20/04/2025
"Jangan Biarkan Waris Teraniaya! Ini Sebab Anda Perlu Hibah Sekarang"
Apa Itu Hibah dan Kenapa Ia Penting?
Bayangkan begini:
Anda bekerja keras sepanjang hidup, bina harta, beli rumah,
kumpul simpanan semuanya untuk keluarga.
Tetapi, selepas anda tiada, harta itu
beku berbulan atau bertahun kerana masalah faraid dan proses pewarisan yang
rumit.
Keluarga terpaksa berhutang atau bergaduh sesama sendiri.
Inilah sebabnya hibah menjadi penyelesaian terbaik.
Hibah ialah pemberian harta
semasa hidup kepada individu yang anda pilih, tanpa melalui proses faraid.
Dengan hibah, anda boleh pastikan orang tersayang mendapat hak mereka dengan mudah.
Kesilapan Ramai Orang Tentang Hibah
Ramai anggap hibah hanya untuk orang kaya. Salah!
Hibah bukan soal jumlah
harta, tetapi soal siapa yang akan mewarisi harta itu nanti.
Jika anda ada rumah,
kereta, atau simpanan dalam bank, anda sudah layak untuk hibah.
Kesilapan lain?
1. Tunggu sampai tua
2. Jangan tunggu sampai uzur baru fikir tentang hibah.
3. Hibah perlu dibuat sewaktu sihat dan berakal.
Anggap faraid cukup
Faraid penting, tetapi ia tidak menjamin keadilan
dalam pembahagian harta, terutama jika ada anak angkat, isteri kedua, atau waris yang kurang berkemampuan.
Hibah secara lisan sudah cukup – Tidak sah!
Hibah perlu dibuat dengan
dokumen sah di sisi undang-undang.
Apa Kelebihan Hibah?
✅ Harta tidak dibekukan
- Waris boleh terus guna harta tanpa perlu menunggu
bertahun-tahun.
✅ Bebas pilih penerima – Anda boleh beri kepada sesiapa, termasuk anak
angkat, isteri, ibu bapa, atau sesiapa yang tidak termasuk dalam faraid.
✅ Elak perebutan harta – Dengan hibah, tiada lagi pertelingkahan antara waris
kerana harta sudah ditentukan siap-siap.
Jangan Tunggu Sampai Terlambat! Buat Hibah Sekarang
Saya boleh bantu anda untuk mendapatkan hibah dengan proses yang mudah,cepat, dan sah di sisi undang-undang.
Klik butang di bawah untuk dapatkan konsultasi percuma sekarang :-
Sally Md Isa
Takaful Advisor
Boleh klik link WhatsApp:
www.wasap.my/60177014139/1hibah1keluarga
www.wasap.my/60177014139/1hibah1keluarga
www.wasap.my/60177014139/1hibah1keluarga