Hanif Moftar

Hanif Moftar Penasihat Kewangan dan Takaful. Sedia membantu menyediakan pelan perancangan Takaful mampu milik yang patuh Syariah untuk anda dan keluarga tersayang.

Ada orang kata...ASB lagi bagus dari Unit Trust.Saham lagi bagus dari Properties.Yang ini lagi bagus dari yang itu.Bla b...
19/11/2023

Ada orang kata...

ASB lagi bagus dari Unit Trust.
Saham lagi bagus dari Properties.
Yang ini lagi bagus dari yang itu.
Bla bla bla...

Pada pendapat saya, orang itu tidak faham konsep perancangan kewangan.

Kenapa nak banding-bandingkan. Setiap instrumen/tool ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Semua itu boleh digunakan untuk bina portfolio pelaburan.

Perancangan kewangan ini macam pas**an bola. Ada goalkeeper, ada defender, ada midfielder dan ada striker.

1) Goalkeeper ialah TAKAFUL.

Fungsi Goalkeeper nampak mudah. Untuk melindungi dari pihak lawan menjaringkan gol. Tak selalu pakai, tapi jasanya sangat besar. Waktu dia selamatkan gol sahaja orang hargai.

Begitu lah juga TAKAFUL. Tak selalu pakai tapi penting. Fungsinya melindungi 'Loss of Income' bila tak mampu lagi bekerja dan 'Wealth Protection' disebabkan sakit dan sebagainya.

2) Defender ini lah SIMPANAN.

Tujuan simpanan biasanya untuk hal jangka panjang, kecemasan dan persaraan. Ia mudah dicairkan. Mudah dikeluarkan.

Untuk kecemasan, simpanan sesuai diletakkan di ASB, AHB, Tabung Haji atau Fixed Deposit. Risiko simpanan di sini biasanya rendah.

Cukupkan 3, 6 atau 12 bulan kali belanja bulanan sebelum memulakan PELABURAN.

3) Midfielder dan Striker p**a PELABURAN

Tujuan PELABURAN p**a adalah menggandakan kekayaan (Wealth Accumulation) yang ada.

Jadi kita boleh memilih Hartanah atau Unit Trust sebagai Midfielder kita. PELABURAN yang risikonya sederhana.

Dan mungkin Saham sebagai Striker kita. Nama pun Striker, mesti lah risiko tinggi.

Semestinya, kita perlu mengambil risiko yang tinggi bagi mendapatkan p**angan PELABURAN yang tinggi.

Portion Pelaburan ini boleh di ubah suai mengikut Risk Profile anda.

Jika Risk Profile Tinggi, boleh guna 3 Striker. Jika Risk Profile Rendah, boleh guna 1 Striker pun tidak mengapa.

Boleh juga ikut keselesaan atau kepandaian anda MELABUR.

Ada orang pandai Saham. Ada orang pandai Berniaga. Ada orang s**a Hartanah. Bukan semua Pelaburan sesuai dengan setiap orang.

Dengan ini, baru lah Portfolio Kewangan anda lengkap dan teratur. Begitu lah juga dengan pas**an bola. Ada Defender, Midfielder dan Striker.

Bila semua diletakkan di pelaburan seumpama menyerang tanpa ada goalkeeper dan pertahanan.

Mereka antara Individu yang kita kenali di Malaysia.Kos2 perubatan untuk pesakit kanser memang tinggi... Kadang2 orang y...
10/11/2023

Mereka antara Individu yang kita kenali di Malaysia.Kos2 perubatan untuk pesakit kanser memang tinggi... Kadang2 orang yang berduit pon terasa beban dengan kos2 yang terlibat terutama sesi follow up dan pembelian ubat-ubatan..Bagaimana p**a dengan kita???

Jadi bagi mereka yang sudah mempunyai perlindungan Takaful, sila semak balik jumlah perlindungan anda sama ada mecukupi, berbaloi atau tidak. Jangan rasa 'asalkan ada' perlindungan Sakit Kritikal okay lah tu. Bahaya apabila kita tidak mempunyai simpanan yang banyak.

