IPN CPD

Directions Website Contact the business

IPN CPD Pusat Pembangunan Profesional
Institut Perakaunan Negara Penafian (Disclaimer):

1.

IPNCPD tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh daripada platform ini;

2. Pelawat/pengguna tidak dibenarkan menggunakan maklumat dalam media sosial untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—ฌ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ฆ ๐——๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐—ฃ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ฃ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—œ๐— ๐—” โ€“ ๐— ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—›๐—ช๐—”๐—ฌPusat Pembangunan Profesional (IP...
25/09/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—ฌ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ฆ ๐——๐—˜๐—ฉ๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐—ฃ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง ๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž๐—ฆ๐—›๐—ข๐—ฃ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—–๐—œ๐— ๐—” โ€“ ๐— ๐—œ๐—” ๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—›๐—ช๐—”๐—ฌ

Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara telah menganjurkan Professional Typing Skills Development Workshop bagi Program CIMA โ€“ MIA Special Pathway pada 24 September 2026 bertempat di IPNCPD, Cyberjaya.

Kursus ini dianjurkan bagi menyokong calon CIMA yang bakal menduduki peperiksaan pada November 2026, dengan memberi pendedahan kepada teknik menaip yang efisien bagi membantu calon menjawab soalan dengan lebih cepat, tepat dan berkeyakinan.

IPNCPD berbesar hati menerima kehadiran Encik Gobinath P. Ramakrishnan, tenaga pengajar berpengalaman lebih 16 tahun dalam bidang kemahiran menaip dan pembangunan teknikal individu. Pendekatan beliau yang praktikal dan interaktif membantu peserta menguasai teknik menaip berstruktur serta strategi menjawab peperiksaan secara lebih efisien.

Semoga kursus ini dapat memperkukuh persediaan calon dan membantu mereka menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin, cekap dan bersedia ke arah kejayaan dalam Program CIMA โ€“ MIA Special Pathway.

Selamat maju jaya kepada semua calon CIMA โ€“ MIA Special Pathway!

๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ž๐—œ๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”Majlis Perasmian Kolokium Penyelidikan 2026 telah disempurna...
25/09/2026

๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—ž๐—œ๐—จ๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”

Majlis Perasmian Kolokium Penyelidikan 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia, pada 22 September 2026 di Dewan Serbaguna, Aras 7, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Dalam ucaptama beliau, YBrs. Akauntan Negara Malaysia menekankan kepentingan penyelidikan sebagai pemacu kepada pengukuhan tadbir urus kewangan sektor awam, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).

Kolokium ini menampilkan enam (6) hasil kajian berimpak tinggi oleh penyelidik daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Selangor (UIS).

Semoga perkongsian ilmu melalui kolokium ini memberi manfaat kepada semua pihak serta menyokong usaha membangunkan modal insan yang berpengetahuan luas, dinamik dan memenuhi keperluan industri. Usaha ini juga diharap dapat memperkukuh peranan JANM sebagai organisasi yang menerajui perkhidmatan Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan Sektor Awam dengan berkesan.

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada para peserta, panel pembentang, pengulas khas akademik, pengulas khas akauntan serta semua pihak yang telah menjayakan Kolokium Penyelidikan 2026.

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—”๐—–๐—–๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah menerima kunjunga...
24/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—”๐—–๐—–๐—” ๐—ž๐—˜ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah menerima kunjungan hormat delegasi Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) yang diketuai oleh Helen Brand, Chief Executive pada 22 September 2026. Kunjungan tersebut turut disertai oleh Encik Andrew Lim, Head of Portfolio, Encik Hishamuddin Jalil, Head of Employer Relationships, Puan Michelle Clement, Senior Manager โ€“ Employer Relations dan Puan Siti Hamizon Mohd Salih, Business Development Manager. Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan mengenai hala tuju pembangunan kompetensi akauntan sektor awam serta memperkukuh hubungan kerjasama antara JANM dan ACCA.

Menerusi pertemuan ini, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berhubung keperluan kompetensi masa hadapan dalam bidang digitalisation, data analytics, artificial intelligence (AI), sustainability dan ESG, di samping pengukuhan kompetensi kepimpinan, strategic thinking dan business partnering.

ACCA turut menyatakan kesediaan untuk meneroka ruang kerjasama dalam pembangunan profesional akauntan melalui perkongsian kepakaran, thought leadership, webinar, masterclass serta program yang disesuaikan dengan keperluan akauntan sektor awam.

Pertemuan ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama yang berimpak dalam memperkukuh kompetensi dan kesiapsiagaan akauntan sektor awam menghadapi perubahan teknologi serta cabaran profesion pada masa hadapan.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak inisiatif bersama yang memberi nilai tambah kepada pembangunan bakat, pengukuhan profesion dan kecemerlangan perakaunan sektor awam.

