Harta Muslim

Harta Muslim Perkhidmatan perancangan harta (Wasiat,Hibah,Harta Sepencarian,wakaf) & Menguruskan harta pusaka

*"Dia ingat semua tu milik dia… rupanya tidak.”*🥺Seorang isteri duduk termenung depan rumah…Rumah yang dia hias dari kos...
13/04/2026

*"Dia ingat semua tu milik dia… rupanya tidak.”*🥺

Seorang isteri duduk termenung depan rumah…

Rumah yang dia hias dari kosong…

Rumah yang dia sapu, dia jaga… dia sayang sepenuh jiwa.

Suami baru saja meninggal dunia.

Tiada anak.

Tiada waris kecil yang memeluk dia waktu sedih.

Dia fikir…

“Tak apa… rumah ni kan atas nama suami aku… mesti jadi milik aku…”

Tapi beberapa hari lepas tu…

Adik-beradik suami datang.

Bukan datang ziarah lama…
Tapi datang dengan satu ayat:

“Kita kena urus faraid…”

Waktu tu… baru dia tahu…
Rumah itu bukan milik dia sepenuhnya.

Simpanan suami… bukan semua untuk dia.

Walaupun dia isteri…
Dia hanya dapat sebahagian.

Yang lain?
Jatuh kepada waris lain.

Bayangkan…
Tempat dia berlindung selama ni…

Tiba-tiba jadi hak bersama.

Nak duduk pun kena bincang.

Nak jual… kena minta izin orang lain.

Hati mana tak hancur…
Ini bukan cerita rekaan. Ini realiti.

Ramai suami sayang isteri…

Tapi lupa satu benda penting:

*Sayang tanpa perancangan… boleh jadi luka.*

Kalau benar sayang isteri…

Jangan tunggu mati baru nak “harap semuanya okay”.

👉 Segerakan pengisytiharan HIBAH HARTA anda.

Supaya:
Rumah terus jadi milik isteri..
Harta tak dipertikaikan
Isteri tak perlu merayu pada sesiapa..

Cinta bukan sekadar waktu hidup.
Cinta adalah bila kita lindungi dia… walaupun kita dah tiada.

*HARTA MUSLIM*

20/02/2026

Perunding Harta Pusaka secara part time dibuka, yg berminat mencari side income sila pm

📜 Wasiat: Mengatur Amanah, Mengelak SengketaRasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seorang Muslim yang memiliki sesuatu yang ...
22/09/2025

📜 Wasiat: Mengatur Amanah, Mengelak Sengketa

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah seorang Muslim yang memiliki sesuatu yang hendak diwasiatkan, lalu dia bermalam dua malam tanpa menuliskan wasiatnya, melainkan dia dalam keadaan berdosa."
(HR al-Bukhari & Muslim)

📌 Wasiat adalah jalan untuk memastikan harta diagih mengikut syarak, amanah tertunai, dan hak waris tidak terabai.
Ia adalah tanda tanggungjawab seorang mukmin yang tidak mahu meninggalkan masalah buat keluarganya.

💝 Hibah: Kasih Sayang Yang Tertulis

Hibah bukan sekadar dokumen pindah harta.
Hibah adalah hadiah kasih sayang semasa hidup, agar waris menerima harta dengan tenang selepas kita tiada.

✔️ Hibah memastikan harta tidak beku.
✔️ Hibah mengelakkan waris daripada bersengketa.
✔️ Hibah menjadi bekal doa, kerana waris menghargai kasih yang ditinggalkan.

🌸 Hibah itu cinta, yang ditulis dengan amanah.

⚠️ Kenapa Perlu Urus Wasiat & Hibah Awal?

Ajal datang tanpa tanda.

Harta yang tidak diurus menjadi beban waris.

Pertikaian pusaka boleh memutuskan silaturrahim.

📌 Uruslah wasiat & hibah semasa hidup, kerana selepas mati, penyesalan sudah tiada ruang.

🌟Tinggalkan Doa, Bukan Air Mata

Jangan biarkan kasih sayang yang kita bina bertahun-tahun hancur kerana harta dunia.
Wasiat & hibah adalah langkah bijak, patuh syarak, dan penuh kasih – supaya waris kita mewarisi doa, bukan air mata.

🤲 “Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang soleh.” (HR Muslim)

Hibah Harta: Perancangan Bijak, Warisan TerurusDalam Islam, pembahagian harta pusaka melalui faraid adalah satu ketetapa...
30/06/2025

Hibah Harta: Perancangan Bijak, Warisan Terurus

Dalam Islam, pembahagian harta pusaka melalui faraid adalah satu ketetapan yang adil dan tidak boleh dipertikaikan. Ia adalah hak yang telah Allah tetapkan untuk setiap waris. Namun begitu, faraid bukanlah satu-satunya cara mengurus dan merancang harta semasa hidup.