Sila semak semula polisi Takaful anda.Bagi mereka yang belom ada apa2 perlindungan, apa lagi... JANGAN BERLENGAH!!! Sediakanlah plan Takaful, sebab anda memerlukannya ketika anda MASIH HIDUP. Cepat2lah hubungi saya untuk persediaan plan Takaful anda πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

'TUAN HUTANG DAH MATI, PERGI LAH MINTAK DEKAT KUBUR TU!!!'Mesti pernah dengar situasi begini kan..Tetapi ada p**a sebaga...
23/08/2023

'TUAN HUTANG DAH MATI, PERGI LAH MINTAK DEKAT KUBUR TU!!!'

Mesti pernah dengar situasi begini kan..

Tetapi ada p**a sebagai waris dan isteri yang baik, mereka berusaha untuk melunaskan baki hutang arwah yang ditinggalkan. Dengan harapan agar arwah 'diringankan' bebannya di alam sana.

Kepada para suami ketika anda masih mampu ini sediakanlah plan perlindungan yang sekurang2nya merangkumi jumlah hutang yang anda ada sekarang ini. Sebaiknya juga dilengkapi dengan pampasan sakit kritikal. Lebih baik lagi, plan perlindungan yang mempunyai nilai tunai ( saving ) yang berbaloi.

Nak tahu berapa jumlah perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga???

Mari saya bantu kirakan quotation untuk anda πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

http://www.wasap.my/+60177303779/TakafulSuami
http://www.wasap.my/+60177303779/TakafulSuami

Ramai yang semangat belajar berkenaan pengurusan kewangan seperti : ▢️ Simpanan 6 Bulan Gaji▢️ Pelaburan ( Unit Trust, E...
06/03/2023

Ramai yang semangat belajar berkenaan pengurusan kewangan seperti :

▢️ Simpanan 6 Bulan Gaji
▢️ Pelaburan ( Unit Trust, Emas, Crypto, Saham, dll ),
▢️ Kumpul Aset
▢️ Jual Produk/Bina Produk Sendiri

Dan bermacam2 lagi yang boleh kita dapat dimana2.

Tapi, ramai orang abaikan dan tidak mengambil berat Perlindungan Takaful Hayat, Medical Card, Perlindungan Sakit Kritikal, Perlindungan Hilang Upaya Kekal, dan seangkatan denggannya.

Sedangkan Perlindungan itu adalah ASAS bagi kesemua yang diatas apabila berlaku sesuatu musibah kepada kita. Paksa diri anda untuk MULAKAN langkah untuk bejumpa/bertanya2 berkenaan plan Takaful utk diri dan keluarga anda.

Feel free to reach me utk info lanjut πŸ€—πŸ€—πŸ€—

"Aku bujang lagi, belom ada family. So buat apa nak ambik Hibah ni..."Tapi hakikatnya adakah anda bersedia bila berlaku ...
31/10/2022

"Aku bujang lagi, belom ada family. So buat apa nak ambik Hibah ni..."

Tapi hakikatnya adakah anda bersedia bila berlaku kemungkinan dibuang kerja disebabkan sakit kritikal atau Hilang Upaya Kekal Keseluruhan???
Ketika itu Hibah ni lah yang bantu menggantikan gaji anda walaupun anda tidak boleh lagi bekerja..

Bukan itu saja, sebab Hibah Takaful juga boleh membantu orang bujang seperti :

βœ… Hutang dengan Allah ( Puasa, Zakat, Solat )
βœ… Badal Haji
βœ… Hutang dengan manusia, bank & mana2 institusi.
βœ… Plan gantian Gaji
βœ… Kos perubatan ( ulang-alik hospital, beli ubat, keperluan kesihatan )
βœ… MLTT ( Satu masa nanti akan beli rumah )

πŸ”·Dan banyak lagi manfaat yang lain.

Betul ke boleh bantu untuk selesaikan perkara2 di atas???

PM saya untuk saya bantu sampaikan maklumat lebih lanjut πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

http://www.wasap.my/+60177303779/InfoTakaful
http://www.wasap.my/+60177303779/InfoTakaful

Apabila buat "full financial checkup" client. Ingat diri kita je ke perlu medical check up? Financial check up pun perlu...
07/10/2022

Apabila buat "full financial checkup" client. Ingat diri kita je ke perlu medical check up? Financial check up pun perlu ya.

Then, summary dari checkup tu jumlah asset, liabiliti "hutang" dan asset vs liability.

Daripada financial checkup ni baru kita sedar, berapa banyak liabiliti "HUTANG" yang kita ada, jenis liabiliti dan macam mana nak overcome.

