AIA Takaful by Anis

AIA Takaful by Anis We help you cover the ifs in life, quoting happiness at best rate.
-sincerely, your Takaful Planner-

Something to ponder.Cepat-cepat semak semula detail coverage MRTT anda.Kalau dah jelas memang tak cukup sampai penuh, ka...
09/03/2025

Something to ponder.
Cepat-cepat semak semula detail coverage MRTT anda.
Kalau dah jelas memang tak cukup sampai penuh, kami boleh bantu anda rancang pelan takaful yang sesuai untuk cover mana yang kurang.

Yang lepas biarkan berlalu. Sekarang dah tahu, dah boleh ambil tindakan segera.

Ada kemusykilan tentang pelan yang anda dah ambil? Ada nak tanya lain-lain tentang takaful?
Terus pm, kami bantu🫰
www.wasap.my/60139672753/nakrancangtakaful

AlhamdulillahMasih setia menyampaikan manfaat takaful buat semua. Terima kasih pada yang sudi mendengar, sudi berbagi pe...
19/02/2025

Alhamdulillah
Masih setia menyampaikan manfaat takaful buat semua. Terima kasih pada yang sudi mendengar, sudi berbagi pendapat, dan akhirnya sudi sign up tanda percayakan servis daripada kami.

Tanpa sokongan anda, siapalah kami - copy ayat waibi lepas menang piaryu. Tapi kami tak buat kemunculan limatahun sekali ya. Hari-hari pun ada muncul ni ha.

Ada kemusykilan tentang pelan yang anda dah ambil? Ada nak tanya lain-lain tentang takaful?
Terus pm, kami bantu🫰
www.wasap.my/60139672753/nakrancangtakaful

21/12/2024

Kami memahami cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat berkenaan peningkatan kos penjagaan kesihatan. Kami menyokong sepenuhnya langkah-langkah penetapan semula premium/caruman yang baru diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan komitmen bersama dari industri insurans dan takaful dalam melaksanakan perubahan ini secara bertanggungjawab dan berkesan.

Langkah-langkah interim ini direka bagi membantu pemegang polisi/sijil mendapatkan perlindungan perubatan dan menerima penjagaan perubatan berkualiti tinggi. AIA Malaysia komited untuk melaksanakan perubahan ini dengan adil, telus, dan selaras dengan rangka kerja yang disediakan oleh BNM sementara pemain industri bekerjasama dengan pengawal selia, penyedia penjagaan kesihatan, dan kerajaan untuk membangunkan inisiatif jangka panjang yang mampan.

Dalam tempoh terdekat ini, AIA akan menyediakan Soalan Lazim untuk menerangkan perubahan yang akan berlaku kepada perlindungan dan premium para pelanggan. Kami memohon pemahaman anda sekiranya pertanyaan anda tidak dijawab dalam Soalan Lazim tersebut, sila hubungi talian Hotline kami di +603 2056 6733 bermula 15 Januari 2025.

Tiada siapa yang mampu baca fikiran orang lain dengan tepat jika tidak diberitahu, termasuklah pasangan kita.Walaupun ma...
13/12/2024

Tiada siapa yang mampu baca fikiran orang lain dengan tepat jika tidak diberitahu, termasuklah pasangan kita.

Walaupun masing-masing sibuk bekerja, sibuk dengan pelbagai
kerja rumah dan hal-hal lain, jangan lupa berkomunikasi dengan pasangan. Dengan masa bersama keluarga yang terhad, gunakan setiap ruang dan peluang sebaiknya.

Jangan tunggu dah bergaduh baru nak bercakap elok-elok.

“Hari ni awak okey?”
“Ada apa-apa yang boleh saya tolong?”
“Ada benda saya buat yang awak tak s**a ke?”
“Awak ada nak bagitahu saya apa-apa?”

