Faculty of Accountancy UiTM Johor, Segamat Campus

Faculty of Accountancy UiTM Johor, Segamat Campus The Faculty of Accountancy UiTM Segamat has made through thick and thin in UiTM's historic journey. The journey still continues and it begins with YOU

Dengan setulus penghargaan dan rasa hormat yang mendalam, Fakulti Perakaunan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak t...
02/04/2026

Dengan setulus penghargaan dan rasa hormat yang mendalam, Fakulti Perakaunan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Mohd Halim Kadri atas dedikasi dan sumbangan beliau sepanjang 28.5 tahun berkhidmat di Fakulti Perakaunan, UiTM Johor.

Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, PM Dr. bukan sahaja dikenali sebagai seorang pensyarah yang komited dan berwibawa, malah turut berperanan sebagai pembimbing, mentor dan sumber inspirasi kepada ribuan pelajar. Segala ilmu yang disampaikan, tunjuk ajar yang diberikan serta keikhlasan dalam mendidik akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga fakulti.

Kesungguhan dan komitmen PM Dr. dalam memperkasa bidang perakaunan serta melahirkan graduan yang berkualiti tinggi amat disanjung. Jasa, pengorbanan dan segala sumbangan yang dicurahkan kepada fakulti dan universiti akan kekal terpahat dalam lipatan sejarah Fakulti Perakaunan.

Seiring dengan persaraan ini, Fakulti Perakaunan mendoakan agar PM Dr. terus dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan hidup serta kebahagiaan bersama insan tersayang. Semoga segala bakti dan kebaikan yang telah dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati.

Terima kasih atas segala-galanya.

Indah melati di tepi laman,
Mekar mewangi penyejuk hati,
Terima kasih Dr. Halim atas segala bimbingan,
Jasa dikenang hingga ke akhir nanti.

Dengan penuh penghargaan dan kasih,
Fakulti Perakaunan
UiTM Johor

Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan ba...
20/03/2026

Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua warga UiTM dan seluruh umat Islam. 🀍

Semoga kehadiran Syawal nanti membawa sinar kebahagiaan, keberkatan dan kejayaan buat kita semua. πŸ’«

Salam TakziahFakulti Perakaunan mengucapkan salam takziah kepada Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon atas pemergian ibu ...
10/03/2026

Salam Takziah

Fakulti Perakaunan mengucapkan salam takziah kepada Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon atas pemergian ibu tercinta.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, Fakulti Perakau...
28/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, Fakulti Perakaunan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datin Aryani atas 26 tahun khidmat bakti yang tidak ternilai di Fakulti Perakaunan, UiTM Johor.

Sepanjang tempoh tersebut, Datin bukan sahaja menjadi seorang pensyarah yang berdedikasi dan profesional, malah turut menjadi mentor, pembimbing dan inspirasi kepada ribuan pelajar. Ilmu yang dicurahkan, nasihat yang diberikan serta kesabaran dalam mendidik akan sentiasa terpahat dalam ingatan Fakulti Perakaunan.

Komitmen dan ketekunan Datin dalam memartabatkan bidang perakaunan serta membentuk graduan yang berkualiti amat dihargai. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan Datin kepada fakulti dan universiti tidak akan dilupakan.

Fakulti Perakaunan mendoakan agar Datin Aryani dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga tersayang, dan ketenangan dalam menempuh fasa baharu kehidupan selepas persaraan. Semoga segala usaha dan kebaikan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan menjadi amal jariah yang berterusan.

Terima kasih atas segala-galanya, Datin.
Kenangan bersama Datin akan sentiasa dihargai.

Dengan penuh penghargaan dan kasih,
Fakulti Perakaunan
UiTM Johor

Jemput follow tiktok dan instagram FP:
Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSmtPmuu2/
Instagram: https://www.instagram.com/reel/DVR5SECkxnU/?igsh=ZzRoMmNoODliZ3Yz

πŸŒ™ Salam Ramadan 1447H kepada seluruh warga Fakulti Perakaunan πŸŒ™ InsyaAllah, esok 19 Februari 2026 (khamis) kita akan mul...
18/02/2026

πŸŒ™ Salam Ramadan 1447H kepada seluruh warga Fakulti Perakaunan πŸŒ™

InsyaAllah, esok 19 Februari 2026 (khamis) kita akan mula menunaikan ibadah puasa. Sehubungan itu, kami ingin merakamkan ucapan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pensyarah dan pelajar-pelajar fakulti perakaunan.