Penting untuk tahu situasi kewangan kita ditakdirkan kita meninggal dunia secara mengejut waris ada semua maklumat penting ni.

once kita meninggal dunia, waris ada full information tentang kedudukan kewangan kita. Maka saat itu HIBAH akan digunakan utk langsaikan segala HUTANG kita.

At least anak isteri kita tak susah asbab HUTANG itu dan kita juga tenang di alam sana

Kalau diberi pilihan Hibah atau Medical Card. Pilihlah hibah wahai suami diluar sana. Kalau kita sakit, kita masih ada h...
15/09/2022

Kalau diberi pilihan Hibah atau Medical Card. Pilihlah hibah wahai suami diluar sana. Kalau kita sakit, kita masih ada hospital kerajaan. Tapi bila anda sudah tiada dan meninggalkan hutang, kesian pd isteri terkapai kapai bersama anak-anak. Rancang kewangan keluarga harini.

Saya tak jual takaful tapi saya perancang kewangan anda, tapi saya nak bagi kesedaran kepada para suami. Rancang kematian anda jika tak tau berapa lama anda akan hidup.

Kalau anda dah ade hibah dan medical card pon bagus sebab boleh tolak cukai.. itu yang best, kiranya takdelah rugi πŸ’•. Apa yang saya belajar, kalau gaji RM2k kebawah tak disarankan amik medical card, naikkan income dulu tapi bakup hibah perlu ada.

Hibah perlu supaya isteri dan anak-anak boleh survive selepas kematian anda. Contoh komitmen sebulan RM3k

Perlindungan takaful RM500k.
RM3K x 12 = RM36K

RM500K / RM36K = 13 -14 tahun

13 Tahun isteri dan anakΒ² boleh survive dgn komitmen RM3K

Itu belum tolak hutang suami. Kalau suami ade banyak hutang, banyak lah kena tolak. Bayangkan kalau xde hibah mana isteri nak dapat duit langsaikan hutang suami maka terawang-awang lahh roh suami nanti πŸ˜„

4 x 4 semua adalah Hilux πŸ˜…Boleh tak ubah istilah takaful yang dapat pampasan-pampasan tunai tu panggil TAKAFUL LIFE dan ...
30/07/2022

4 x 4 semua adalah Hilux πŸ˜…

Boleh tak ubah istilah takaful yang dapat pampasan-pampasan tunai tu panggil TAKAFUL LIFE dan jangan gunakan istilah HIBAH.

Buat keliru orang ramai aje.

HIBAH tu cara agihan atau penamaan bagi pampasan yang bakal diterima jika meninggal.

Pampasan kematian tak semestinya hibah pun. Mungkin kita boleh lantik WASI utk tujuan bayar hutang.

Penerima hibah kalau tak bayarkan hutang kita, tak jadi salah bagi dia kerana akad lantikan kita kurang tepat.Kita yang keras nanti.πŸ˜…

Dan yang dah ambik/pilih HIBAH takaful tu kalau boleh janganlah beri semua 100% kepada pasangan jika mak ayah masih ada. Kesian mak yang mengandungkan, menyus**an, bersusah payah membesarkan dan memberi pelajaran sekadar dapat tengok aje.πŸ˜”

Sebab esok kita pun akan jadi mak ayah jugakπŸ˜…


β€œJika seseorang bergantung kepada anda atau pendapatan anda, anda PERLU insurans/takaful hayat. Saya syorkan dapatkan po...
24/07/2022

β€œJika seseorang bergantung kepada anda atau pendapatan anda, anda PERLU insurans/takaful hayat. Saya syorkan dapatkan polisi bertempoh yang bernilai 10-12 kali ganda pendapatan tahunan anda”. ~ Dave Ramsey

Dengan insurans/Takaful hayat bertempoh, anda boleh mendapatkan jumlah perlindungan yang sama untuk sebahagian kecil daripada harga polisi insurans/Sijil Takaful hayat seumur hidup. Polisi bertempoh bertahan untuk beberapa tahun yang ditetapkan, itulah sebabnya ia dipanggil insurans "berjangka" (saya cadangkan tempoh 15-20 tahun).

Dengan itu, anda membayar kadar yang rendah setiap bulan untuk perlindungan yang anda perlukan. Selain itu, perlindungan berjangka jauh lebih berpatutan, jadi anda boleh mendapatkan polisi yang bernilai lebih tinggi daripada sepanjang hayat... yang bermakna keluarga anda lebih dilindungi dari segi kewangan sepanjang tempoh tersebut.