Komunikasi kecil macam ni mampu buatkan hubungan bersama pasangan makin mesra dan utuh. Cubalah hari ni ❤️

Hargai pasangan anda. Berikan perhatian pada luahan si dia. Jangan terkejut atau marah p**a. Dengarlah dengan hati terbuka. Jika dipinta, baru berikan idea atau cadangan penyelesaian.
Selamat mencuba!

Nak kami bantu anda lindungi cinta hati dengan HIBAH?

Terus pm, kami bantu
www.wasap.my/60139672753/nakrancanghibah

Dah ada anak-anak bukan alasan untuk lupa bercinta dengan pasangan 🍼❤️Walaupun sibuk menjaga si kecil, jangan lupakan si...
10/12/2024

Dah ada anak-anak bukan alasan untuk lupa bercinta dengan pasangan 🍼❤️

Walaupun sibuk menjaga si kecil, jangan lupakan si dia yang setia di sisi.

🌟 Cuba curi masa untuk pegang tangan atau peluk pasangan anda.
🌟 Hantarkan mesej manis buat si dia di waktu senggang kerja tanda ingatan.
🌟 Buat kejutan kecil untuknya di saat bersama. Tak perlu keluarkan belanja yang besar. Misalnya, buatkan air kopi kegemaran si dia tanpa dipinta.

Cinta yang terjaga memupuk keluarga bahagia.
Setuju?

Hibah, Tanda Cinta Bermakna Untuk Yang TersayangKita semua mahu yang terbaik untuk pasangan dan keluarga kan? Tapi, pern...
08/12/2024

Hibah, Tanda Cinta Bermakna Untuk Yang Tersayang

Kita semua mahu yang terbaik untuk pasangan dan keluarga kan? Tapi, pernahkah kita fikirkan bagaimana jika sesuatu yang tak dijangka berlaku?

Pasti sedikit sebanyak kita berharap agar harta peninggalan kita dapat membantu si dia dalam meneruskan kehidupan.

Tapi..apa yang boleh kita lakukan supaya dapat pastikan ianya selamat sampai ke tangan orang tersayang?

Perancangan Hibah adalah antara penyelesaian terbaik untuk pastikan hasrat anda tercapai, tanpa sebarang masalah atau halangan.

Jangan biarkan hasrat anda terbiar sekadar perancangan. Mulakan langkah pertama dengan pelan hibah anda sendiri hari ini.

Cinta anda takkan pernah berhenti, bahkan masih dapat dirasai walaupun selepas anda tiada lagi.

Terus pm untuk kami bantu :
www.wasap.my/60139672753

SIGN UP TAKAFUL HANYA DENGAN 1 BULAN CARUMAN!Ya Betul! Anda tak salah baca.Berbaki beberapa hari saja lagi. Aktifkan per...
19/11/2024

SIGN UP TAKAFUL HANYA DENGAN 1 BULAN CARUMAN!

Ya Betul! Anda tak salah baca.

Berbaki beberapa hari saja lagi. Aktifkan perlindungan takaful untuk diri & keluarga dengan bayaran cuma 1 bulan caruman.
Sebelum ni, nak sign up takaful, perlu sediakan bayaran caruman untuk 2 bulan kan?

Serius sangat untung & berbaloi. Confirm dah tak lari bajet.

Jangan lepaskan peluang keemasan macam ni. Terus pm, kami bantu.

www.wasap.my/60139672753/nakrancangtakaful


Sudah 3 hari kami berkampung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Esok dah last day✌️Jom ramai-ramai meriahkan suasa...
02/11/2024

Sudah 3 hari kami berkampung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Esok dah last day✌️

Jom ramai-ramai meriahkan suasana Karnival Udara Melaka 2024. Macam-macam aktiviti menarik, ramai vendor pelbagai produk boleh jumpa kat sini.

Yang penting, berminat nak dapatkan servis consultation atau quotation takaful penuh kasih sayang, terus cari kami di booth bersebelahan Kaunter Penerangan lobby airport. Nak set appointment, terus pm, kami bantu.

