PMB Investment Berhad with Elfyda

PMB Investment Berhad with Elfyda Mulakan pelaburan unit amanah dengan PMB Investment Berhad. 19 dana patuh syariah diiktiraf oleh SC.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus di https://wa.link/y7fno1

KENAPA ADA BERIBU-RIBU UNIT TRUST FUND?Ramai orang tanya:โ€œKenapa fund banyak sangat? Tak pening ka nak pilih?โ€Jawapan di...
09/08/2026

KENAPA ADA BERIBU-RIBU UNIT TRUST FUND?

Ramai orang tanya:
โ€œKenapa fund banyak sangat? Tak pening ka nak pilih?โ€

Jawapan dia mudah.
Sebab pelabur bukan semua orang yang sama.
๐Ÿ‘‰ Ada yang nak capital growth.
๐Ÿ‘‰ Ada yang nak regular income.
๐Ÿ‘‰ Ada yang selesa risiko rendah.
๐Ÿ‘‰ Ada yang sanggup ambil risiko tinggi.
๐Ÿ‘‰ Ada yang fokus Malaysia.
๐Ÿ‘‰ Ada yang nak exposure global.
๐Ÿ‘‰ Ada yang nak Shariah-compliant.

Jadi kalau ada orang kata:

โ€œFund mana paling terbaik?

Soalan tu sebenarnya tak lengkap.

๐Ÿ•ฏ๏ธ Terbaik untuk siapa?
๐Ÿ•ฏ๏ธ Untuk matlamat apa?
๐Ÿ•ฏ๏ธ Berapa lama nak melabur?
๐Ÿ•ฏ๏ธ Berapa tahap risiko yang sanggup ditanggung?

Sebab fund yang hebat untuk seorang pelabur, belum tentu sesuai untuk pelabur yang lain.

Macam kereta.

๐Ÿš— MYVI bukan kereta yang โ€œtak bagusโ€ sebab bukan HILUX.
๐Ÿ›ป HILUX p**a bukan lebih โ€œbagusโ€ hanya sebab lebih mahal.
๐Ÿš™ MPV bukan gagal sebab dia tak boleh buat kerja HILUX.

Setiap satu direka untuk keperluan yang berbeza.

Begitu juga Unit Trust.
Yang kelakar ialah bila orang pilih fund hanya sebab:

โ€œFund ni tengah naik.โ€
โ€œFund ni ranking tinggi.โ€
โ€œMember aku untung banyak.โ€

Itu bukan investment strategy.
Itu namanya ikut rombongan Cik Kiah wei. ๐Ÿ˜‚

Dalam pelaburan, kita bukan cari fund yang paling pop**ar.
Kita cari fund yang paling sesuai dengan objektif, time horizon, risk tolerance dan portfolio pelabur.

Sebab itu kerja seorang Investment Consultant bukan sekadar:

โ€œNah, pilih fund ni.โ€
Kerja sebenar ialah memahami pelabur terlebih dahulu, kemudian baru menentukan strategi.
Beribu-ribu fund bukan masalah.

Masalahnya bila kita nak pilih fund tanpa tahu kita sebenarnya sedang menuju ke mana.

๐ŸŽฏ TIADA FUND YANG TERBAIK UNTUK SEMUA ORANG.

Yang ada hanyalah fund yang paling sesuai dengan matlamat dan keperluan anda.
๐Ÿ’ก Invest bukan pertandingan siapa paling laju.
๐Ÿ’ก Invest ialah tentang siapa paling jelas dengan destinasi.

Raja Elfyda, CFPยฎ
UTC - PMB Investment Berhad
https://wa.link/1zzp4g
Dragon X Dynasty | Building Wealth Beyond Generations ๐Ÿ‰โš”๏ธ

07/08/2026

1. Seorang lelaki berusia 55 tahun dilaporkan menghabiskan RM700,000 simpanan EPF dalam masa hanya 21 hari untuk renovasi rumah, membeli kereta, dan menanggung majlis perkahwinan anak.

2. Tanpa perancangan kewangan yang teliti, simpanan persaraan boleh lenyap sekelip mata, sedangkan ia sepatutnya dibiarkan berkembang dalam instrumen pelaburan seperti KWSP dan unit amanah.

