salam Hormat,Selamat Datang ke pagi rasmi bagi Asytar Legacy, seb...
10/02/2022

Kongsi Ilmu Kewangan Secara Ringkas

Assalamualaikum dan Salam Hormat,

Selamat Datang ke pagi rasmi bagi Asytar Legacy, sebuah agensi kewangan yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu kewangan secara santai dan ringkas.

Tujuannya satu sahaja, supaya lebih ramai dapat improve ilmu kewangan mereka.

Piramid Pengurusan Kewangan

Ada 7 perkara dalam pengurusan kewangan peribadi iaitu pendapatan, simpanan, perbelanjaan, perlindungan, pelaburan, penyucian dan pewarisan.

Tetapi sebagai permulaan, saya akan fokus lebih kepada lima yang pertama terlebih dahulu dan dimulakan dengan perlindungan.

Kenapa perlindungan? Sebab saya rasa ilmu perlindungan ni tak ramai orang faham dan terlalu banyak salah faham yang berlaku.

Jadi, saya akan rungkaikan satu persatu salah faham yang ada.

Jumpa di artikel akan datang.

Jangan lupa follow pagi ini ya!

06/02/2022

Welcome

Address

Jalan Eco Majestic 7/1D, Eco Majestic
Beranang
43500

Telephone

+60144004879

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asytar Legacy - Financial Consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share