Syafiq Kadir

Syafiq Kadir Greeting! Welcome to my humble page. My name is Syafiq. Klik on the link below for more info ☺️

18/11/2024
Bersama MC, Dato AC Mizal di majlis perkahwinan di Danga Bay Convention Center Johor Bahru
28/10/2024

Bersama MC, Dato AC Mizal di majlis perkahwinan di Danga Bay Convention Center Johor Bahru

26/12/2021



Kaedah Pengiraan Zakat ASB
----------------------------------------------------

Perkongsian daripada Hj Ahmad Husni bin Dato’ Abd Rahman (Pemangku Penolong Pengurus
Unit Syariah & Penerangan Khas PPZ-MAIWP)

Pengiraan zakat ke atas pelaburan ASB boleh dikategorikan berdasarkan beberapa kaedah dan situasi seperti berikut:

1. Pelaburan dibuat menggunakan wang atau modal sendiri.

Bagi situasi ini pengiraan zakat adalah berkadar langsung dengan jumlah pelaburan dan keuntungan (dividen, bonus dan pendapatan ASB) yang diperolehi. Formulanya adalah seperti berikut:

[Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan + Dividen/ Pendapatan ASB ] x 2.5% (Kadar Zakat)

Contoh (i):
RM 200,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 14,600 (Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama)
= RM 214,600 x 2.5%
= RM 5,365
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 5,365

Contoh (ii):
RM 15,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 1,187.50 (Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama)
= RM 16,187.50 x 2.5%
= RM 404.68
Justeru, zakat yang wajib ditunaikan adalah sebanyak RM 405 (setelah dibundarkan).

2. Pelaburan dibuat dengan fasiliti pembiayaan ASB dengan pihak bank (ASB Financing).

Bagi situasi ini, pengiraan zakat hanya akan dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperolehi sahaja. Adapun bagi modal pelaburan, tidak dikenakan zakat ke atasnya kecuali setelah berlakunya penebusan sijil pelaburan ataupun setelah selesai tempoh bayaran balik pembiayaan. Formula kiraan adalah seperti berikut:

Dividen / Pendapatan ASB x 2.5%

Contoh kaedah kiraan seterusnya cuba meraikan beberapa bentuk kaedah pelaburan yang lazimnya diamalkan oleh para pelabur ASB dengan menggunakan fasiliti pembiayaan ASB.

Kes 1: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi TIDAK DIGUNAKAN untuk membuat pembayaran semula pembiayaan.

Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
(Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama dari RM 200,000 = RM 14,600
= RM 14,600 x 2.5%
= RM 365
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 365

Contoh (ii):
Modal Pelaburan RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% dari RM 50,000 + 1% dari 10,000 unit pertama = RM 3,725
= RM 3,725 x 2.5%
= RM 93.12
Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 93

Dalam contoh (ii), nilai dividen yang diperolehi tidak melebihi nisab tahunan zakat pada tahun 2017 iaitu RM 14,083. Mengapa dikenakan zakat juga? Hal ini memerlukan sedikit perincian. Dalam contoh (ii) di atas, pendapatan dari ASB itu dicampurkan dengan kesemua pemilikan harta individu yang telah cukup haulnya untuk dizakatkan. Maka kecukupan nisab dikira secara relatif dengan dicampurkan harta-harta lain yang berada di bawah pemilikan individu terbabit.

Namun, jika individu yang terbabit tidak mempunyai harta-harta lain yang cukup haul dan sedia dizakatkan, maka zakat *TIDAK DIKENAKAN ke atas dividen/pendapatan ASB yang tidak mencukupi nisab itu tadi.

Kes 2: Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi DIGUNAKAN bagi membuat pembayaran semula pembiayaan.

Dalam kes ini, zakat hanya akan dikenakan ke atas baki atau lebihan dividen/pendapatan ASB yang masih ada selepas ditolak jumlah pembayaran semula pembiayaan.

Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
(Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% + 1% dari 10,000 unit pertama) = RM 14,600
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama maksimum 30 tahun)
= RM 1,099 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 13,188
= RM 14,600 (dividen/pendapatan ASB) – RM 13,188 (bayaran semula pembiayaan)
= RM 1,412
= RM 1,412 x 2.5%
= RM 35.30

Justeru, zakat yang dikenakan adalah
RM 35.30. Situasi kenaan zakat ini adalah sama seperti contoh (ii) dalam Kes 1 di atas.