3. Nilai RM700k walaupun nampak besar, ia biasanya hanya cukup untuk 5โ€“10 tahun jika dibelanjakan secara berhemah.

4. Kepentingan instrumen pelaburan seperti KWSP memberi p**angan stabil melalui dividen tahunan.

5. Manakala unit amanah membolehkan dana berkembang melalui pasaran modal dengan strategi jangka panjang.

6. Pengeluaran semua simpanan sekaligus membuka ruang kepada perbelanjaan impulsif dan kehilangan peluang compounding.

7. Wang persaraan yang diterima bukan untuk dihabiskan sekaligus, tetapi untuk dijadikan sumber pendapatan berterusan.

8. Dengan strategi seperti mengekalkan dana dalam KWSP atau memindahkan sebahagian ke unit amanah, seseorang boleh menikmati p**angan konsisten sambil melindungi masa depan kewangan keluarga.


22/07/2026

ASAS UNIT TRUST: FAHAM DULU, BARU MELABUR

Ramai orang sebenarnya mahu melabur. Cuma mereka belum cukup faham.

Mereka pernah dengar tentang unit trust, pernah melihat orang berkongsi prestasi fund dan income distribution, malah pernah mendengar istilah seperti NAV, risk profile, asset allocation, diversification dan rebalance.

Namun apabila tiba masa untuk bermula, mereka berhenti. Bukan kerana tidak berminat, tetapi kerana terlalu banyak istilah, terlalu banyak pilihan dan terlalu banyak pendapat yang bercanggah.

Ada yang kata fund ini bagus. Ada p**a yang kata fund itu lebih baik. Ada yang suruh masuk sekarang, ada yang suruh tunggu dahulu, malah ada juga yang menyuruh keluar dari pasaran.

Akhirnya, ramai menjadi keliru.

Apabila keliru, biasanya ada dua kemungkinan. Pertama, langsung tidak bermula. Kedua, mula melabur tanpa benar-benar memahami apa yang sedang dilakukan.

Kedua-duanya mempunyai risiko. Tidak bermula menyebabkan wang tidak berkembang mengikut perancangan. Bermula tanpa ilmu p**a boleh menyebabkan pelabur mudah panik apabila pasaran turun.

Sebab itulah siri Asas Unit Trust ini diwujudkan.

Bukan untuk mengatakan semua orang mesti melabur dalam unit trust. Bukan juga untuk mengatakan unit trust sesuai untuk semua keadaan atau menjanjikan keuntungan.

Tujuan utama siri ini hanyalah satu โ€” supaya kita faham dahulu.

Faham apa itu unit trust. Faham bahawa ia bukan saham individu, bukan fixed deposit dan bukan juga skim cepat kaya.

Faham bagaimana sesebuah fund diuruskan, mengapa setiap fund berbeza, apakah risiko yang terlibat, bagaimana caj dikenakan, apakah fungsi NAV dan income distribution, serta mengapa nilai fund boleh naik dan turun.

Yang lebih penting, faham mengapa diversification, pemilihan fund mengikut objektif, tempoh pelaburan serta proses review dan rebalance memainkan peranan dalam membina portfolio yang lebih baik.

Apabila kita faham, kita tidak mudah terlalu teruja apabila pasaran naik dan tidak mudah panik apabila pasaran turun.

Unit trust ialah satu bentuk pelaburan kolektif di mana ramai pelabur menghimpunkan wang dalam satu fund yang diuruskan oleh fund manager profesional mengikut objektif dan strategi yang telah ditetapkan.

Sebagai pelabur, kita memiliki unit dalam fund tersebut. Nilai unit boleh meningkat atau menurun mengikut prestasi pasaran. Pulangan p**a boleh datang daripada kenaikan nilai pelaburan (capital appreciation) dan juga income distribution, jika ada.

Namun begitu, tiada jaminan keuntungan kerana unit trust tetap merupakan satu bentuk pelaburan.

Pasaran berubah. Kadar faedah berubah. Mata wang berubah. Sektor ekonomi berubah. Malah selera risiko pelabur juga berubah mengikut fasa kehidupan.

Oleh sebab itu, pelaburan tidak boleh dibuat dengan mindset "masuk, tinggal dan berharap semuanya akan sentiasa cantik."

Pelaburan memerlukan objektif yang jelas, tahap risiko yang sesuai, tempoh pelaburan yang mencukupi, aliran tunai yang sihat, dana kecemasan yang tidak diganggu, disiplin serta semakan berkala.

Sebelum memilih fund, soalan paling penting bukanlah "Fund mana paling untung?"

Sebaliknya, tanyalah diri sendiri, "Duit ini untuk apa?"

Jika wang itu untuk dana kecemasan, ia tidak sesuai diletakkan dalam pelaburan yang lebih volatil. Jika wang itu diperlukan dalam masa beberapa bulan lagi, risiko yang diambil juga perlu lebih rendah.

