AFI Management Services

AFI Management Services Firma berdaftar MIA
No. Firma NF 2363
Setiausaha Syarikat Berlesen

08/05/2026
Soalan: Argghhh..banyaknya SOP dan paperwork..yang penting kerja dan result..apa yang SOP sumbang pada keuntungan syarik...
08/05/2026

Soalan: Argghhh..banyaknya SOP dan paperwork..yang penting kerja dan result..apa yang SOP sumbang pada keuntungan syarikat???

Jawapan:

SOP (Standard Operating Procedure) boleh meningkatkan keuntungan syarikat kerana ia membantu menjadikan operasi lebih konsisten, efisien, terkawal, dan kurang pembaziran. Walaupun SOP nampak seperti dokumen operasi sahaja, sebenarnya ia memberi impak terus kepada margin keuntungan dan cash flow.

Kesimpulannya, SOP bukan sekadar “dokumen prosedur”, tetapi sebenarnya alat untuk:

✅mengawal kos,
✅mengurangkan risiko,
✅meningkatkan produktiviti,
✅mempercepat cash flow,
✅dan meningkatkan keuntungan syarikat secara berterusan.

Perniagaan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk kini dan masa depan.

Jangan malu Jangan segan, Mari rapat..Mari singgah pejabat kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk ANDA.

Ingin tahu lebih lanjut tapi anda sibuk?
Boleh PM ikat tepi +60187936367 (Encik Amirul) atau +60176917466 (Encik Amir) untuk maklumat lanjut.

AFIMS sebuah firma berdaftar MIA, memberi khidmat nasihat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat.

Soalan: Sales saya slow..produk dah okay..product service dah cun tapi kenapa masih sales tak boleh naik?? mungkin strat...
07/05/2026

Soalan: Sales saya slow..produk dah okay..product service dah cun tapi kenapa masih sales tak boleh naik?? mungkin strategi marketing saya ada masalah

Tapi bagaimana nak tahu ye??

Jawapan: Nak identify bahagian mana yang boleh dinilai, boleh lihat pada accounting report.

Antara cara akaun membantu marketing ialah:

1. Menentukan produk atau servis yang paling menguntungkan

Melalui analisis accounting report, anda boleh nampak:

📊margin keuntungan
📊kos jualan
📊contribution margin

dari analisis, management boleh tahu:

✅produk mana yang patut dipromosikan
✅produk mana yang kurang menguntungkan
✅servis mana yang memberi pulangan terbaik

2. Menentukan harga jualan (pricing strategy)

Maklumat akaun boleh membantu tentukan:

📊kos sebenar produk/perkhidmatan
📊minimum selling price untuk produk
📊target profit margin bagi produk berdasarkan market semasa product

Ini penting supaya marketing tidak menawarkan harga terlalu rendah dari market sehingga rugi.

Contoh:

👉kos produk RM80
👉target margin 25%
makanya, selling price perlu sekitar RM100 dan ke atas.

3. Mengukur keberkesanan kempen marketing

Akaun membantu mengira:

📊Return on Marketing Investment (ROMI)
📊cost per lead
📊customer acquisition cost

Contoh:

💰kempen Facebook Ads kos RM5,000
💰sales generated RM30,000
management boleh nilai sama ada kempen berbaloi atau tidak

4. Membantu penyediaan bajet marketing

Accounting membantu management:

📊tetapkan bajet iklan
📊kawal perbelanjaan promosi
📊elakkan overspending

Contoh:

Syarikat allocate 5% daripada revenue untuk marketing. Allocation tu berdasarkan kepada keperluan dan cashflow syarikat.

5. Analisis trend jualan

Laporan akaun menunjukkan:

📊musim jualan tinggi/rendah
📊trend pelanggan
📊lokasi atau segmen yang paling banyak menyumbang jualan

Marketing boleh fokus kepada:

📊kawasan yang berpotensi
📊produk yang mendapat permintaan tinggi

Ini penting bagi allocate fund dan resources kepada lokasi, segmen dan masa yang betul

6. Membantu cash flow planning

Marketing kadang-kadang mahu buat:

🚀promosi besar
🚀diskaun
🚀roadshow

Accounting akan menilai:

🔍adakah cash flow mencukupi
🔍impak kepada working capital
🔍risiko collection lambat

7. Menilai profitability pelanggan

Ada pelanggan yang:

✅sales tinggi
❌tetapi lambat bayar atau kos servis terlalu tinggi

Accounting boleh bantu analisis:

