Ahmad Humaizi

Ahmad Humaizi Takaful Coach Melahirkan Usahawan Takaful Jutawan Dermawan & Beriman www.ahmadhumaizi.com

Tahniah Etiqa Family Takaful atas pengiktirafan Best Family Takaful di The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2026.Ba...
27/08/2026

Tahniah Etiqa Family Takaful atas pengiktirafan Best Family Takaful di The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2026.

Bagi saya, award ini selari dengan usaha Etiqa melabur dalam teknologi yang memudahkan pelanggan dan ejen. Banyak urusan kini boleh dibuat melalui Etiqa+ app, daripada medical card, claim, payment hingga perlindungan lain.

Produk penting, tetapi sistem dan pengalaman pelanggan juga penting.

Tahniah Etiqa. Teruskan inovasi yang memudahkan semua, setiap hari, setiap urusan.

Kadang-kadang bukan hidup kita yang tak cukup. Kita cuma terlalu banyak melihat kehidupan orang lain.Bila tengok orang b...
27/08/2026

Kadang-kadang bukan hidup kita yang tak cukup. Kita cuma terlalu banyak melihat kehidupan orang lain.

Bila tengok orang beli rumah, kereta, travel dan shopping, kita mula rasa tertinggal. Itulah FOMO.

Kalau kita tahu diri mudah terpengaruh, tak salah mute, unfollow atau kurangkan exposure.

Bukan dengki. Kita cuma sedang menjaga hati, kewangan dan rasa syukur.

Sebelum membeli, tanya diri: “Aku perlukan… atau aku cuma terpengaruh?”

24/08/2026

Kerja di luar negara? Jangan tunggu balik Malaysia baru fikir medical card. Warga Malaysia yang bekerja overseas juga boleh mohon pelan Etiqa. Lindungi diri lebih awal sebelum risiko kesihatan datang.

24/08/2026

Plan sakit kritikal bukan sekadar tentang claim besar sekali sahaja.

Dengan AafiahCare, selepas peserta claim penuh Critical Illness Benefit, masih ada tambahan CI Care Benefit 5% setahun selama 5 tahun.

Maksudnya, kalau perlindungan RM100,000:

Peserta boleh claim RM100,000
Kemudian terima RM5,000 setahun selama 5 tahun
Jumlah tambahan sehingga RM25,000

Selain itu, AafiahCare juga ada manfaat 15% untuk angioplasty, mental illness tertentu dan komplikasi diabetes, tanpa mengurangkan perlindungan asas.

Sebab itu AafiahCare kuat untuk bantu cashflow keluarga selepas diagnosis sakit kritikal.

Nak tahu bajet yang sesuai ikut umur dan keperluan anda?
DM Team Axenta.

Bila orang sibuk mencari kelemahan kita, jangan sampai kita p**a hilang fokus pada kehidupan sendiri.Kita tak perlu mena...
24/08/2026

Bila orang sibuk mencari kelemahan kita, jangan sampai kita p**a hilang fokus pada kehidupan sendiri.

Kita tak perlu menang setiap perbalahan. Tak perlu jawab setiap tuduhan. Tak perlu terangkan diri kepada semua orang.

Ada perkara lebih penting untuk dikejar, rezeki yang halal, keluarga yang perlu dijaga, impian yang mahu dicapai dan hidup yang mahu dibina.

Biarkan orang dengan cerita mereka.

Kita teruskan usaha, perbaiki diri dan jaga hati.

Sebab pada akhirnya, yang menentukan nilai kita bukan mulut manusia.

Allah tahu apa yang kita lalui, apa yang kita niatkan dan sejujur mana kita berusaha.

Terus berjalan. Jangan biarkan suara orang lain menghentikan langkah kita.

31/05/2026

Sebelum anda fikir nak berhenti sebagai ejen takaful…

Tanya diri dulu.

Saya betul-betul gagal, atau saya belum cukup lama bertahan dengan cara yang betul?