Contoh (ii):
Modal Pelaburan Maksimum RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen / Pendapatan ASB 2017 + Bonus ASB iaitu 7.25% dari RM 50,000 + 1% dari 10,000 unit pertama = RM 3,725
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama 15 tahun)
= RM 401 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 4,812
= RM 3,725 (dividen/pendapatan ASB) – RM 4,812 (bayaran semula pembiayaan)
= (-) RM 1,087

Oleh kerana, bayaran semula pembiayaan melebihi jumlah dividen yang diterima, maka TIDAK ADA ZAKAT dikenakan. Juga tidak dikenakan zakat jika jumlah dividen menyamai jumlah pembayaran semula pembiayaan.

3. Perolehan selepas penyerahan semula sijil pembiayaan pelaburan ASB.

Sebahagian pelabur menggunakan kaedah membuat pembiyaan pelaburan ASB dan dalam tempoh tertentu membuat penyerahan semula sijil (surrender) dan menyelesaikan bayaran baki pembiayaan untuk mendapatkan keuntungan dan pulangan.

Kes 1: Penyerahan semula sijil pelaburan lebih awal sebelum tamat tempoh pembiayaan.

Contoh (i) – Penyerahan sijil pelaburan pada tahun ke-5 dalam tempoh pembiayaan selama 25 tahun:

[Pulangan tunai selepas penyerahan sijil pelaburan + dividen tahun semasa ASB] x 2.5%
[RM 22,002.61 (lebihan tunai penyerahan sijil pelaburan bernilai RM 200,000) + RM 14,600 (dividen tahun semasa ASB)] = RM 36,602.61
= RM 36, 602.61 x 2.5%
= RM 915.06
Zakat dikenakan adalah *RM 915*

Contoh (ii) – Penyerahan sijil pelaburan pada tahun akhir pembiayaan / selepas tamat tempoh pembiayaan 25 tahun.
[RM 200,000 (nilai penyerahan sijil pada tahun akhir pembiayaan/selepas tamat tempoh pembiayaan) + RM 14,600 (nilai dividen semasa ASB)] = RM 214,600
= RM 214,600 x 2.5%
= RM 5,365
Zakat dikenakan adalah sebanyak RM 5,365

Dengan penjelasan ini, diharapkan agar dapat memberikan manfaat dan kefahaman yang jelas kepada para pelabur dan muzakki. Semoga Allah Ta’ala menerima segala amalan dan kebaikan yang dilakukan dan menjadikannya sebagai pemberat mizan di Hari Pembalasan.

DISCLAIMER / PERHATIAN :*****
Kiraan berkaitan ASB (Pendapatan / Bonus / Dividen) adalah bersifat contoh kasar semata-mata. Ia bukanlah bersifat teknikal sebagaimana kiraan sebenar oleh pihak PNB. Justeru tuan/puan dinasihatkan mengemaskini pemilikan ASB masing-masing untuk mengetahui pendapatan sebenar yang wajib dizakatkan.

kredit: Pelabur Genius A$B Financing - Rostam Roselip

Penerangan ringkas tentang ASBF. Klik di link whatsapp untuk pertanyaan lanjut.
26/12/2021

Penerangan ringkas tentang ASBF. Klik di link whatsapp untuk pertanyaan lanjut.

Main kutu??? Kenapa tak main ASB?Kalau sebulan 300 main 12 orang, sampai turn korang dapat RM3,600.Kalau buat ASB 75k bu...
14/09/2021

Main kutu??? Kenapa tak main ASB?

Kalau sebulan 300 main 12 orang, sampai turn korang dapat RM3,600.

Kalau buat ASB 75k bulanan dalam RM293 (tanpa takaful) , kalau dividen 4.5%, dapat RM3,375. Kalau terus stop lepas setahun, surender value dapat dalam RM800. Jadi total dapat RM3,375 + RM800 = RM4,175.

Jadi kenapa masih pilih main kutu??

Kalau korang main kutu sebb nak buat force saving, pilih lah simpanan melalui ASB Financing ni, memg konsep dia force saving sama mcm korang main kutu tu.

Nak buat simpanan ni memg kena ade platform yg mcm paksa kita bayar. Tp benda ni utk kebaikan kita jugak.

JOM apply asb financing rate 3.45%. Klik link whatsapp dan saya akan bantu. ❤️❤️❤️

-SyafiqKadir

Address

Johor Bahru

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syafiq Kadir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syafiq Kadir:

Share