08/08/2020
Sepetang bersama pakar penganalisa pasaran ekonomi Malaysia, Najib Saahari. Salah satu topik yang dibincangkan adalah isu kemampuan kerajaan menampung subsidi kesihatan/perubatan kepada rakyat Malaysia.
Hampir 10% bajet tahunan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja & dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun mendatang. Maka timbul isu kekangan hospital dari sudut bajet, kakitangan dan kemudahan fasiliti ditimbulkan Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, baru-baru ini.
Kerajaan sentiasa menyediakan dana yang mencukupi dalam sektor kesihatan. Namun, Inflasi terhadap barangan perubatan yang meningkat lebih 12% setahun, tempias daripada kesan COVID-19, kemunculan teknologi baharu dan juga populasi Malaysia semakin menua membuatkan bajet yang diberikan kepada sistem kesihatan tidak lagi mencukupi. Di Malaysia, walaupun hospital kerajaan menyediakan rawatan yang murah, hakikatnya rawatan yang mahal tidak dapat disediakan & perkhidmatan yang kurang memuaskan.
Statistik menunjukkan kenaikkan mendadak permohonan insurance kesihatan di Malaysia dalam tempoh 6 bulan yang lepas. Ini menunjukkan rakyat Malaysia sudah celik ekonomi & keadaan semasa dan bersiap sedia dengan apa jua wabak penyakit atau krisis ekonomi yang mungkin mendatang.
Persoalannya sejauh manakah kerajaan masih mampu menanggung subsidi kesihatan kepada rakyat? Dan sekiranya keadaan berubah, dalam keadaan yang tak menentu sekarang ini, adakah rakyat sudah bersedia ?