Di sinilah pentingnya kita memahami peranan hibah sebagai pelengkap kepada perancangan harta Islam yang lebih menyeluruh.

Mengapa Hibah Masih Kurang Ditekankan?
Ramai masyarakat masih belum mengambil berat soal hibah kerana:

Kurang kesedaran tentang manfaat hibah

Anggapan bahawa faraid sudah memadai

Tiada dorongan untuk merancang harta semasa hidup

Namun, hakikatnya:

Faraid mengurus pembahagian selepas kematian, manakala

Hibah adalah pengagihan harta semasa hidup secara penuh keizinan dan kasih sayang.

Kedua-duanya berperanan penting, bergantung kepada situasi, niat dan matlamat pewaris.

Hibah: Menyampaikan Harta dengan Jelas dan Teratur
Hibah membolehkan seseorang memberikan hartanya kepada individu tertentu, seperti anak angkat, isteri, atau mana-mana ahli keluarga, secara sah dan teratur semasa hayatnya – tanpa menafikan hak waris yang lain.

Antara tujuan utama hibah:

Memberi harta kepada mereka yang tidak layak menerima secara faraid (contohnya anak angkat)

Melindungi harta seperti rumah kediaman agar tidak terjual selepas kematian

Menjaga kebajikan waris tertentu seperti isteri, ibu bapa, atau anak istimewa

Hibah Sebagai Tindakan Proaktif dan Bertanggungjawab
Merancang melalui hibah bukan kerana tidak percaya kepada faraid, tetapi kerana:
✔️ Mahu mengelakkan salah faham dan pertikaian
✔️ Mahu pastikan harta tertentu kekal kepada penerima yang dimaksudkan
✔️ Mahu ringankan urusan waris selepas pemergian

“Sebaik-baik harta adalah yang memberi manfaat – semasa hidup dan selepas mati.”

Bila Waktu Sesuai Untuk Hibah?
✔️ Semasa sihat dan berakal
✔️ Ketika tiada paksaan dan dalam keadaan tenang
✔️ Sebelum berlaku sebarang konflik atau kekeliruan dalam keluarga

Kami di HARTA MUSLIM menyediakan perkhidmatan penyediaan dokumen hibah yang sah, patuh syariah, dan teratur secara profesional.

📌 Konsultasi percuma
📌 Dokumen lengkap dan telus
📌 Panduan menyeluruh dari awal hingga selesai

Rancang hari ini, demi tenangnya esok.



05/06/2025

"Kau robek surat pusaka, kau gantikan dengan dusta. Tapi ingat, setiap helai tipu muslihatmu itu adalah helaian bukti yang akan menyala di neraka."

“Amanah Terakhir Seorang Ayah/Ibu”❤️Kita semua sedang menghitung hari...Bukan untuk tahu bila kita mati,Tapi untuk pasti...
29/04/2025

“Amanah Terakhir Seorang Ayah/Ibu”❤️

Kita semua sedang menghitung hari...

Bukan untuk tahu bila kita mati,
Tapi untuk pastikan bila masa itu tiba 👉

🥺Anak-anak tidak menangis kelaparan.

🥺Isteri tidak bersedih sambil dihimpit hutang.

🥺Adik-beradik tidak bertelingkah kerana harta.

📍Wasiat dan hibah bukan soal siapa kaya, siapa banyak harta.

📍Ia soal tanggungjawab, soal kasih sayang yang kita tinggalkan.

📍Wasiat adalah suara kita yang terakhir.

📍Suara yang akan bantu waris tahu apa yang kita inginkan,
Siapa yang akan urus, dan bagaimana kita mahu ia diselesaikan.

📌Hibah takaful p**a, adalah hadiah kita…

📌Hadiah yang tiba di tangan orang yang kita cintai,

📌Saat mereka paling perlukan kita.. tapi kita sudah tiada.

📌Ia bukan tentang kematian.

📌Ia tentang memastikan yang kita hidup dengan meninggalkan kebaikan.

📌Bila kita sudah tiada nanti, biarlah yang tinggal itu adalah:

🔸Kejelasan, bukan kekeliruan.

🔸Ketenangan, bukan pertikaian.

🔸Kebaikan yang mengalir, bukan beban yang diwariskan.

Dan semua itu… bermula dengan satu keputusan hari ini."


Hibah Harta untuk Pasangan – Bukti Kasih Sayang yang Berkekalan➡️Lindungi pasangan anda dengan perancangan harta yang je...
11/04/2025

Hibah Harta untuk Pasangan – Bukti Kasih Sayang yang Berkekalan

➡️Lindungi pasangan anda dengan perancangan harta yang jelas dan tersusun.