Sebaliknya, jika matlamatnya untuk persaraan 10 hingga 20 tahun akan datang, pendidikan anak atau pembinaan kekayaan jangka panjang, pendekatan pelaburannya sudah tentu berbeza.

Setiap ringgit mempunyai tugas yang berbeza.

Ada wang yang perlu selamat. Ada yang perlu mudah diakses. Ada yang boleh diberi masa untuk berkembang. Ada p**a yang sesuai disusun bagi mencapai matlamat jangka panjang.

Sebab itu unit trust bukan sekadar membeli fund.

Ia adalah sebahagian daripada perancangan kewangan.

Fund hanyalah alat. Dan seperti mana-mana alat, jika digunakan dengan cara yang salah, hasilnya juga mungkin tidak seperti yang diharapkan.

Begitu juga dalam pelaburan. Fund yang baik sekalipun boleh menjadi pengalaman yang mengecewakan jika tidak selari dengan objektif, tempoh pelaburan dan tahap risiko pelabur.

๐Ÿ”Š Jangan melabur hanya kerana orang lain melabur.
๐Ÿ”Š Jangan memilih fund hanya kerana ia sedang pop**ar.
๐Ÿ”Š Jangan menilai fund semata-mata kerana NAV kelihatan rendah atau mengejar income distribution tanpa memahami keseluruhan strategi pelaburan.
๐Ÿ”Š Jangan juga terlalu kerap menukar fund hanya kerana emosi atau panik setiap kali pasaran bertukar merah.

Portfolio yang baik bukanlah portfolio yang kelihatan paling meriah, tetapi portfolio yang mempunyai tujuan, keseimbangan dan disiplin.

Pasaran akan sentiasa melalui kitarannya. Ada masa naik, ada masa turun, ada masa bergerak mendatar sebelum kembali pulih.

Itulah realiti pelaburan.

Apabila kita benar-benar memahami apa yang kita miliki, kita lebih tenang menghadapi setiap fasa pasaran. Kita tahu bila perlu kekal dengan perancangan, bila sesuai menambah pelaburan secara berkala, bila perlu membuat semakan, melakukan rebalance atau mengurangkan risiko apabila diperlukan.

Pelabur yang berilmu bukan bermaksud dia tidak pernah risau.

Bezanya, dia tidak membuat keputusan secara terburu-buru.

Dia menyemak dahulu, mendapatkan maklumat yang betul, melihat gambaran keseluruhan dan kembali kepada objektif asal sebelum bertindak.

Itulah bezanya pelaburan yang dipandu ilmu dengan pelaburan yang dipandu emosi.

Hakikatnya, kita tidak perlu mengetahui semuanya dalam satu hari.

Tetapi kita perlu mula memahami perkara yang asas, sedikit demi sedikit. Dari satu perkongsian ke satu perkongsian, daripada pengalaman kepada pengalaman.

Lama-kelamaan, kita akan menjadi pelabur yang lebih matang. Tidak mudah terpengaruh dengan cerita panas, tidak terlalu gembira ketika pasaran naik dan tidak terlalu takut ketika pasaran turun.

Fokus kita bukan lagi kepada keuntungan jangka pendek semata-mata, tetapi kepada matlamat kewangan yang ingin dicapai.

Kerana akhirnya, pelaburan bukan tentang menang hujah di media sosial atau mencari siapa paling hebat.

Pelaburan ialah tentang membina masa depan yang lebih terancang untuk diri sendiri, keluarga, persaraan dan pendidikan anak-anak.

Dan untuk mencapainya, kita memerlukan lebih daripada sekadar produk.

Kita memerlukan ilmu, disiplin, kesabaran dan perancangan.

Ingatlah satu perkara ini:

๐Ÿ’ก Faham dulu. Baru melabur.

Kerana dalam pelaburan, bermula itu penting. Tetapi bermula dengan ilmu jauh lebih baik daripada bermula hanya kerana mengikut orang.

JENIS PULANGAN PELABURAN POPULAR: BUKAN SEMUA PELABURAN MEMBERI PULANGAN YANG SAMARamai orang mula melabur dengan harapa...
15/07/2026

JENIS PULANGAN PELABURAN POPULAR: BUKAN SEMUA PELABURAN MEMBERI PULANGAN YANG SAMA

Ramai orang mula melabur dengan harapan wang mereka akan bertambah. Namun, tidak ramai yang benar-benar memahami bagaimana sesuatu pelaburan itu menghasilkan p**angan.