📊customer profitability
📊aging collection
📊bad debt risk

🛡️Kalau tak kawal memang jenuh nak operate dan nak penuhi komitmen overhead

8. Membantu strategi expansion

Jika marketing mahu masuk market baru:

🔍accounting boleh buat feasibility study
🔍projected profit
🔍break-even analysis

Analisis ini perlu dibandingkan dengan analisis market semasa dan juga laporan yang terdahulu supaya boleh dibuat penilaian kerana

'SEJARAH MUNGKIN BERULANG'

Kesimpulannya, accounting bukan sekadar “rekod nombor” dan boring, tetapi membantu management membuat keputusan marketing yang lebih strategik, terkawal dan profitable.

Perniagaan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk kini dan masa depan.

Jangan malu Jangan segan, Mari rapat..Mari singgah pejabat kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk ANDA.

Ingin tahu lebih lanjut tapi anda sibuk?
Boleh PM ikat tepi +60187936367 (Encik Amirul) atau +60176917466 (Encik Amir) untuk maklumat lanjut.

AFIMS sebuah firma berdaftar MIA, memberi khidmat nasihat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat.

Soalan: Mana lebih baik? Menyewa aset perniagaan atau beli aset? Aset pun ada nilai resale tinggiJawapan: Tergantung kep...
06/05/2026

Soalan: Mana lebih baik? Menyewa aset perniagaan atau beli aset? Aset pun ada nilai resale tinggi

Jawapan: Tergantung kepada cashflow dan matlamat jangka panjang perniagaan.

Cashflow adalah nadi bisnes. Sekiranya current aset dalam tempoh 12 bulan lebih tinggi dari current liabiliti dan aset cair seperti cash lebih tinggi dari komitmen liabiliti maka boleh pertimbangkan untuk beli aset perniagaan tersebut disebabkan ada nilai resale tinggi.

1. Kelebihan menyewa aset kepada perniagaan

Dari sudut operasi/business:

a) Kurang modal permulaan
Tak perlu keluarkan cash besar untuk beli aset (contoh: bangunan, mesin, forklift, office equipment).

Contoh:
Beli forklift RM120,000 vs sewa RM3,000 sebulan.

Ini bantu:

✅preserve cash flow
✅guna modal untuk working capital
✅flexibility

b) Risiko obsolescence lebih rendah
Kalau aset cepat outdated (IT equipment, machinery), maka sewa lebih baik.

c) Fleksibiliti
✅Senang dan mudah untuk:

👉nak tambah
👉atau kurangkan
👉atau terminate (bergantung kontrak)

👉Sesuai jika business growth tak stabil.

d) Kadang-kadang maintenance termasuk
Kurangkan kos repair tak dijangka. Kos maintenance boleh meningkat sekiranya terdapat krisis.

Namun, dengan pengenalan MFRS 116 (Leases), senario kelebihan menyewa agak berubah dari segi strategi keuntungan.

2. Impak kepada keuntungan
Tahun awal lease → keuntungan nampak lebih rendah

Sebab:
Depreciation + interest

Interest lebih tinggi pada awal tempoh disebabkan interest dikira berdasarkan baki ansuran

Jadi total expense front-loaded.

Contoh:

Kalau rental biasa:
RM10,000 sebulan x 12 = RM120,000

MFRS 16 mungkin:

Depreciation = RM90,000
Interest = RM40,000

Total = RM130,000

Untung turun RM10,000 pada awal tahun.

💰Tahun akhir lease → keuntungan nampak lebih tinggi

Sebab interest makin rendah.

Contoh mudah (praktikal)

Katakan:

Lease liability awal: RM100,000
Interest rate: 6% setahun
Bayaran tahunan: RM23,746
Tahun 1

Step 1: Kira finance cost
= 100,000 × 6%
= RM6,000

Step 2: Bayaran dibuat
= RM23,746

Step 3: Portion principal
= 23,746 – 6,000
= RM17,746

Step 4: Closing liability
= 100,000 – 17,746
= RM82,254

Tahun 2

Finance cost akan turun:

= 82,254 × 6%
= RM4,935

➡️ Nampak tak pattern?
Interest makin menurun sebab liability makin kecil.

3. EBITDA (Earnings Before Interest Expense, Tax Expense, Depreciation and Amortisation Expense) biasanya nampak lebih baik

💰Ini ramai management suka.

Sebab rental expense tak lagi jadi operating expense.

Jadi EBITDA meningkat.