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก (๐—๐—˜๐—ฃ๐—ฃ๐—”) ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSelaras dengan usaha berterusan memperk...
21/09/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก (๐—๐—˜๐—ฃ๐—ฃ๐—”) ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Selaras dengan usaha berterusan memperkukuh pembangunan profesional dan kompetensi warga perakaunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Jawatankuasa Eksekutif Program Profesional Akauntan (JEPPA) terus menjadi wadah strategik untuk memperkasa pembangunan modal insan serta menyokong keperluan perkhidmatan perakaunan yang dinamik. Mesyuarat JEPPA Bil. 2/2026 yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 15 September 2026 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 8, JANM.

Perbincangan memberi tumpuan kepada hala tuju Program Keahlian Dalam Badan Profesional Perakaunan JANM serta Program Latihan Meningkatkan Kompetensi Skim Perkhidmatan Perakaunan, selaras dengan keperluan memperkukuh kompetensi dan profesionalisme pegawai perakaunan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Dr. Ahmad Shukri Abdul Gani, mantan Pengarah Institut Perakaunan Negara (IPN), atas segala kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang menerajui IPN.

Mesyuarat turut mengalu-alukan ahli baharu JEPPA, iaitu Encik Ayub bin Haji Zaidin, Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Puan Nurhuda binti Harun, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) dan Puan Saadiah binti Yaacob, Pengarah IPN. Semoga kehadiran barisan kepimpinan baharu ini terus memperkukuh sinergi dan hala tuju pembangunan profesional JANM.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Nasran bin Omar, Akauntan Negara Malaysia, Puan Saadiah binti Yaacob, Pengarah IPN dan semua Ahli Jawatankuasa serta urus setia IPNCPD atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan mesyuarat ini.

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—ก) ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—œ๐—ฃ๐—กTaklimat Pelan Strategik Institut Perakauna...
21/09/2026

๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—ก) ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—œ๐—ฃ๐—ก

Taklimat Pelan Strategik Institut Perakaunan Negara (IPN) 2026โ€“2030 telah diadakan pada 9 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Semarak, IPN Sabak Bernam.

Taklimat ini diadakan bagi memberikan gambaran menyeluruh kepada Puan Saadiah binti Yaacob, Pengarah baharu IPN berhubung hala tuju, fokus strategik serta aspirasi yang digariskan menerusi Pelan Strategik IPN 2026โ€“2030.

Sesi ini turut menjadi platform untuk menyelaras pemahaman terhadap keutamaan strategik IPN serta memastikan pelaksanaan inisiatif yang dirancang terus berjalan seiring dengan aspirasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan IPN.

Dengan hala tuju yang jelas serta komitmen yang berterusan, IPN akan terus memperkasakan pembangunan kompetensi, memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan dan menyumbang kepada pemerkasaan profesion perakaunan negara.

Melangkah ke hadapan dengan aspirasi menjadikan IPN sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence).

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก & ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ (๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ)"๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐˜๐—ถ๐—ธ, ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ"Pada 10 September 2026, telah berla...
18/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก & ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ (๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ)
"๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—๐—ถ๐˜„๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ผ๐˜๐—ถ๐—ธ, ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ"

Pada 10 September 2026, telah berlangsung Kursus Kenegaraan dan Integriti (Siri 2) di JANM Negeri Sabah, hasil usahasama antara Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Institut Perakaunan Negara (IPN) dan JANM Sabah.

Program yang turut dihadiri oleh Pengarah JANM Sabah, En. Rahmad Julkifli bin Mohd Ali, memberi penekanan kepada penghayatan nilai kenegaraan, jati diri, integriti serta tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Sesi pertama disampaikan oleh En. Mohd Azimie bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sabah, manakala sesi kedua disampaikan oleh En. Mohd Rasmalizan bin Mohd Arshad, Sahabat Penggerak MADANI Negeri Sabah.

Perkongsian yang disampaikan memberi ruang kepada para peserta untuk menghayati kepentingan cinta akan negara, nilai integriti serta amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Semoga pengisian yang diperoleh dapat diterapkan dalam tugasan dan kehidupan seharian demi memperkukuh perkhidmatan awam yang berintegriti, beramanah dan berjiwa MADANI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Akademi Kenegaraan Malaysia, JANM Sabah serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ, ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—ก ๐—–๐—ฃ๐——) mengucapka...
16/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ, ๐—œ๐—ก๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ง๐—จ๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” (๐—œ๐—ฃ๐—ก ๐—–๐—ฃ๐——) mengucapkan ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ buat semua warganegara Malaysia.