Secara asasnya, terdapat dua jenis p**angan pelaburan yang paling pop**ar, iaitu:

1. Agihan Pendapatan (Distribution / Dividend)
Ini ialah p**angan yang diagihkan kepada pelabur mengikut prestasi sesuatu dana atau instrumen. Ia boleh diterima dalam bentuk dividen, bonus atau agihan pendapatan pada tempoh tertentu.

Antara instrumen yang terkenal dengan p**angan jenis ini ialah:
AHB
ASB
Tabung Haji
KWSP
SSPN

Instrumen ini lebih menumpukan kepada pendapatan berkala berbanding kenaikan harga aset.

2. Kenaikan Nilai (Capital Gain)
Capital gain berlaku apabila nilai aset meningkat daripada harga semasa kita membelinya.

Keuntungan hanya direalisasikan apabila aset tersebut dijual pada harga yang lebih tinggi.
Contoh paling mudah ialah emas. Jika harga emas naik selepas kita membelinya, nilai pelaburan kita turut meningkat walaupun tiada dividen diberikan.

Bagaimana p**a dengan Unit Trust dan PRS?

Inilah kelebihan yang ramai terlepas pandang.
Unit Trust dan Private Retirement Scheme (PRS) berpotensi menawarkan kedua-dua jenis p**angan, iaitu:

Agihan pendapatan (bergantung kepada polisi dan prestasi dana).

Kenaikan nilai unit apabila nilai aset dalam dana meningkat.

Ini memberi peluang kepada pelabur untuk menikmati pendapatan berkala sambil membina pertumbuhan modal dalam jangka panjang.

Namun begitu, penting untuk difahami bahawa prestasi masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.
Agihan pendapatan dan kenaikan nilai bergantung kepada prestasi dana, keadaan pasaran serta objektif pelaburan masing-masing.
Pelaburan yang baik bukan semestinya yang memberi p**angan paling tinggi, tetapi yang sesuai dengan matlamat kewangan, tempoh pelaburan dan tahap toleransi risiko anda.

Setiap instrumen pelaburan mempunyai cara tersendiri menghasilkan p**angan. Ada yang fokus kepada agihan pendapatan, ada yang bergantung kepada kenaikan nilai, dan ada juga seperti Unit Trust serta PRS yang berpotensi menawarkan kedua-duanya. Sebelum melabur, fahami dahulu bagaimana sesuatu instrumen menjana p**angan supaya keputusan yang dibuat lebih tepat dan selari dengan matlamat kewangan anda.

Setiap instrumen mempunyai objektif dan peranannya yang tersendiri dalam perancangan kewangan.

Yang penting, fahami bagaimana sesuatu pelaburan menjana p**angan, supaya portfolio yang dibina benar-benar selari dengan matlamat kewangan anda.

Ringkasnya...
Jangan hanya tanya, "Berapa peratus p**angan?"

Tanya juga,
"Pulangan itu datang daripada dividen, kenaikan nilai... atau kedua-duanya?"

Itulah bezanya pelabur yang sekadar menyimpan, dengan pelabur yang benar-benar memahami apa yang dimilikinya.

12/07/2026

ASAS UNIT TRUST: APA ITU NAV?

Dalam pelaburan unit trust, antara istilah yang paling kerap ditemui ialah NAV (Net Asset Value) atau NAV per unit.

Ramai pelabur melihat angka NAV dan terus membuat kesimp**an seperti:

- "Fund ini murah sebab NAV rendah."
- "Fund ini mahal sebab NAV tinggi."
- "Lebih baik beli fund yang NAV RM0.25 berbanding fund yang NAV RM1.00."

Walaupun nampak logik, hakikatnya tanggapan ini boleh mengelirukan.

Apa Maksud NAV?

Secara mudah, NAV per unit ialah nilai bagi satu unit pelaburan dalam sesuatu fund pada sesuatu masa.

Fund unit trust biasanya melabur dalam pelbagai aset seperti:

- Saham
- Bon atau Sukuk
- Instrumen Pasaran Wang
- Tunai
- Aset lain yang dibenarkan mengikut mandat fund

Nilai keseluruhan aset dalam fund akan dikira terlebih dahulu. Kemudian, nilai tersebut dibahagikan dengan jumlah unit yang berada dalam edaran (units in circulation).

Hasil pengiraan itulah yang dipanggil NAV per unit.

NAV Rendah Tidak Semestinya Murah

Salah satu salah faham yang biasa berlaku ialah menganggap fund yang mempunyai NAV rendah lebih murah atau lebih berbaloi untuk dibeli.