Dalam tempoh 15-20 tahun, jika anda mengikuti rancangan 7 Baby Steps saya, 3 perkara akan berlaku:

1. Anak-anak anda akan membesar dan pergi.

2. Anda akan membayar semua hutang, termasuk housing loan anda (ingat, saya cadangkan tidak lebih daripada gadai janji 15 tahun)

3. Anda akan menyimpan dan melabur sekurang-kurangnya 15% daripada pendapatan anda.

Jadi, anda berumur 15-20 tahun lebih tua tanpa anak untuk diberi makan, tiada hutang, dan ratusan ribu dolar dalam persaraan... anda sudah bersedia. Jika anda meninggal dunia tanpa insurans/takaful hayat, keluarga anda akan baik-baik saja. Satu-satunya orang yang berpendapat anda memerlukan insurans/takaful hayat pada ketika itu ialah ejen insurans/takaful hayat seumur hidup yang ingin mendapatkan komisen untuk keseluruhan hayat anda.

Jika pada masa ini anda mempunyai insurans/takaful hayat seumur hidup, tetapi berfikir untuk beralih kepada berjangka, JANGAN batalkannya SEHINGGA anda mempunyai polisi berjangka baharu anda! Selamat, dan bijak tentang perkara seperti ini.

Untuk info lebih lanjut sila hubungi saya di :

http://www.wasap.my/+60177303779/InfoTakaful
http://www.wasap.my/+60177303779/InfoTakaful




π“π‘πž 𝐍𝐞𝐱𝐭 π‹πžπ―πžπ₯ π„π―πžπ«π²π­π‘π’π§π  𝐖𝐒π₯π₯ π‚π‘πšπ§π πžπ‚π¨π§π π«πšπ­π¬! Teras LegacyMajlis MOU antara OKU Sentral bersama YB Senator Datuk Ras Ad...
08/07/2022

π“π‘πž 𝐍𝐞𝐱𝐭 π‹πžπ―πžπ₯ π„π―πžπ«π²π­π‘π’π§π  𝐖𝐒π₯π₯ π‚π‘πšπ§π πž
π‚π¨π§π π«πšπ­π¬! Teras Legacy

Majlis MOU antara OKU Sentral bersama
YB Senator Datuk Ras Adiba dgn Teras Legacy Sdn Bhd.

Dan Majlis penyampaian polisi Al Sham kepada senator Datuk.

Produk Al Shams dan peluang kerjaya utk lebih 600ribu ahli OKU seluruh Malaysia.

Al Shams produk guarantee acceptance!
Semua layak dilindungi ❀️





25/06/2022

Child Education Plan untuk kanak2...

Caruman boleh dibuat seawal umur 14 hari dan perlindungan sehingga dewasa...

Sesuai untuk plan tabungan pembelajaran ketika dewasa πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

DM for more info ☺️☺️☺️



Pernah ke reject dengan takaful sebab masalah kesihatan ?Ada rekod kesihatan yang buruk, penat applyTakaful asyik kena r...
19/06/2022

Pernah ke reject dengan takaful sebab masalah kesihatan ?

Ada rekod kesihatan yang buruk, penat apply
Takaful asyik kena reject

Ini adalah peluang kedua untuk anda
Satu satunya syarikat takaful yang cover
T.P.D untuk orang yang dah ada rekod kesihatan
Yang buruk seperti cancer, jantung , obesity

Risau Masa depan diri sendiri & family tersayang, Apa akan jadi kalau tak ada hibah

Kini dengan Takaful Al-Shams anda boleh dapatkan plan takaful serendah RM 50/sebulan

Apa yang Best takaful al shams?
Tiada soalan kesihatan, tak kira anda sihat atau dah ada rekot kesihat yang buruk pun tetep diterima

βœ… Pampasan hibah sehingga 4 kali ganda
βœ… Pampasan hilang Upaya Kekal (T.P.D)❗️
βœ… Tiada medical checkup
βœ… Confirm lulus

Klik link di bawah jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut:

http://www.wasap.my/+60177303779/TakafulAlShams
http://www.wasap.my/+60177303779/TakafulAlShams

Hanif Moftar
Executive Planner
Zurich Takaful

Address

03-06, Third Floor Welcome Centre, Jalan Setia Tropika 1/21, Taman Setia Tropika
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hanif Moftar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hanif Moftar:

Share