Aniza.Asri

Aniza.Asri Memberi kesedaran dan info kepentingan Takaful kepada rakyat Malaysia

28/01/2026

Minggu lepas saya tonton video di IG HOTFM, interview seorang ibu yang tak sengaja terbawa anak sampai tempat kerja. Kelakar ceritanya, bila ibu naik motor, anak duduk depan. Ramai gelak sebab benda tu memang tak dibuat-buat.

Minggu ini kita dikejutkan kes anak meninggal dunia kerana tertinggal dalam kereta. Suasananya terus berubah. Ibu terus dipersalahkan. Dikecam, dihukum oleh netizen.

Bukan pertama kali. Selalunya yang terlibat ni bukan ibu jahat tetapi ibu yang penat, kurang tidur, rutin harian berubah, otak tengah auto-pilot.

Daripada terus menyalahkan ibu, mungkin sudah sampai masanya kita bertanya, "Apa yang kita boleh buat supaya tragedi ini tidak berulang?"

Mungkin ada teknologi yang boleh diketengahkan. Aplikasi yang beri amaran jika enjin dimatikan tapi masih ada orang di dalam kereta. Teknologi mudah, kos rendah, tapi wajib untuk semua kereta keluarga.

Sebab bila benda ni jadi, orang yang paling hancur sebenarnya adalah ibu itu sendiri, bukan netizen.

Kurangkan kecaman.
Tambah empati.
Cari solusi.
Semoga kita semua dilindungi.

22/01/2026

Ada sebilangan orang membandingkan hospital kerajaan dengan hospital swasta. Kedua-dua hospital bertujuan untuk merawat dan pulihkan orang yang sakit.

Yang berbeza daripada segi bayaran.

Hospital kerajaan mendapat subsidi daripada kerajaan. Kos rawatan ditanggung bersama, sebab itu bayaran lebih murah. Bila bayaran mampu milik, sudah tentu ramai orang, dan dari situ wujudlah masa menunggu.

Hospital swasta p**a tiada subsidi. Bayaran lebih tinggi, tapi biasanya lebih cepat.

Macam pergi taman tema — semua nak berseronok. Ramai orang, kena beratur. Nak cepat, ada laluan VIP. Bezanya cuma bayar lebih.

Akhirnya, masing-masing ada pilihan. Pilih ikut keperluan dan kemampuan, bukan untuk dibandingkan.

18/01/2026

KESILAPAN BESAR: TUNGGU NAK BERSARA BARU CARI MEDICAL CARD 🤦‍♂️

Ramai yang syok sebab Company dah cover semua. Tapi bila lagi 10 tahun nak pencen, baru gelabah nak sign up sendiri sebab:
✅ Dah biasa selesa kat swasta.
✅ Baru tahu harga umur 50-an dah mahal.
✅ Paling ralat, permohonan 'reject' sebab dah ada penyakit.

Medical card ni umpama payung. Kena beli masa cuaca cerah (sihat). Jangan tunggu dah hujan lebat (sakit), baru nak cari kedai payung. Masa tu, payung pun mahal atau dah habis.

Sediakan payung sebelum hujan.

07/01/2026

Syukur sekarang semakin ramai rakyat Malaysia dah cakna tentang kepentingan medical card.

Tapi nak galakkan semua untuk buat semakan medical card setiap 3–5 tahun. Bukan sebab nak tukar, tapi supaya kita faham betul apa benefit yang kita ada.

Untuk zaman sekarang (seiring dengan kos perubatan yang makin meningkat), pastikan medical card anda ada:
✅ Had tahunan yang tinggi
✅ Had sepanjang hayat yang munasabah

Kalau had sepanjang hayat anda sama atau lebih rendah daripada had tahunan orang lain, roger-rogerlah ejen takaful anda 😉

Semak dulu, baru tenang.

02/01/2026

Tahun Baharu 2026 membawa harapan baru, semangat baru, dan peluang baru. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada klien dan rakan-rakan yang telah memberi kepercayaan kepada saya sepanjang tahun lalu.

Tahun 2026 ini adalah waktu yang tepat untuk kita semua menilai kembali perlindungan kewangan dan keselamatan keluarga. Dengan pelan takaful yang sesuai, kita dapat memastikan masa depan yang lebih terjamin dan tenang. Jangan tunggu hingga terlambat, mulakan langkah yang bijak untuk melindungi diri dan keluarga anda hari ini.

Semoga tahun 2026 ini membawa kebahagiaan, kesihatan, dan kejayaan yang berterusan untuk kita semua 😊

❤️Kesihatan Adalah Nikmat Yang Perlu Dijaga❤️Kanser boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Pengesanan ...
30/12/2025

❤️Kesihatan Adalah Nikmat Yang Perlu Dijaga❤️

Kanser boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Pengesanan awal membantu rawatan berjalan dengan lebih baik dan memberi lebih ruang untuk kita fokus kepada pemulihan.