Hakikatnya, NAV RM0.25 tidak semestinya lebih murah daripada NAV RM1.00, dan NAV RM1.00 tidak semestinya lebih mahal daripada NAV RM0.25.

Ini kerana setiap fund mempunyai:

- Tarikh pelancaran yang berbeza
- Objektif pelaburan yang berbeza
- Tahap risiko yang berbeza
- Sejarah prestasi yang berbeza
- Pendedahan pasaran yang berbeza
- Polisi agihan pendapatan yang berbeza

Oleh itu, membandingkan fund hanya berdasarkan NAV adalah seperti menilai sebuah buku hanya melalui kulitnya.

Fokus Kepada Apa Yang Lebih Penting

Sebelum memilih sesuatu fund, antara perkara yang lebih penting untuk dinilai ialah:

- Apakah objektif fund tersebut?
- Fund itu melabur dalam aset apa?
- Bagaimana tahap risikonya?
- Bagaimana prestasinya dalam tempoh yang sesuai?
- Sejauh mana turun naik (volatility) fund tersebut?
- Adakah ia sesuai dengan tempoh pelaburan kita?
- Adakah ia sesuai dengan aliran tunai dan matlamat kewangan kita?

Inilah faktor-faktor yang lebih membantu dalam membuat keputusan pelaburan yang baik.

Mengapa NAV Boleh Naik dan Turun?

NAV akan berubah mengikut nilai aset yang dipegang oleh fund.

Apabila nilai aset meningkat, NAV biasanya akan meningkat.

Apabila pasaran menurun dan nilai aset berkurangan, NAV juga boleh menurun.

Sebab itu unit trust tetap merupakan satu bentuk pelaburan yang mempunyai risiko pasaran. Ia bukan simpanan tetap yang nilainya bergerak dalam satu arah sahaja.

Jangan Panik Jika NAV Turun Selepas Distribution

Ada juga keadaan di mana NAV menurun selepas fund membuat income distribution atau unit split.

Sesetengah pelabur melihat NAV yang lebih rendah lalu menyangka fund tersebut mengalami kerugian.

Sedangkan dalam banyak keadaan, penurunan tersebut hanyalah pelarasan teknikal selepas agihan pendapatan atau unit split dibuat.

Sebab itu konteks sentiasa penting sebelum membuat sebarang kesimp**an.

NAV Hanya Salah Satu Maklumat

NAV ialah maklumat yang berguna untuk mengetahui nilai semasa sesuatu unit dalam fund.

Namun, NAV bukan satu-satunya faktor yang perlu dijadikan asas membuat keputusan pelaburan.

Apa yang lebih penting ialah sama ada fund tersebut:

- Sesuai dengan objektif kewangan kita
- Sejajar dengan tahap risiko yang kita selesa ambil
- Sesuai dengan tempoh pelaburan kita
- Melengkapkan portfolio sedia ada
- Membantu mencapai matlamat kewangan jangka panjang

Dalam pelaburan, "murah" dan "sesuai" adalah dua perkara yang berbeza.

Kadangkala yang nampak murah belum tentu sesuai.

Dan kadangkala yang nampak mahal sebenarnya memainkan peranan penting dalam portfolio.

Kesimp**an

Apabila melihat NAV, jadikan ia sebagai maklumat, bukan sebagai satu-satunya alasan untuk membuat keputusan.

Sebaliknya, kembali kepada asas pelaburan:

- Objektif
- Tahap risiko
- Tempoh pelaburan
- Asset allocation
- Cashflow
- Diversifikasi

Kerana pada akhirnya, matlamat sebenar pelaburan bukan sekadar membeli unit yang nampak murah.

Matlamatnya adalah membina portfolio yang tersusun, sesuai dengan keperluan, dan mampu dipegang dengan yakin untuk jangka masa panjang.

Jangan hanya tanya: "NAV dia berapa?"

Tetapi tanya juga:

"Adakah fund ini sesuai dengan perancangan kewangan saya?"

Itulah soalan yang lebih penting.
"NAV hanya menunjukkan nilai semasa sesuatu unit. Tetapi kejayaan pelaburan lebih bergantung kepada pemilihan fund yang sesuai dengan matlamat, risiko dan tempoh pelaburan anda."

11/07/2026

PMB Investment Berhad is proud to share that PMB Dana Bestari has been honoured with the Core Equity โ€“ Malaysia (Islamic) award at the FSMONE Recommended Unit Trusts Awards 2026/27.

This achievement highlights our dedication to delivering strong performance through smart, Shariah-compliant investment strategies.

We sincerely thank you for your continued trust and support!