➡️Hibah membolehkan anda menyerahkan harta kepada pasangan dengan mudah, sah, dan patuh Syariah.

✔ Jaminan pemilikan harta yang jelas
✔ Elak komplikasi dalam pengurusan harta
✔ Menjamin kesejahteraan pasangan dalam jangka panjang

➡️Jadikan hibah sebagai tanda kasih sayang yang berkekalan.

Hubungi kami hari ini untuk konsultasi PERCUMA!

☎️0173313708 Wasap Only
☎️0173313708 Wasap Only
☎️0173313708 Wasap Only

HARTA MUSLIM

KELEBIHAN MEMBUAT WASIAT📌 Boleh Melantik Wasi (Pentadbir Pusaka)Wasi membantu mengurus dan mempercepatkan proses pembaha...
25/03/2025

KELEBIHAN MEMBUAT WASIAT

📌 Boleh Melantik Wasi (Pentadbir Pusaka)
Wasi membantu mengurus dan mempercepatkan proses pembahagian harta tanpa birokrasi yang rumit.

📌 Elak Pertikaian Waris
Dokumen wasiat yang jelas mengurangkan risiko perebutan harta dan memastikan waris menerima bahagian mereka dengan aman.

📌 Agihan Harta Mengikut Syariah
Pastikan harta diagihkan berdasarkan hukum faraid, dengan peluang menyalurkan sehingga 1/3 harta kepada bukan waris atau sedekah.

📌 Meringankan Beban Waris
Wasi akan menguruskan semua dokumentasi dan urusan perundangan, menjadikan proses lebih mudah dan lancar untuk waris.

📌 Elak Harta Beku & Proses Panjang
Tanpa wasiat, harta boleh terbiar bertahun-tahun kerana perlu melalui proses mahkamah yang kompleks.

🔹 Jangan Tunggu! Rancang wasiat hari ini untuk ketenangan fikiran dan masa depan waris anda. ✅

Hubungi kami hari ini untuk konsultasi!

☎️0173313708 Wasap Only
☎️0173313708 Wasap Only
☎️0173313708 Wasap Only

HARTA MUSLIM

Pusaka Terbeku, Waris Menderita – Jangan Biarkan Harta Anda Terbiar‼️..🌱Ramai yang tidak sedar, harta pusaka yang tidak ...
04/03/2025

Pusaka Terbeku, Waris Menderita – Jangan Biarkan Harta Anda Terbiar‼️..

🌱Ramai yang tidak sedar, harta pusaka yang tidak diurus akan terus terbeku, menyebabkan waris menghadapi kesulitan.

🌱Tanah terbiar, akaun bank tidak dituntut, malah rumah yang sepatutnya menjadi tempat berteduh akhirnya menjadi beban.

🌱Jangan biarkan pusaka terbiar tanpa manfaat! Ambil tindakan segera untuk menguruskan harta peninggalan agar dapat diwarisi dengan adil dan digunakan sebaiknya.

Legasi Anda Berharga...
Uruskan Sekarang‼️

📞 Hubungi kami untuk solusi mudah dan mampu milik!

☎️0173313708 Wasap Only
☎️0173313708 Wasap Only
☎️0173313708 Wasap Only

HARTA MUSLIM

"Pusaka Tak Selesai, Waris Bermasalah! 🏡⚖️Kami bantu anda urus Harta Pusaka untuk mereka yang telah MENINGGAL DUNIA...🔴J...
24/02/2025

"Pusaka Tak Selesai, Waris Bermasalah! 🏡⚖️

Kami bantu anda urus Harta Pusaka untuk mereka yang telah MENINGGAL DUNIA...

🔴Jangan biarkan harta peninggalan terbiar tanpa urusan.

🔴Kami bantu selesaikan pusaka dengan cepat, mudah & patuh syariah‼️

✅ Pengurusan profesional
✅ Elak perebutan harta
✅ Waris terima hak mereka dengan adil
✅Caj yang berpatutan

📞 Hubungi kami sekarang untuk tindakan segera!"

☎️0173313708 Wasap Only
☎️0173313708 Wasap Only
☎️0173313708 Wasap Only

HARTA MUSLIM

Kepentingan HIBAH HARTA untuk isteri yang tiada anak‼️✅Hibah dan faraid kedua-duanya adalah instrumen penting dalam peng...
21/02/2025

Kepentingan HIBAH HARTA untuk isteri yang tiada anak‼️

✅Hibah dan faraid kedua-duanya adalah instrumen penting dalam pengurusan harta dalam Islam.

✅Hibah bukan bertujuan untuk menggantikan faraid, tetapi sebagai pelengkap bagi memastikan keadilan dan kebajikan waris yang ditinggalkan, khususnya isteri yang tiada anak.