Dalam kehidupan, kita merancang banyak perkara — pendidikan, kerjaya, masa depan keluarga. Perancangan kesihatan juga sebahagian daripadanya. Bukan kerana kita menjangka perkara buruk, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga.

Semoga kita semua sentiasa dilindungi.

Jika suatu hari anda ingin tahu tentang pilihan perlindungan kesihatan yang ada, saya sedia berkongsi 😊

"Dulu RM50k dah cukup, sekarang RM500k pun belum tentu selamat!"Tahukah anda kos rawatan kanser atau pembedahan pintasan...
17/12/2025

"Dulu RM50k dah cukup, sekarang RM500k pun belum tentu selamat!"

Tahukah anda kos rawatan kanser atau pembedahan pintasan jantung boleh mencecah ratusan ribu ringgit dalam sekelip mata? Inflasi perubatan naik 10-15% setiap tahun. Kalau had tahunan medical card anda masih 'suam-suam kuku', anda mungkin terpaksa korek simpanan sendiri nanti. Ini sebabnya had tahunan tinggi bukan lagi satu kemewahan, tapi keperluan...

Saya juga upgrade medical card saya bila semak masa zaman covid tempoh hari.

1st medical card 2003.

2nd medical card 2012 - tukar insurans kepada takaful

3rd medical card 2020 - upgrade unlimited sbb plan lama 60k setahun dan 600k sepanjang hayat.

03/12/2025

Perlu ke risau kalau TIADA TAKAFUL?

Tak perlu risau, sebab::
1) Kalau kemalangan atau sakit, simpanan tak usik langsung bayar itu ini
2) Bila MC lama sebab sakit kronik, bos akan naikkan gaji
3) Family pun ada je duit nak dihulur untuk bayar semua kalau berlaku musibah, tak perlu pinjam sana sini
4) Kalau masuk hospital, ramai je yang akan tolong jaga

Rugi kan bayar Takaful bulan-bulan...

22/11/2025

Ada yang tolak takaful sebab dengar cerita negatif.
Tapi pernah anda dengar kisah mereka yang menjaga ahli keluarga yang sakit dan lumpuh?

Pernah tak tengok seseorang jaga ahli keluarga yang sakit teruk?

Dia tak bising.
Dia tak mengeluh.
Tapi setiap hari… hidup dia berubah.

Cuti habis.
Gaji makin sikit.
Bos mula persoal.
Emosi makin penat.
Kadang-kadang… sampai hilang kerja.

Inilah realiti yang ramai tak nampak.
Bila seorang jatuh sakit, sebuah keluarga turut menanggungnya.

Dan sebab itulah perlindungan takaful sebelum umur 60 tahun sangat penting.

Sebelum 60 ialah tempoh kritikal — waktu keluarga masih bergantung pada pendapatan kita.
Kalau pendapatan terhenti tiba-tiba, penjaga kita yang paling menderita.

Dengan pampasan tunai takaful, keluarga boleh:
✅ Kurangkan tekanan kewangan
✅ Bayar kos rawatan
✅ Upah bantuan profesional
✅ Meneruskan hidup tanpa beban berlebihan

Takaful bukan untuk kita seorang.
Takaful juga untuk orang yang akan jaga kita bila kita tak berdaya.

21/11/2025

Bayangkan bila doktor sahkan yang anda menghidap SAKIT KRITIKAL. Contoh kanser, stroke, tumor otak,…

Bukan kematian yang menakutkan tapi kehilangan sumber rezeki kerana selalu cuti untuk dapatkan rawatan.

Bila sakit makin teruk, kerja pun dah tak boleh. TAPI semua mende masa sihat tetap kena bayar, hutang/pinjaman pun masih belum setel, anak2 pun belum habis belajar lagi.

Maka, semak pelan pengganti gaji anda supaya boleh fokus untuk sembuh. Yang menjaga anda pun tak risau sangat.

Ejen Takaful tak berniat memburukkan hospital kerajaan.Kita rakyat Malaysia sangat beruntung. Dengan subsidi kerajaan, r...
15/11/2025

Ejen Takaful tak berniat memburukkan hospital kerajaan.

Kita rakyat Malaysia sangat beruntung. Dengan subsidi kerajaan, ramai yang boleh dapat rawatan dengan bayaran yang sangat rendah, malah kadang-kadang percuma.

Kita bangga dengan adanya hospital kerajaan dan ramai diselamatkan setiap hari.

Cuma bila kita yang mampu ambil medical card, kita bagi ruang kepada mereka yang lebih memerlukan supaya dapat mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

Bila kita dapat kurangkan kesesakan, lebih ramai dapat rawatan dengan lebih cepat. Akhirnya, semua orang dapat manfaat.

Address

Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aniza.Asri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aniza.Asri:

Share