04/03/2021
“Rul, kau selalu up posting FB pasal takaful. Kau boleh terangkan apa pentingnya benda ni?”tanya kawan lama aku ni.
“Eh, mestilah boleh! Tapi sebelum aku pergi lebih jauh, aku nak ucap terima kasihlah dekat kau sebab kau ada keinginan nak tahu kan.”aku hargai sangat orang macam ni.
Kemudian aku terus tunjuk gambar sebatang pokok dalam ipad aku.
“Apa yang kau faham dengan gambar ni?”tanya aku.
“Errr... gambar pokok besar dengan daun yang lebat jela.haha” gelak kecil p**a dia.
“Ok, aku minta kau fokus 5 minit jer untuk aku terangkan supaya mudah kau faham.”tegas aku.
“ Ok, baik rul.”
“Aku s**a gambarkan kehidupan kita ni sebagai sepohon pokok. Kau tahu kenapa?”
“Tak tahulah aku.” Sambil menggeling-geling kepalanya.
“Ok, bagus!”
“Pertama, nadi sepohon pokok adalah dari akarnya betul? Jadi dalam kehidupan kita, akar itu adalah PERLINDUNGAN (takaful).
“Kedua, batang pokok itu sebagai PEKERJAAN. Sebab bila kau kerja, kau dapat gaji kan?"
"So, dengan gaji ni lah, barulah kau boleh pergi jauh lagi contoh kahwin, beli kereta, rumah dan lain-lain. Ibaratnya semakin besar batang pokok kau, semakin besarlah gaji kau.”
“Ketiga, dahan pokok p**a sebagai PELABURAN. Sebabnya dahan pokok ni lah yang akan hasilkan daun dan buah."
"Lagi banyak dahan, lagi banyaklah boleh menghasilkan daun dan buah.”
“Dalam kehidupan p**a, lebih banyak tempat pelaburan, lebih menguntungkan. Bahasa jawanya ‘Diversify’ pelaburan kau."
"Jangan tumpukan hasil pada 1 dahan jer. Kalau patah, rugi semuanya. Kalau kau pelbagaikan, patah satu dahan, banyak lagi dahan yang boleh cover hasilkan buah.”
"Seterusnya yang keempat, bila akar, batang, dahan dah ada, mestilah nak kena ada daun dan buah kan? So, daun dan buah dalam kehidupan melambangkan KEUNTUNGAN.”
“Setakat ni kau faham?tanya aku sambil minum segelas air bintangbuck”
“Faham sangat rul.”mengangguk-angguk kepala dia.
“Ok, mesti kau tertanya-tanyakan, apa kena mengena takaful dengan sebatang pokok ni?”
“Cuba kau bayangkan, kalau pokok ni tiada akar atau akarnya tak kukuh dan sakit?”
“Apa jadi dengan batang, dahan, daun dan buah? Mesti akan mati semuanya kan. Setuju?"
“Betul rul aku setuju."angguk sekali lagi.
“Jadi, kau bayangkan kalau kau tiada perlindungan atau perlindungan kau tak cukup dan kau sakit.”
“Apa jadi dengan pekerjaan kau? Syarikat kau nak tanggung kau berapa lama kalau kau dah sakit tak boleh kerja lagi? Last² nanti, mesti diberhentikan kerja. Kos sakit tetap kena hadap sendiri."
“Katakan dengan simpanan dan pelaburan yang kau ada sekarang, kau boleh bayar kos sakit kau, tetapi berapa lama simpanan kau boleh bertahan? Kena p**a kau dah diberhentikan kerja.” Siapa yang nak tanggung kos sakit dan keluarga kau?
“Jadi, disinilah gunanya TAKAFUL yang boleh melindungi diri kau dengan tabung sumbangan duit orang ramai."
"Buat apa habiskan duit sendiri untuk bayar kos rawatan, sedangkan takaful boleh selesaikan."
"Sekarang kau jelas kenapa wajib ambil takaful?"tanya aku sambil mengangkat kening sebelah kiri aku.
“Oooooohhhh, begitu ceritanya ea rul. Baru aku faham. Ok, sekarang kau buatkan plan Takaful yang AIA ada untuk aku. InsyaAllah aku buat sekarang sementara tengah sihat lagi ni kan.”
“Alhamdulillah, bagus betul kau ni. Aku baru cerita pasal pokok, terus nak kukuhkan akar pokok kau ea.”puji aku sambil log in password sistem AIA.
“Mestilah rul. Dulu takde orang nak ajar aku ilmu macam ni. Yela, ilmu macam ni mana ada dekat sekolah atau universiti kan? Thanks rul kongsi ilmu.”
“Alhamdulillah, sebab tu ilmu bukan untuk diri sendiri, tetapi ilmu untuk dikongsi, baru jadi."
"Kau sebarkan ilmu pokok ni dekat orang yang tak tahu lagi tu, dapat juga manfaatnya. Aku dapat pahala, kau pun dapat juga.”
“Ok, rul. Disebabkan aku dapat ilmu mahal hari ni, aku belanja air bintang kau ni.”
“MasyaAllah, terima kasih bro.”
PenglipurLara Pokok