Industri ini boleh ubah hidup, tapi bukan untuk orang yang sekadar cuba-cuba.

Ia untuk orang yang sanggup belajar, ikut sistem, konsisten, dan terus buat kerja walaupun hasil belum nampak.

Struggle bukan tanda anda tak sesuai.

Kadang-kadang itu cuma fasa sebelum anda jadi lebih matang.

30/05/2026

Satu benda yang rasa cemburu akan ajar kita cepat-cepat… Tak semua orang yang senyum depan kita, betul-betul happy tengok kita berjaya.

Sebab orang yang cemburu ni biasanya tak datang terus menyerang kita.

Mula-mula, kita akan rasa vibes dia berubah. Dulu selalu ajak, sekarang dah kurang. Dulu sembang biasa-biasa, sekarang rasa macam pelik.

Kita boleh rasa ada jarak, walaupun kita belum tahu apa puncanya. Lepas tu, entah macam mana, mula keluar cerita pasal kita.

Ada andaian pelik-pelik. Ada komen kecil yang menyakitkan. Ada versi cerita tentang kita yang langsung tak sama dengan siapa diri kita sebenarnya.

Yang paling penat ialah…
Bila orang dah buat keputusan tentang siapa kita dalam kepala mereka, kebanyakan mereka bukan nak cari kebenaran pun.
Mereka cuma nak cari benda yang boleh menguatkan salah faham mereka.

Jadi, tak perlulah penat sangat nak explain hati kita kepada orang yang memang dah pilih untuk salah faham.

Jaga jarak. Jaga ketenangan.
Dan biarkan sikap serta karakter kita bercakap lebih kuat daripada cerita-cerita yang orang sebarkan.

Kadang-kadang, diam bukan sebab kita kalah.
Diam tu sebab kita dah cukup matang untuk tak melayan semua bunyi daripada hati yang tak tenang.

Ahmad Humaizi
Axenta Group

Saya tertarik dengan sharing Najib Asaddok, CEO Momentum Iyziq.Beliau mula serius masuk bisnes produk supplement pada ta...
30/05/2026

Saya tertarik dengan sharing Najib Asaddok, CEO Momentum Iyziq.

Beliau mula serius masuk bisnes produk supplement pada tahun 2025 selepas beralih daripada bisnes training dan coaching kepada bisnes produk.

Pada tahun pertama, beliau berjaya capai jualan RM7.98 juta.

Tapi yang menariknya, perjalanan itu bukan bermula dengan angka besar.

Beliau sendiri berkongsi, ketika mula-mula masuk proses mentorship, sales beliau sekitar RM80,000 sebulan. Bagi sesetengah orang, RM80,000 sebulan sudah besar.

Tapi dalam dunia bisnes, angka itu masih belum cukup untuk bawa syarikat pergi lebih jauh kalau sistem, mindset dan strategi belum betul-betul kukuh.

Antara pengajaran besar daripada sharing beliau ialah:

Dalam bisnes, kita perlukan bimbingan.

Beliau bagi satu analogi yang sangat mudah. Orang main badminton pun perlukan coach. Kalau main badminton tanpa coach, mungkin kita cuma rugi tenaga, penat, permainan kelaut dan prestasi lambat naik.

Tapi dalam bisnes, kalau kita bergerak tanpa ilmu dan bimbingan, risikonya jauh lebih besar.

Kita boleh rugi duit.
Habis modal.
Salah strategi.
Dan lebih menyakitkan, modal yang keluar belum tentu kembali.

Sebab itu dalam bisnes, semangat sahaja tidak cukup.

Kena ada ilmu.
Kena ada sistem.
Kena ada mentor.
Kena ada contoh yang jelas.
Kena betulkan cara berfikir.

Kadang-kadang masalah terbesar usahawan bukan produk tak bagus.

Tapi mindset belum cukup besar. Sistem belum tersusun. Habit belum konsisten. Dan kita belum nampak bukti bahawa bisnes kita sebenarnya boleh pergi lebih jauh.

