18/06/2022
Dari dulu sampai sekarang, akan ada dua stereotype ‘pelabur’.
Pertama, orang yang overestimate keuntungan jangka pendek dan underestimate keuntungan jangka panjang.
Kedua, orang yang overestimate perbelanjaan sekarang dan underestimate perbelanjaan di hari tua.
Sebab itu kalau kita tengok, ramai yang takut nak menabung sebab ‘return’ sikit tapi tak sedar dah lebih berbelanja. Tu belum kira yang tertipu dengan janji-janji skim cepat kaya dan pelaburan pulangan jangka pendek yang tinggi.
Sebab tu ramai yang cakap xapa dah tua tak pakai banyak duit. Tapi bila dah sampai hari tua baru sedar banyak nak kena belanja dan tak sedar inflasi menyebabkan nilai duit makin kecil.
Di mana tempat pelaburan yang terbaik? Tak penting pun. Platform yang terbaik akan muncul sendiri bila kita ada persediaan. Ia bergantung kepada matlamat pelaburan, modal, dan risk tolerance masing-masing.
Macam mana nak cari matlamat pelaburan? Tengok apa yang anda perlukan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.
Macam mana nak tahu risk tolerance? Tanya diri, berapa banyak yang anda sanggup untuk rugi tanpa rasa terbeban. Pelaburan melibatkan risiko kan? Tak sanggup rugi? Anda kurang sesuai untuk melabur.
Macam mana nak cari modal? Simple. MENYIMPAN. Benda yang nampak mudah tapi tak ramai yang mampu buat.
“Simpan mana boleh untung.” Siapa cakap?
“Low risk, low return!” Siapa cakap?
“High risk, high return.” Mat jenin.
Anda seorang yang realistik?
Nak tahu macam mana dengan menyimpan, anda boleh membuka ruang untuk portfolio kewangan yang lebih menguntungkan?
Anda mahu membina sikap positif dalam pengurusan kewangan?
Dan yang paling penting. Anda bukan mat jenin?
Jom berbincang. Saya akan kongsikan teknik simpanan yang berkesan.