Kenapa Perlu ada Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal kalau dah ada Medical Card?Semua pun tahu jawapan kenapa pentingny...
10/10/2024

Kenapa Perlu ada Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal kalau dah ada Medical Card?

Semua pun tahu jawapan kenapa pentingnya ada medical card kan.
Tapi, selalu orang terlepas pandang dengan Pelan Penggantian Pendapatan melalui Perlindungan Sakit Kritikal ni.

Dengan kemajuan teknologi perubatan masa kini, banyak kes penyakit kritikal yang dapat dipulihkan. Jangka hayat pesakit juga lebih panjang. Tapi, kebanyakan kes memakan banyak masa. Banyak kos yang akan terlibat sepanjang proses rawatan/ pemulihan. Dengan adanya pampasan kewangan, pasti sangat membantu.

Anda dah ada Pelan Perlindungan Penyakit Kritikal? Mari kami bantu.
www.wasap.my/60139672753/pampasansakitkritikal

Betul ke HIBAH ni mencabar hukum FARAID?Tak berdosa ke nanti?Kewujudan FARAID & HIBAH adalah sebagai panduan syara’ ke a...
08/10/2024

Betul ke HIBAH ni mencabar hukum FARAID?
Tak berdosa ke nanti?

Kewujudan FARAID & HIBAH adalah sebagai panduan syara’ ke atas kaedah pengurusan harta pusaka bagi umat Islam.
Kedua-duanya saling melengkapi dan mempunyai fungsi serta fadhilat tersendiri.

Jangan p**a kita menolak hukum FARAID disebabkan sikap segelintir pelaksana yang jahil dan tidak bertanggungjawab.

Jelas, FARAID akan auto berkuatkuasa selepas pemergian kita. Pesan awal-awal pada pasangan untuk bantu uruskan sebaiknya. Sebahagian wang HIBAH yang diterima boleh digunakan untuk urusan tersebut.

Jadi, buatlah perancangan HIBAH sebaiknya untuk mereka semasa kita masih ada di dunia ini. Kerana perancangan HIBAH hanya boleh dilakukan semasa kita masih hidup.

Dengan harapan, jika apa-apa berlaku, mereka yang ditinggalkan dapat teruskan hidup seperti biasa. Tak perlu meminta-minta. Dan dapat bantu urus harta peninggalan kita, termasuk urusan FARAID dengan lebih mudah dan lancar. Sekaligus dapat elakkan daripada harta pusaka menjadi harta beku.

Rancang HIBAH dari awal, sementara masih muda dan sihat. Caruman jadi lebih rendah. Fikiran juga lebih tenang.

Nak tahu macam mana perancangan HIBAH boleh bantu anda? Terus pm untuk konsultasi percuma
www.wasap.my/60139672753/nakrancanghibah


Hari ni dapat peluang turun Johor. Boleh la singgah office. Join meeting agensi sekejap. Banyak dapat fresh input hari n...
30/09/2024

Hari ni dapat peluang turun Johor. Boleh la singgah office. Join meeting agensi sekejap. Banyak dapat fresh input hari ni. Pick up hadiah - sis dapat Petronas Gift Card daripada AIA Malaysia

Habis meeting, terus ke KPJ Puteri Specialist Hospital buat aktiviti sikit. Asalnya ada klien nak jumpa. Last minute, terpaksa cancel sebab klien ada hal kecemasan. Terpaksa tangguh ke masa lain la. Apa susah..tak dapat jumpa depan-depan, online meeting kan ada.

Sis ada di JB sampai esok. Kalau ada yang nak jumpa, terus pm ok.

30/09/2024

Assalamualaikum
Selamat Pagi
Start Fresh!

Address

Johor Bahru

Telephone

+60139672753

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Takaful by Anis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AIA Takaful by Anis:

Share