Contoh:

Sebelum:
EBITDA tolak rental RM120k

Selepas:
Rental diganti depreciation + finance cost

Depreciation & finance cost excluded from EBITDA

→ EBITDA nampak naik

Tapi cash flow sebenar tak banyak berubah. Masih tetap keluar duit bayaran ansuran

4. Nisbah kewangan terkesan

Lease liability akan naikkan:

👉gearing ratio
👉debt-to-equity

Ini boleh beri kesan jika:

⚠️bank covenant - banker akan nampak liability tinggi dan risiko lebih tinggi
⚠️investor perception - investor akan nampak risiko tinggi
⚠️credit assessment - creditor akan buat penilaian risiko tinggi

🧠Jadi key-point nya adakah menyewa aset beri kelebihan?

Ya, jika fokus kepada:
✅ cash preservation
✅ flexibility
✅ operational efficiency

Tetapi dari sudut MFRS / reported profit:
❌ tidak semestinya tingkatkan keuntungan
❌ boleh turunkan profit pada awal lease
❌ naikkan liabilities

Kalau syarikat anda banyak lease commitment, management kena tengok bukan sekadar P&L, tetapi:

👉EBITDA beri petunjuk kepada pelabur dan creditor
👉cash flow mampu ke tak
👉leverage ratio beri petunjuk kepada potensi syarikat
👉lease term strategy sama ada untuk terus menyewa atau membeli aset pada suatu tempoh tertentu

Ini semua berkait dengan strategi dan hala tuju syarikat ke arah mana.

Perniagaan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk kini dan masa depan.

Jangan malu Jangan segan, Mari rapat..Mari singgah pejabat kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk ANDA.

Ingin tahu lebih lanjut tapi anda sibuk?
Boleh PM ikat tepi +60187936367 (Encik Amirul) atau +60176917466 (Encik Amir) untuk maklumat lanjut.

AFIMS sebuah firma berdaftar MIA, memberi khidmat nasihat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat.

Soalan: Saya peniaga gerai makanan..bisnes kecil je..penting ke nak declare pendapatan dekat LHDN?Jawapan: Penting tuan....
05/05/2026

Soalan: Saya peniaga gerai makanan..bisnes kecil je..penting ke nak declare pendapatan dekat LHDN?

Jawapan: Penting tuan..sebabnya declare pendapatan tak semestinya kena bayar cukai

Declare adalah kewajipan setiap peniaga dan untuk elakkan risiko dari kena penalti dengan LHDN..sediakan payung sebelum hujan

Walaupun berniaga gerai makanan kecil-kecilan..mana tahu tiba-tiba dapat tawaran untuk catering di jabatan kerajaan nanti nak berdaftar untuk senarai penyedia makanan harus dapatkan clearance cukai (TCC)

Masa tu nak buat akaun dan submit cukai kos dah semakin tinggi. Akauntan tak boleh nak buat magic. Compliance issue matters.

Buat akaun dan submit cukai bukan saja hanya untuk bayar cukai dan beban tapi adalah forward thinking dan strategi untuk besarkan bisnes.

Kos semakin tinggi..selain pass kos kepada customer, peniaga boleh kurangkan dengan sistem pengekosan yang efisien. Maka, keuntungan boleh meningkat.

Perniagaan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk kini dan masa depan.

Jangan malu Jangan segan, Mari rapat..Mari singgah pejabat kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk ANDA.

Ingin tahu lebih lanjut tapi anda sibuk?
Boleh PM ikat tepi +60187936367 (Encik Amirul) atau +60176917466 (Encik Amir) untuk maklumat lanjut.

AFIMS sebuah firma berdaftar MIA, memberi khidmat nasihat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat.

Soalan: Patutkah panic buying ketika krisis minyak dan perang sekarang?Jawapan:Panic buying adalah tindakan mengikut emo...
05/05/2026

Soalan: Patutkah panic buying ketika krisis minyak dan perang sekarang?

Jawapan:

Panic buying adalah tindakan mengikut emosi bukan rasional.

🔍 Kenapa orang rasa nak panic buy?

Bila inflasi naik:

⚠️Harga barang makin mahal
⚠️Takut barang akan habis
⚠️Rasa “lebih baik beli sekarang sebelum naik lagi”

Perasaan ini normal, tapi tindakan itu ada risiko.

⚠️ Kenapa panic buying bukan strategi yang baik

👉Beban cash flow
- Anda keluarkan banyak duit sekaligus maka boleh kesan kepada liquidity bank. Bank boleh terjejas dan boleh menyebabkan situasi 'Bank Run'
- Kurang liquidity untuk kegunaan perkara penting dan kecemasan.