Semoga Ramadan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama kita, serta dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Ikhlas daripada,
Ketua Pusat Pengajian
Koordinator Prasiswazah
Fakulti Perakaunan
UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

PEMAKLUMAN BERITA DUKAAssalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa IBU kepada Puan ...
12/02/2026

PEMAKLUMAN BERITA DUKA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa IBU kepada Puan Juyati binti Mohd Amin, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat telah kembali ke rahmatullah pada 11 Februari 2026 (Rabu).

Seluruh warga Fakulti Perakaunan merakamkan ucapan takziah kepada Puan Juyati dan keluarga atas kehilangan insan tersayang. Semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah. 🀍

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS πŸŽ‰Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat merakamkan setingg...
14/01/2026

πŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS πŸŽ‰

Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor Kampus Segamat merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Saunah binti Zainon atas pelantikan semula sebagai Rektor UiTM Cawangan Johor, berkuat kuasa mulai 15 Januari 2026 bersamaan 25 Rejab 1447H.

Semoga terus komited dan berwibawa dalam menerajui kecemerlangan institusi, memperkasa agenda pendidikan tinggi serta memperkukuh reputasi UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa.

✨ Ilmu Membina Bangsa ✨






Ucapan Terima Kasih & PenghargaanPengurusan Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat merakamkan setinggi-...
07/01/2026

Ucapan Terima Kasih & Penghargaan

Pengurusan Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sahabat kami, En. Ahmad Marzuki Amiruddin Othman, yang akan bertukar tempat bertugas ke UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, En. Ahmad Marzuki telah menunjukkan komitmen, dedikasi serta sumbangan bakti yang amat bermakna dalam menyokong pencapaian UiTM Cawangan Johor, khususnya Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.

Pengurusan fakulti amat menghargai segala usaha dan jasa yang telah dicurahkan. Semoga En. Ahmad Marzuki dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam melaksanakan amanah dan tugasan di tempat baharu.

Sesungguhnya jasa dan sumbangan yang telah diberikan akan sentiasa dikenang. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan En. Ahmad Marzuki dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.

Jasa dikenang, bakti dihargai.

Ikhlas daripada,
Pengurusan serta Warga Fakulti Perakaunan
UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
7 Januari 2026







MAJLIS KEMUNCAK HARI INOVASI DAN KUALITI 2025 UiTM CAWANGAN JOHORMajlis Kemuncak Hari Inovasi dan Kualiti 2025 UiTM Cawa...
02/01/2026

MAJLIS KEMUNCAK HARI INOVASI DAN KUALITI 2025 UiTM CAWANGAN JOHOR

Majlis Kemuncak Hari Inovasi dan Kualiti 2025 UiTM Cawangan Johor telah diadakan pada 1 Januari 2026 bertempat di Dewan Sri Temenggong (DST) bagi mengiktiraf pencapaian warga UiTM Cawangan Johor dalam pelbagai aspek inovasi, kualiti, pengurusan dan perkhidmatan.

Tidak ketinggalan, Fakulti Perakaunan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang melalui penyertaan aktif serta kejayaan dalam beberapa anugerah dan kategori yang dipertandingkan.

Fakulti Perakaunan telah berjaya meraih pengiktirafan dalam kategori berikut:
Sudut Ktar Semula Terbaik
Ruang Kerja Terbaik
Tempat Ketiga Kategori Amalan Terbaik EKSA (Fakulti)

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan fakulti dalam mengamalkan budaya kerja yang berkualiti, tersusun, lestari serta berimpak tinggi selaras dengan pelaksanaan EKSA dan aspirasi universiti. Tahniah Pn Nur Eyliawati Japelus selaku Ketua Unit EKSA Fakulti Perakaunan bagi tahun 2025.