11/07/2026

ASAS UNIT TRUST: BILA MARKET TURUN, PERLU BUAT APA?

Ini antara soalan yang paling kerap ditanya oleh pelabur apabila pasaran mula menunjukkan prestasi negatif.

ยซ"Market tengah turun ni, saya kena buat apa?"ยป

Jawapan yang paling jujur ialah...Bergantung.

โžก๏ธ Ada keadaan yang memerlukan tindakan.
โžก๏ธ Ada keadaan yang tidak memerlukan sebarang perubahan.

Dan ada masanya, perkara paling penting bukan terus bertindak, tetapi berhenti seketika untuk memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Kerana dalam pelaburan, tidak semua tindakan itu bijak.

โœ… Ada tindakan yang lahir daripada ilmu.
โœ… Ada tindakan yang dibuat berdasarkan perancangan.
โœ… Ada tindakan hasil daripada proses review yang matang.

Tetapi ada juga tindakan yang didorong oleh panik.

Dan itulah yang paling berbahaya.

Apabila market turun, emosi selalunya bergerak lebih pantas daripada fikiran.

Baru sahaja portfolio bertukar merah, hati sudah mula rasa tidak sedap.

๐Ÿ”น Berita keluar tanpa henti.
๐Ÿ”น Media sosial p**a penuh dengan pelbagai pandangan.
๐Ÿ”น Ada yang kata market akan jatuh lebih teruk.
๐Ÿ”น Ada yang kata inilah peluang terbaik.
๐Ÿ”น Ada yang suruh jual.
๐Ÿ”น Ada yang suruh tambah pelaburan.

Akhirnya, kita sendiri menjadi keliru.

Dalam keadaan seperti ini, soalan pertama yang perlu ditanya bukan:

ยซ"Patut saya jual?"ยป

Dan bukan juga:

ยซ"Patut saya tambah?"ยป

Sebaliknya, tanya diri sendiri:

"Adakah perancangan asal saya masih relevan?"

- Duit ini untuk tujuan apa?
- Berapa lama lagi tempoh pelaburan saya?
- Adakah fund yang saya pegang memang untuk jangka panjang?
- Adakah tahap risiko fund ini masih sesuai dengan risk comfort saya?
- Adakah portfolio saya terlalu tertumpu kepada satu market, satu sektor, satu tema atau satu asset class?
- Saya panik kerana fund ini tidak sesuai, atau saya panik kerana tidak biasa melihat market turun?

Inilah soalan yang lebih penting.

Kerana market turun tidak semestinya bermaksud kita perlu menjual.

Dan market turun juga tidak semestinya bermaksud kita perlu menambah pelaburan.

Kadangkala tindakan terbaik ialah membuat review secara tenang.

๐Ÿ”ธ Jika objektif masih sama...
๐Ÿ”ธ Time horizon masih panjang...
๐Ÿ”ธ Cashflow masih stabil...
๐Ÿ”ธ Emergency fund masih mencukupi...
๐Ÿ”ธ Tahap risiko masih sesuai...
๐Ÿ”ธ Dan portfolio masih mengikut perancangan...

โ–ถ๏ธ Mungkin tiada keperluan untuk membuat perubahan besar.
โ–ถ๏ธ Mungkin yang terbaik hanyalah stay the course.

Namun, jika market yang turun membuatkan kita sedar bahawa portfolio terlalu agresif...

โ–ถ๏ธ Atau semua pelaburan terlalu tertumpu kepada aset yang sama...
โ–ถ๏ธ Atau duit yang dilaburkan sebenarnya diperlukan dalam masa terdekat...
โ–ถ๏ธ Atau penurunan kecil sahaja sudah menyebabkan kita hilang tidur...

Maka itu petanda bahawa portfolio mungkin perlu dinilai semula.

Mungkin sudah tiba masanya untuk:

- Review portfolio.
- Rebalance allocation.
- Kurangkan concentration.
- Susun semula asset allocation.
- Asingkan pelaburan jangka pendek dan jangka panjang.

Tetapi lakukan semuanya kerana ada sebab yang jelas.

Bukan kerana takut semata-mata.

Itulah bezanya antara review dan panik.

๐Ÿ€ Review bermula dengan soalan.
๐Ÿ Panik bermula dengan ketakutan.
๐Ÿ€ Review melihat keseluruhan gambaran.
๐Ÿ Panik hanya melihat warna merah hari ini.

๐Ÿ€ Review bertanya:

ยซ"Masih sesuai dengan perancangan saya?"ยป

๐Ÿ Panik p**a bertanya:

ยซ"Macam mana kalau jatuh lagi esok?"ยป

Dalam unit trust, turun naik pasaran adalah perkara biasa.