👉Risiko pembaziran
- Barang yang dibeli ada tempoh dan boleh rosak/expired jika stock up terlalu lama
- Beli lebih daripada keperluan sebenar, maka liquidity kita boleh terikat kepada benda yang dibeli

👉Harga belum tentu naik semua
- Inflasi tak berlaku sekata. Yang terjejas hanya sebahagian.
- Ada barang naik, ada yang stabil, ada juga turun. Contohnya, ketika krisis Timur Tengah harga minyak naik dan kesan tidak langsung kepada harga makanan. Namun, harga komponen semikonduktor masih stabil.

👉Menyumbang kepada kenaikan harga
Permintaan mendadak → harga boleh naik lagi. Mengikut hukum permintaan dan penawaran, semakin tinggi permintaan mengatasi penawaran maka harga akan meningkat.

✅ Apa yang lebih bijak daripada panic buying

Lebih baik guna pendekatan “strategic buying”:

🧠Stok barang asas sahaja (1–3 bulan)
Contoh: beras, susu bayi, barang dapur penting
🧠Beli bila ada promosi / diskaun
🧠Fokus pada barang yang memang digunakan setiap bulan. Buat senarai dan jangkaan penggunaan.
🧠Elakkan hutang semata-mata untuk stok barang. Kalau boleh elakkan hutang baru ketika krisis.

Inflasi itu benar, tapi disiplin kewangan lebih penting daripada borong barang tanpa kawalan.

Perniagaan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk kini dan masa depan.

Jangan malu Jangan segan, Mari rapat..Mari singgah pejabat kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk ANDA.

Ingin tahu lebih lanjut tapi anda sibuk?
Boleh PM ikat tepi +60187936367 (Encik Amirul) atau +60176917466 (Encik Amir) untuk maklumat lanjut.

AFIMS sebuah firma berdaftar MIA, memberi khidmat nasihat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat.

Kawan, kenapa setiausaha syarikat saya perlukan info berkenaan Pemilikan Benefisial (Beneficial Ownership). Penting sang...
17/04/2026

Kawan, kenapa setiausaha syarikat saya perlukan info berkenaan Pemilikan Benefisial (Beneficial Ownership). Penting sangat ke?

Jawapan: Pemilikan Benefisial (Beneficial Ownership) adalah mandatori bermula 1 April 2024 dan termaktub dalam Akta Syarikat 2016 dan Setiausaha Syarikat perlu mengemukakan dalam tempoh 14 hari selepas pendaftaran Syarikat di SSM.

Jadi kerana tempoh yang diberikan sangat cepat maka kerjasama dari pemilik individu bagi syarikat sangat diperlukan bagi mengelakkan penalti dan denda dari SSM.

Sekiranya pemilik syarikat dimiliki oleh syarikat juga maka, pemilik kepada pemilik syarikat yang didaftarkan kepada SSM juga diperlukan. Bermakna pihak SSM memerlukan pemilik individu kepada syarikat berdaftar tersebut.

Pemilikan pula tidak semestinya mengikut modal dilaburkan. Pemilikan boleh jadi seperti berikut:

1. Hak undian - Saham diberikan oleh syarikat tanpa keluar sesen dari poket namun mempunyai hak mengundi

2. Pemilikan secara perjanjian - Contohnya, individu tidak mempunyai saham namun syarikat dijamin oleh individu (corporate guarantee).

Dokumen diperlukan:

1. I/C bagi warganegara Malaysia ATAU Passport bagi bukan warganegara Malaysia
2. Carta organisasi (bagi pemilikan indirect)
3. Borang declaration (diberi oleh Setiausaha Syarikat untuk diisi)

Tak faham atau perlukan penjelasan lanjut?

Perniagaan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk kini dan masa depan.

Jangan malu Jangan segan, Mari rapat..Mari singgah pejabat kami. Pintu kami sentiasa terbuka untuk ANDA.

Ingin tahu lebih lanjut tapi anda sibuk?
Boleh PM ikat tepi +60187936367 (Encik Amirul) atau +60176917466 (Encik Amir) untuk maklumat lanjut.

AFIMS sebuah firma berdaftar MIA, memberi khidmat nasihat perakaunan, percukaian dan kesetiausahaan syarikat.

Address

NO 20-1(B), Jalan PUTERI 2A/2, BANDAR PUTERI BANGI
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60176917466

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AFI Management Services posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AFI Management Services:

Share