Bila kita berada dalam circle yang betul, belajar daripada orang yang sudah melalui jalan itu, kita mula nampak kemungkinan baru.

Daripada “aku rasa tak mampu”
menjadi “kalau orang lain boleh, insyaAllah aku pun boleh.”

Itulah pentingnya bimbingan.

Hari ini, target beliau bukan lagi sekadar juta setahun. Tetapi RM10 juta sebulan.

Besar angkanya. Tapi besar juga pelajarannya.

Untuk sampai ke tahap itu, kuncinya bukan sekadar impian besar.

Kuncinya ialah konsisten.
Persistent.
Betulkan habit.
Dan paling penting, letakkan niat bisnes untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Saya percaya ini satu pengajaran penting untuk semua usahawan SME.

Setiap krisis pasti ada peluang.
Setiap kesusahan pasti ada jalan keluar.
Setiap fasa jatuh, sebenarnya sedang mengajar kita sesuatu.

Cuma persoalannya, adakah kita sanggup belajar?

Adakah kita sanggup dibimbing? Adakah kita sanggup ubah cara fikir, cara kerja dan cara buat keputusan?

Dalam bisnes, jangan hanya cari sales.

Cari ilmu.
Cari sistem.
Cari mentor.
Cari circle yang betul.

Sebab kadang-kadang, yang membezakan antara bisnes yang sekadar bertahan dengan bisnes yang benar-benar berkembang, bukan modal semata-mata.

Tetapi siapa yang membimbing kita, sistem apa yang kita ikut, dan sejauh mana kita konsisten buat perkara yang betul.

Semoga sharing ini menjadi peringatan untuk kita semua. Dalam bisnes, jangan jalan seorang diri terlalu lama. Kadang-kadang kita bukan tak mampu pergi jauh. Kita cuma belum jumpa orang yang boleh tunjuk jalan.

30/05/2026

Salah satu perkara paling penting yang kita boleh buat untuk diri sendiri ialah pilih circle yang baik untuk ketenangan mental kita.

Pilih orang yang membina kita, bukan yang menjatuhkan.

Orang yang buat kita rasa dihargai, bukan yang buat kita rasa kecil.

Orang yang hadir dengan energi yang baik, bukan yang sentiasa menguras emosi kita.

Sebab semakin hari, usia kita makin bertambah.

Masa kita makin bernilai.

Dan kita kena belajar bahawa bukan semua orang layak dapat akses kepada hidup kita.

Kelilingi diri dengan orang yang mengeluarkan sisi terbaik dalam diri kita.

Orang yang buat kita mahu jadi lebih baik.

Orang yang menenangkan, menyokong, dan mendoakan.

Kadang-kadang, menjaga kesihatan mental bukan bermula dengan ubat atau rehat semata-mata.

Ia bermula dengan memilih siapa yang kita benarkan berada dekat dengan hidup kita.

25/05/2026

Pernah perasan tak?

Kadang-kadang orang yang paling sibuk nak nampak kaya… sebenarnya belum tentu kaya.

Baju mesti ada logo besar.
Beg mesti orang nampak brand.
Kereta mesti nampak mahal.
Jam mesti orang tahu harga.

Sebab apa?

Sebab mereka bukan sedang beli barang.

Mereka sedang beli pengiktirafan.

Mereka mahu orang tengok dan kata,
“Wah, dia ni berjaya.”

Tapi orang yang benar-benar ada duit, biasanya lain.

Mereka lebih tenang.
Lebih simple.
Tak terlalu bising dengan gaya.
Tak perlu logo besar untuk rasa bernilai.

Sebab mereka dah faham satu benda.

Orang yang yakin dengan hidupnya,
tak perlu hidup untuk impress orang lain.

Kaya yang sebenar bukan bila orang nampak kita kaya.

Kaya yang sebenar adalah bila kita tak lagi rasa perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa.

Address

TTDI Grove
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Humaizi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share