Syaza HLMT MISG Takaful

Syaza HLMT MISG Takaful Perunding HongLeong MSIG Takaful
Sedia membantu anda merancang Takaful, Hibah dan perlindungan kewangan keluarga.

“Sihat hari ini, belum tentu bebas risiko esok.”🌱Ramai golongan muda rasa pampasan sakit kritikal belum diperlukan sebab...
28/07/2026

“Sihat hari ini, belum tentu bebas risiko esok.”🌱

Ramai golongan muda rasa pampasan sakit kritikal belum diperlukan sebab masih sihat dan aktif. Tapi penyakit kritikal tidak mengenal usia.

Berdasarkan fakta daripada Institut Kanser Negara, antara kanser yang kerap dihadapi rakyat Malaysia ialah kanser payudara, kolorektal, prostat, paru-paru dan rahim.

Pampasan sakit kritikal bukan sekadar untuk kos rawatan, tetapi untuk melindungi kewangan apabila kita tidak dapat bekerja seperti biasa.

Komitmen hidup tetap berjalan walaupun kita sedang fokus kepada rawatan.💸

Sebab itu, waktu muda adalah masa terbaik untuk buat persediaan:
✅ Caruman biasanya lebih rendah
✅ Perlindungan lebih tinggi

Kita tidak bersedia kerana menjangka sakit, tetapi kerana menghargai masa depan.☂️

Syaza Maskor
Apit Toey

Jangan tunggu musibah datang baru mahu faham hibah dan takaful. Saat itu, semuanya mungkin sudah terlambat.❗️Yang salah ...
22/07/2026

Jangan tunggu musibah datang baru mahu faham hibah dan takaful. Saat itu, semuanya mungkin sudah terlambat.❗️

Yang salah ialah apabila enggan belajar, tetapi tetap yakin berkata, “SAYA TIDAK PERLU.”😌

Keputusan itu mungkin nampak kecil dan hanya memberi kesan kepada diri sendiri. Tetapi apabila kita mula mempengaruhi orang lain, kesannya boleh merosakkan masa depan sebuah keluarga.🏡

Jangan tunggu musibah berlaku baru mahu sedar betapa pentingnya sebuah perancangan. Perancangan hari ini ialah perlindungan untuk hari esok.🩷

Sebelum menolak sesuatu, fahamilah dahulu. Ambil tahu apa itu hibah, apa manfaatnya, dan mengapa ia penting untuk diri sendiri serta waris. Kerana penyesalan tidak pernah datang awal — ia datang apabila semuanya sudah terlambat.👨🏻‍🦽‍➡️

Ingat, selagi masih sihat dan masih kuat bekerja, masih ada peluang untuk mencarum takaful.
Tetapi apabila sudah disahkan sakit kemudian hari, permohonan takaful boleh sahaja ditolak. Jadi, bertindaklah sebelum peluang itu hilang.🫠

Masa depan dibina dengan komitmen hari ini. 🤝Alhamdulillah, selesai sesi NADI Part 3: Power Start & EFTA Recognition unt...
22/07/2026

Masa depan dibina dengan komitmen hari ini. 🤝

Alhamdulillah, selesai sesi NADI Part 3: Power Start & EFTA Recognition untuk Wilayah Utara.

Terima kasih Tuan Rizal Rashid dan Cikgu Sahar atas suntikan semangat dan ilmu berharga buat team Northern Region. Tahniah juga buat semua penerima pengiktirafan EFTA!

Terus melangkah teguh untuk target FY2026/2027! 🏆✨
Syaza MaskorApit Toey

Ramai antara kita terus nak lompat melabur sebab nak kembangkan duit cepat. Tapi masalahnya, bila ditimpa ujian kesihata...
20/07/2026

Ramai antara kita terus nak lompat melabur sebab nak kembangkan duit cepat. Tapi masalahnya, bila ditimpa ujian kesihatan atau hilang pendapatan, simpanan yang dikumpul bertahun-tahun boleh 'lebur' begitu sahaja.

Kalau hari ini pendapatan kita terhenti secara tiba-tiba, agak-agak simpanan yang ada boleh bertahan berapa lama? 🤔

Sebab itu kunci pengurusan kewangan yang betul sebenarnya kena mula dari tapak:

🛡️ Perlindungan (5% - 10%): Payung sebelum hujan.
🏠 Simpanan: Asas kukuh untuk capai matlamat hidup.
📈 Pelaburan: Langkah seterusnya untuk kembangkan kekayaan.

Kukuhkan asas dulu, baru rasa tenang nak bina masa depan.❤️

Cuba semak balik, 'segitiga kewangan' kita dah susun ikut keutamaan ke belum? 👇

⚠️Bila sebut pasal Takaful, ramai yang ingat ini pasal pampasan bila sakit atau mati je. Sebenarnya, peranan Takaful ni ...
18/07/2026

⚠️Bila sebut pasal Takaful, ramai yang ingat ini pasal pampasan bila sakit atau mati je. Sebenarnya, peranan Takaful ni jauh lebih besar untuk perlindungan kewangan kita.

📝Ini 3 fungsi utamanya:
✔️Jaga Gaji – Melindungi pendapatan kalau hilang keupayaan bekerja.
✔️ Jaga Harta – Biar aset dan simpanan tak habis licin untuk kecemasan.
✔️ Settle Hutang – Supaya tak jadi beban pada waris nanti.

✨Sebab tu, masa muda dan sihat nilah waktu paling 'emas' nak ambil Takaful:
✔️Caruman Rendah – Poket tak koyak, bayaran bulanan sangat mampu milik. Jumlah caruman tetap tiada kenaikan ❗️
✔️Perlindungan Tinggi – Risiko kesihatan masih rendah, jadi kelulusan pun senang.
✔️Persediaan Awal – Sediakan payung sebelum hujan, bukan dah hujan baru cari payung.

Dah bersedia nak rancang masa depan anda? Jom sembang santai. Anda boleh imbas QR code pada gambar atau terus hantar mesej (DM) dekat saya sekarang! 😊

Kenapa saya memilih bidang Takaful? 🤍Setiap orang ada perjalanan hidup yang berbeza. Begitu juga saya.Saya percaya dalam...
16/07/2026

Kenapa saya memilih bidang Takaful? 🤍

Setiap orang ada perjalanan hidup yang berbeza. Begitu juga saya.

Saya percaya dalam hidup ini, kita tidak mampu menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Kita boleh merancang, berusaha dan menyediakan perlindungan terbaik untuk diri sendiri serta insan yang kita sayangi.

Ramai orang bekerja keras setiap hari untuk menyediakan kehidupan yang selesa untuk keluarga. Kita fikirkan rumah, kenderaan, pendidikan anak-anak dan simpanan…

Tetapi kadang-kadang kita terlupa satu perkara penting — bagaimana keluarga kita akan terus bertahan jika berlaku sesuatu kepada kita?

Di sinilah saya melihat kepentingan Takaful.

Bagi saya, Takaful bukan sekadar tentang polisi atau bayaran bulanan. Ia adalah tentang:
🤍 Persediaan
🤍 Tanggungjawab
🤍 Kasih sayang kepada keluarga
🤍 Memberi ketenangan apabila berdepan perkara yang tidak dijangka

Sebagai Perunding Takaful, saya ingin membantu lebih ramai orang memahami kepentingan perlindungan kewangan dan membuat keputusan yang lebih baik untuk masa depan.

Terima kasih kerana mengikuti perjalanan saya di sini 🌿

Semoga perkongsian saya sedikit sebanyak memberi manfaat.

Address

Tasek Gelugor
Bukit Mertajam
13300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syaza HLMT MISG Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share