Fund yang mempunyai pendedahan kepada equity akan dipengaruhi oleh prestasi pasaran saham.

Fund yang melabur dalam bond atau sukuk juga mempunyai risiko tersendiri.

Fund yang mempunyai pelaburan luar negara p**a boleh dipengaruhi oleh pergerakan mata wang.

Sebab itu, sejak awal lagi pelabur perlu memahami:

- Objektif fund.
- Risiko fund.
- Peranan fund tersebut dalam portfolio.

Jika fund itu ialah growth fund, jangan mengharapkan prestasinya seperti fixed deposit.

Jika fund itu lebih defensif, jangan membandingkannya dengan fund yang agresif ketika market sedang rancak naik.

๐ŸŽ—๏ธ Setiap fund mempunyai peranan.
๐ŸŽ—๏ธ Setiap fund mempunyai karakter.
๐ŸŽ—๏ธ Setiap fund mempunyai risiko.

Dan setiap pelabur mempunyai keadaan hidup yang berbeza.

Sebab itulah apabila market turun, saya tidak gemar memberi jawapan yang terlalu mudah seperti:

"Jual."
"Tambah."
"Switch."
"Hold."

Semuanya mungkin betul.

Dan semuanya juga boleh menjadi salah.

Ia bergantung kepada keadaan setiap pelabur.

Bagi pelabur yang masih mempunyai time horizon yang panjang, market turun hanyalah sebahagian daripada perjalanan pelaburan.

Bagi pelabur yang melabur secara berkala, market yang turun mungkin memberi peluang membeli unit pada harga yang lebih rendah, selagi fund tersebut masih selari dengan perancangan asal.

Bagi pelabur yang hampir menggunakan wang tersebut, market turun mungkin menjadi isyarat untuk menyemak semula tahap risiko.

Bagi pelabur yang terlalu tertumpu kepada satu asset class, market turun boleh menjadi peringatan untuk memperbaiki diversification.

Jadi, jawapannya bukan satu.

Jawapannya bergantung kepada perancangan.

Sebab itulah pelaburan tidak boleh dibuat berdasarkan emosi minggu ini sahaja.

Dari awal lagi kita perlu jelas:

- Duit ini untuk apa?
- Tempohnya berapa lama?
- Berapa banyak turun naik yang saya sanggup hadapi?
- Apa strategi jika market jatuh?
- Apa tindakan jika market naik?
- Bila perlu rebalance?
- Bila perlu review semula?

Jika semua ini tidak jelas, sedikit penurunan pun akan terasa seperti ribut besar.

Tetapi apabila perancangan jelas, market turun tidak semestinya menjadi sesuatu yang menakutkan kerana kita tahu bagaimana untuk bertindak.

Dalam pelaburan, tenang bukan bermaksud tidak takut.

Tenang bermaksud kita tidak membiarkan emosi membuat keputusan bagi pihak kita.

Market turun memang tidak menyeronokkan.

Portfolio yang merah memang tidak sedap dipandang.

Namun, itulah realiti pelaburan jangka panjang.

๐Ÿ”ธ Naik.
๐Ÿ”ธ Turun.
๐Ÿ”ธ Sideways.
๐Ÿ”ธ Recovery.

Dan kitaran itu akan berulang.

Yang penting, jangan jadikan setiap kejatuhan market sebagai alasan untuk keluar.

Dan jangan juga jadikan setiap kejatuhan market sebagai alasan untuk masuk secara membuta tuli.

Kedua-duanya boleh membawa kesilapan jika tiada perancangan.

Apabila market turun...
๐Ÿ”ธ Berhenti seketika.
๐Ÿ”ธ Semak semula objektif.
๐Ÿ”ธ Lihat kembali time horizon.
๐Ÿ”ธ Nilai risk comfort.
๐Ÿ”ธ Periksa cashflow.
๐Ÿ”ธ Review keseluruhan portfolio.
๐Ÿ”ธ Kemudian barulah buat keputusan.

๐Ÿ”น Perlu stay the course?
๐Ÿ”น Perlu tambah secara berkala?
๐Ÿ”น Perlu rebalance?
๐Ÿ”น Perlu kurangkan risiko?
๐Ÿ”น Perlu asingkan dana jangka pendek?

Atau perlu mendapatkan penjelasan semula daripada perunding pelaburan?

Buat keputusan berdasarkan perancangan, bukan berdasarkan panik.