✅Berikut adalah beberapa kepentingan hibah dalam konteks ini:

1. Menjamin Kesejahteraan Isteri

🌷Isteri yang tiada anak mungkin tidak mempunyai waris yang rapat untuk bergantung selepas pemergian suami.
🌷Hibah membolehkan suami memberikan sebahagian harta untuk memastikan isteri mempunyai tempat tinggal dan sumber kewangan yang mencukupi.

2. Memudahkan Pengurusan Harta

🌷Pembahagian harta melalui faraid memerlukan proses dokumentasi dan perbincangan antara waris.
🌷Dengan hibah, isteri boleh terus memiliki dan menggunakan harta yang telah diberikan tanpa perlu melalui prosedur yang panjang.

3. Sebagai Tanda Kasih Sayang dan Tanggungjawab

🌷Hibah adalah salah satu cara suami menzahirkan kasih sayang dan tanggungjawab kepada isteri. 🌷Ia memastikan isteri mempunyai kestabilan kewangan tanpa bergantung kepada waris lain.

4. Menjaga Hubungan Kekeluargaan

🌷Kadangkala, perbincangan mengenai harta pusaka boleh menimbulkan ketegangan antara ahli keluarga.
🌷Hibah boleh membantu mengelakkan konflik kerana harta yang telah dihibahkan tidak lagi menjadi sebahagian daripada pusaka yang perlu dibahagikan mengikut faraid.

5. Mengurus Harta dengan Lebih Fleksibel

🌷Faraid mempunyai pembahagian yang tetap, tetapi hibah membolehkan suami merancang pembahagian hartanya dengan lebih fleksibel mengikut keperluan isteri. Contohnya, jika isteri bergantung sepenuhnya kepada suami, hibah boleh diberikan dalam bentuk rumah atau simpanan untuk kegunaan jangka panjang.

✅Hibah bukan untuk menafikan hak faraid, tetapi sebagai langkah bijak dalam perancangan kewangan dan kebajikan waris.

✅Ia adalah salah satu bentuk ihsan yang dibenarkan dalam Islam bagi memastikan kesejahteraan orang tersayang.

Hubungi utk info selanjutnya:

☎️ 0173313708 wasap only
☎️ 0174413708 wasap only

HARTA MUSLIM

Hibah Harta: Alternatif Perancangan Harta yang Fleksibel & Selamat🔑🔑🔖Hibah adalah pemberian harta secara sukarela daripa...
13/02/2025

Hibah Harta: Alternatif Perancangan Harta yang Fleksibel & Selamat🔑🔑

🔖Hibah adalah pemberian harta secara sukarela daripada seseorang kepada penerima (benefisiari) semasa hidupnya tanpa balasan.

🔖Ia merupakan alternatif kepada pembahagian harta melalui faraid dan boleh membantu mengelakkan pertikaian keluarga selepas pemilik harta meninggal dunia.

🔖Kelebihan Hibah :

✅ Mengelakkan perebutan harta – Harta yang dihibahkan tidak tertakluk kepada faraid.

✅ Jaminan untuk waris tertentu – Boleh memberi manfaat kepada waris seperti anak angkat, isteri, atau ibu bapa yang mungkin menerima bahagian kecil dalam faraid.

✅ Proses lebih cepat dan mudah – Tidak perlu melalui proses pembahagian pusaka yang kompleks selepas kematian.

🔖Jenis-Jenis Hibah

✅Hibah Mutlak – Pemindahan hak sepenuhnya kepada penerima tanpa syarat.

✅Hibah Bersyarat – Pemberi masih boleh menggunakan harta sehingga meninggal dunia.

✅Hibah Amanah – Harta dipegang oleh pemegang amanah dan diberikan kepada penerima mengikut perancangan yang ditetapkan.

Harta yang Boleh Dihibahkan
🏡 Hartanah
🚗 Kenderaan
💰 Wang tunai & simpanan
📈 Saham & pelaburan

Bagaimana untuk Melaksanakan Hibah❓

👉Pilih harta yang ingin dihibahkan
👉Kenal pasti penerima hibah
👉Dokumenkan hibah melalui perjanjian bertulis

🔖Hibah adalah kaedah perancangan harta yang fleksibel dan boleh membantu memastikan kebajikan waris serta mengelakkan konflik selepas kematian.

🔹 Berminat untuk merancang hibah harta anda? Hubungi kami untuk konsultasi percuma! 🔹

☎️ 0173313708 wasap only
☎️ 0173313708 wasap only
📞 0124576794

HARTA MUSLIM

Address

No 13, Tingkat 1, Jalan Usahawan 2, Pusat Perniagaan Kepala Batas, Pulau Pinang
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+6045753255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harta Muslim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Harta Muslim:

Share