31/07/2021
10,000
Kadang-kadang ada orang anak dia OKU dan rasa anak dia tak boleh pergi jauh banding dengan anak orang lain. Jangan fikir macam tu ya..
Berapa ramai orang OKU yang hebat seluruh dunia , yang mana hasil kerja usaha mereka bagi jasa yang banyak kat kita. Tanpa OKU gelap gelita kita harini.
Sebab yang cipta mentol ni Thomas Edison. Thomas Edison ni bukan manusia sempurna. Dia cacat pendengaran sebab masa kecik dia diserang demam cacar dan dia memang pekak total.
Tapi tahun 1879 Allah bagi dia kelebihan dia boleh cipta satu benda nama mentol. Dan bukanlah dia buat sekali terus jadi. Tapi dia cuba 9,999 kali gagal. GAGAL !
Ditakdirkan kali ke 10,000 barulah mentol tu menyala. Dan akhirnya bukan setakat mentol, tetapi dia juga berjaya cipta 1093 idea baru dan patenkan sebagai hak cipta dia.
Itulah dia Thomas Edison, insan cacat pendengaran. Orang sempurna macam kita ni cakap je banyak. Apa pun takde jasa. Tapi berbeza dengan mereka, jangan pandang rendah.
Termasuklah dalam bidang music. Ada satu Maestro terkenal Luckwig Van Beethoven yang mana pada 1878 pendengarannya semakin merosot akhirnya pekak total.
Dia tidak kecewa, bahkan jadikan kekurangan tu sebagai satu kelebihan. Asbab dari itu, dia telah berjaya hasilkan begitu banyak karya-karya MASTERPIECE dalam bidang ORKESTRA.
Dan walaupun kita yang tak minat lagu pun, bila dengar alunan MASTERPIECE ini akan jadi jatuh cinta dan kenal lagu Luckwig Van Beethoven ni.
Dalam keadaan telinga yang pekak itu, dia berjaya cipta Symponia Eroica yang merupakan Symponia no.3 E Flat Major. Sapa kaki hanana pun tau lagu ni. Jeng-jeng-jeng..
Bila kita youtube Symponia Eroica semua orang tahu. Betapa kuatnya pengaruh lagu ni. Cuma kita tak tahu lagu ni lagu Beethoven bukan John Travolta.
Maka marilah kita sama ambil iktibar dari kisah hebat ni. Kita ni manusia biasa bukan robot. Kekadang takde mood, beremosi.
Tetapi positif atau negatif, bahagia atau sedih semua bergantung kepada diri kita dengan izin Allah.
Kata pakar psikologi, 1 fikiran yang positif di waktu pagi akan menyebabkan sepanjang hari jadi hebat. Jadi jangan masam muka, jangan sedih waktu pagi. Bangun senyum dan doa.
Setiap malam program diri sendiri sebelum tido, think positif untuk esok hari, buat setiap hari. Terima kekurangan diri. Kekurangan itu ada kelebihan.
Mulakan dengan langkah kecil dan berterusan. Supaya tak stress. Langkah kita mungkin perlahan, terus jalan jangan undur dan lelah..
Begitu juga dengan mencuba...setiap kemanisan tidak datang dengan sekali percubaan...tetapi percubaan kecil yang sentiasa berterusan....
Bukan sekali kena reject da emosi mengalah...salahkan orang, salahkan keadaan, salahkan syarikat....yang betul cuma kita je
Kenapa pilih untuk mengalah kalau kita yakin kita akan berjaya?
Zamsani
Motivate diri sendiri