Kerana dalam pelaburan, market turun itu perkara biasa.Tetapi pelabur yang mampu kekal rasional ketika orang lain sedang panik, itulah yang selalunya mempunyai peluang lebih baik untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang.

Market turun itu biasa. Panik itu pilihan. Dalam pelaburan, keputusan yang dibuat dengan perancangan sentiasa lebih bernilai daripada keputusan yang dibuat kerana ketakutan.

11/07/2026

DO most Malaysians in the private sector on average have enough savings to retire comfortably?

The general answer is no.

10/07/2026

ASAS UNIT TRUST: SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT

Ramai orang sebenarnya bukan tak mahu melabur. Mereka cuma terlalu lama menunggu "masa yang sesuai". Tunggu bonus, tunggu gaji naik, tunggu hutang habis atau tunggu kewangan lebih stabil. Akhirnya, masa terus berlalu tetapi langkah pertama masih belum diambil.

Hakikatnya, bukan semua orang mampu bermula dengan jumlah yang besar. Dan itu bukan satu masalah. Dalam pelaburan, yang lebih penting bukan berapa besar kita bermula, tetapi sama ada kita mampu bermula mengikut kemampuan dan kekal konsisten.

Sebab itulah wujud konsep Ringgit Cost Averaging (RCA), iaitu melabur jumlah yang sama secara berkala tanpa perlu terlalu risau sama ada pasaran sedang naik atau turun. Apabila pasaran menurun, jumlah yang sama membeli lebih banyak unit. Apabila pasaran meningkat, jumlah yang sama membeli lebih sedikit unit. Lama-kelamaan, kos purata pelaburan menjadi lebih seimbang sambil membina disiplin sebagai pelabur.

Ramai orang terlalu sibuk mencari "perfect timing", sedangkan pelaburan jangka panjang lebih bergantung kepada disiplin berbanding kebolehan meneka pergerakan pasaran. Emosi sering menjadi musuh terbesar pelabur. Bila pasaran jatuh, ramai takut untuk membeli. Bila pasaran naik semula, ramai p**a menyesal kerana sudah terlepas peluang.

Pelaburan sebenarnya sama seperti menjaga kesihatan. Bukan satu tindakan besar yang memberi perubahan, tetapi amalan kecil yang dilakukan secara konsisten. Begitu juga dalam pelaburan. Tidak perlu bermula dengan RM100,000. Ada yang bermula dengan RM100, RM300 atau RM500. Selagi jumlah itu tidak mengganggu komitmen harian dan sesuai dengan kemampuan kewangan, ia sudah memadai sebagai permulaan.

Bagi yang mahukan lebih disiplin, pelaburan berkala melalui Direct Debit Authorisation (DDA) boleh membantu kerana pelaburan dibuat secara automatik setiap bulan. Namun, pelaburan berkala bukan bermaksud kita boleh memilih fund secara sembarangan. Pemilihan fund tetap perlu berdasarkan objektif kewangan, tempoh pelaburan, toleransi risiko dan kemampuan masing-masing.

Yang penting, jangan terlalu lama menunggu jumlah yang besar. Dalam pelaburan, langkah kecil yang dilakukan secara konsisten selalunya lebih bernilai daripada rancangan besar yang tidak pernah bermula.

Ringkasan:

โœ”๏ธ Mulakan ikut kemampuan, bukan ikut orang lain.

โœ”๏ธ Konsisten lebih penting daripada cuba mencari "perfect timing".

โœ”๏ธ Disiplin mengatasi emosi dalam pelaburan.

โœ”๏ธ Pilih fund yang sesuai dengan objektif dan profil risiko.

โœ”๏ธ Beri masa kepada compounding untuk bekerja.

Ingat... bukit tidak terbina dalam sehari. Begitu juga kekayaan. Ia dibina sedikit demi sedikit, dengan disiplin dan kesabaran.

๐Ÿ“Š Client saya dah capai profit 80% selepas 3 tahun dalam PMB Equity Fund.โณ Tinggal 8 tahun lagi sebelum retireโ€ฆ๐Ÿ‘‰ Patutka...
06/07/2026

๐Ÿ“Š Client saya dah capai profit 80% selepas 3 tahun dalam PMB Equity Fund.

โณ Tinggal 8 tahun lagi sebelum retireโ€ฆ

๐Ÿ‘‰ Patutkah redeem masuk KWSP Akaun 1, atau hold biar compounding sampai pencen?

๐Ÿ’ฌ Apa pandangan anda?



Address

Johor Bahru

Telephone

+60177191210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMB Investment Berhad with Elfyda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PMB Investment Berhad with Elfyda:

Shortcuts

Share