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก (๐—ž๐—ฃ๐—ฃ) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—–๐—ฃ๐—” ๐˜… ๐—–๐—” ๐—”๐—ก๐—ญ ๐—ค๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—™๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐— ๐— ๐—˜ ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—๐—˜๐—ž ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ž, ๐—ง๐—˜๐—–๐—›๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—ฌ & ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—™๐—œ๐—–๐—œ๐—”...
11/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก (๐—ž๐—ฃ๐—ฃ) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—–๐—ฃ๐—” ๐˜… ๐—–๐—” ๐—”๐—ก๐—ญ ๐—ค๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—™๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐— ๐— ๐—˜ ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—๐—˜๐—ž ๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—ž, ๐—ง๐—˜๐—–๐—›๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—ฌ & ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—™๐—œ๐—–๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—˜๐—ก๐—–๐—˜ (๐—ฅ๐—ง๐—”) ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—  ๐Ÿฐ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Perjalanan pembelajaran bagi Sesi 4, 2026 (Term 4, 2026) Program MICPA x CA ANZ Qualifying Programme diteruskan dengan Kursus Persediaan Peperiksaan (KPP) bagi subjek Risk, Technology & Artificial Intelligence (RTA) yang bermula pada 9 September 2026.

Seramai 14 orang calon mengikuti sesi persediaan ini bersama Dr. Muhammad Syarmine bin Mohd Shah daripada TYMBA Education, yang kembali membimbing calon dalam memperkukuh pemahaman serta membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

IPNCPD berharap agar setiap sesi pembelajaran menjadi ruang untuk calon membina kefahaman, mengasah pemikiran kritikal dan meningkatkan keyakinan dalam menghadapi cabaran peperiksaan.

Teruskan momentum, kekalkan konsistensi dan jangan mudah berputus asa. Semoga segala usaha dipermudahkan dan membuahkan kejayaan.

Selamat maju jaya kepada semua calon!

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก (๐—ž๐—ฃ๐—ฃ) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—–๐—ฃ๐—” ๐˜… ๐—–๐—” ๐—”๐—ก๐—ญ ๐—ค๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—™๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐— ๐— ๐—˜ ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—๐—˜๐—ž ๐—ง๐—”๐—ซ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ง๐—”๐—ซ๐— ๐—ฌ) ๐—ง๐—˜...
10/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก (๐—ž๐—ฃ๐—ฃ) ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—–๐—ฃ๐—” ๐˜… ๐—–๐—” ๐—”๐—ก๐—ญ ๐—ค๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—™๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐— ๐— ๐—˜ ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—๐—˜๐—ž ๐—ง๐—”๐—ซ๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ง๐—”๐—ซ๐— ๐—ฌ) ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—  ๐Ÿฐ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Langkah pertama telah bermula!

Kursus Persediaan Peperiksaan (KPP) pertama bagi subjek Taxation Malaysia (TAXMY) telah bermula pada 8 September 2026, menandakan permulaan perjalanan pembelajaran bagi Sesi 4, 2026 (Term 4, 2026).

Seramai sembilan (9) orang calon bakal melalui sesi pembelajaran ini bersama Puan Syazrin Aiza Abdul Hanif, tenaga pengajar daripada TYMBA Education.

Semoga semua calon terus bersemangat, konsisten dan cekal dalam menghadapi setiap cabaran sepanjang perjalanan ini.

IPNCPD mendoakan agar sesi pembelajaran ini berjalan lancar dan memberikan hasil yang terbaik, seterusnya membawa semua calon selangkah lebih dekat kepada kejayaan dan lulus penuh MICPA x CA ANZ Qualifying Programme.

Selamat maju jaya kepada semua calon!

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›! ๐—›๐—œ๐—š๐—› ๐——๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก๐—–๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—–๐—ฃ๐—” ๐˜… ๐—–๐—” ๐—”๐—ก๐—ญ ๐—ค๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—™๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐— ๐— ๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก...
08/09/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›! ๐—›๐—œ๐—š๐—› ๐——๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก๐—–๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—–๐—ฃ๐—” ๐˜… ๐—–๐—” ๐—”๐—ก๐—ญ ๐—ค๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—™๐—ฌ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐— ๐— ๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—•๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

High Distinction bukan sekadar pencapaian, tetapi bukti dedikasi, ketekunan dan kecemerlangan. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) merakamkan setinggi-tinggi ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› dan ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ atas pencapaian yang membanggakan ini.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan sehingga berjaya mencapai lulus penuh program MICPA x CA ANZ Qualifying Programme dan bergelar akauntan profesional.

Kejayaan ini juga diharap menjadi pemangkin kepada rakan-rakan seperjuangan untuk turut mencipta kecemerlangan serta menyokong hasrat JANM untuk melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah dalam sektor awam.

Penghargaan turut dirakamkan kepada Tymba Edu atas komitmen serta dedikasi tenaga pengajar dalam membimbing dan memperkasa calon ke arah kecemerlangan.

Address

Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara, Tingkat 1, Unit 02-01-01, Menara 2 Wisma Mustapha Kamal
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IPN CPD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IPN CPD:

Shortcuts

Share

Category