Dalam aspek kecemerlangan akademik dan kepimpinan, fakulti turut mencatatkan kejayaan membanggakan apabila:
Dr. Noor Hidayah Ab Aziz menerima pengiktirafan sebagai Top Q1 & Q2 Authors 2025 dan
Dr. Rosmawati Haron adalah penerima Anugerah Khas Rektor.

Pengiktirafan ini telah mengharumkan nama Fakulti Perakaunan serta membuktikan sumbangan signifikan warga akademik perakaunan dalam bidang penyelidikan, kepimpinan dan khidmat profesional.

Majlis Kemuncak Hari Inovasi dan Kualiti 2025 turut meraikan warga kerja yang menunjukkan komitmen dan prestasi cemerlang melalui Anugerah Kehadiran Cemerlang 5 Tahun dimana turut diterima oleh 2 ahli Fakukti Perakaunan iaitu Pn. Fatimah Hashim dan En. Syed Khusairi Tuan Azam.

Turut diraikan adalah penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024. Tahniah kepada PM Dr. Mohd Halim Kadri, Dr. Nor Hafizah Abd Mansor, Pn. Siti Rahayu Sarman dan Pn. Norfizah Othman.

Pengiktirafan ini diberikan atas dedikasi, disiplin serta prestasi kerja yang konsisten dalam menyokong kelancaran operasi fakulti.

Sebagai penghargaan terhadap kesetiaan dan sumbangan berpanjangan kepada universiti, Anugerah Khidmat Setia turut diberikan. Bagi pensyarah Fakulti Perakaunan, Anugerah Khidmat Setia 20 Tahun (2024) diterima oleh
PM Dr. Raja Adzrin Raja Ahmad, Cik Emelin Abdul Wahid dan Pn. Juyati Mohd Amin.

PM Dr. Saunah Zainon p**a menerima Anugerah Khidmat Setia 30 Tahun (2024). Anugerah ini melambangkan penghargaan institusi terhadap khidmat bakti serta sumbangan berterusan warga fakulti sepanjang tempoh perkhidmatan.

Secara keseluruhan, pencapaian Fakulti Perakaunan dalam Majlis Kemuncak Hari Inovasi dan Kualiti 2025 membuktikan keupayaan fakulti dalam mengekalkan budaya kecemerlangan, inovasi dan kualiti secara berterusan. Pencapaian ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat untuk memperkukuh iltizam, sinergi dan prestasi warga fakulti bagi menghadapi cabaran serta agenda akademik pada tahun 2026 dan seterusnya.








✨ PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH ✨Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor merakamkan seti...
02/01/2026

✨ PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH ✨

Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia Profesor Madya Dr. Raja Adzrin binti Raja Ahmad atas jasa, komitmen serta sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik), UiTM Cawangan Johor sehingga 31 Disember 2025.

Sepanjang menerajui Hal Ehwal Akademik, beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh tadbir urus akademik, memperkasa kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran serta memacu budaya kualiti dan inovasi yang memberi impak besar kepada pembangunan fakulti dan universiti secara keseluruhan.

Seluruh warga Fakulti Perakaunan amat menghargai dedikasi dan kepimpinan berwibawa yang telah dicurahkan. Semoga segala sumbangan dan khidmat bakti ini menjadi amal jariah serta terus dikenang sebagai legasi kecemerlangan akademik UiTM Cawangan Johor.

πŸ’™ Terima kasih PM Dr. Raja Adzrin
✨ Jasa dikenang, bakti disanjung ✨








Terima kasih  Cawangan Johor - Media FB Rasmi
16/12/2025

Terima kasih Cawangan Johor - Media FB Rasmi

Address

Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, Jalan Universiti Off Km. 12, Jalan Muar Segamat Darul Ta'zim
Jementah
85000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

6 07 935 2304

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Accountancy UiTM Johor, Segamat Campus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Faculty of Accountancy UiTM Johor, Segamat Campus:

Share

Category