Tadbir Harta Mu - Wasiat, Hibah, Faraid

Tadbir Harta Mu - Wasiat, Hibah, Faraid SEPENCARIAN -HIBAH

15/01/2022
17/11/2021

Ramai yang masih keliru?

Bila berlaku kematian, semua waris ni WAJIB terima pusaka. Mereka tak terhalang oleh mana-mana waris lain;
1. Suami/isteri
2. Ibu
3. Ayah
4. Anak Perempuan
5. Anak Lelaki.

Itu sahaja waris faraid, asalnya. Ini kita panggil waris utama.

Lepas tu kalau salah seorang yg kat atas tu dah tak ade, baru jatuh pd waris ganti masing-masing:
- kalau takde ibu, nenek sebelah ibu & nenek sebelah ayah ganti ibu
- kalau takde ayah, datuk sebelah ayah ganti ayah
- kalau takde ibu & ayah, nenek sebelah ayah ganti ibu & ayah
- kalau takde anak lelaki, cucu dari anak lelaki ganti anak lelaki

Kalau takde anak lelaki dan waris ganti anak lelaki, tapi masih ada ayah atau waris ganti ayah, harta pusaka masih tak jatuh kepada adik beradik si mati.

Kalau takde anak lelaki & takde ayah & takde waris ganti untuk mereka, barulah jatuh kpd adik beradik si mati.

Adik beradik ni p**a ada kategori dia:
Adik beradik seibu sebapa
Adik beradik seibu lain bapa
Adik beradik sebapa lain ibu

Kalau struktur faraid anda, sebab takde anak lelaki & ayah, termasuk takde waris ganti bagi mereka, then masa hidup ni lagi la kena bagi faham kat adik-beradik tu yang kalau anda mati nanti, mereka kena tanggung anak-anak anda yg perempuan ni.

Kalau kesedaran ni dah ada masa hidup sebelum mati, silaturrahim terjaga, sepatutnya tak timbul isu takut adik beradik rampas harta atau apa.

Harta adalah milik Allah. Bila kita mati, kita serah kembali kpd Allah. Allah bagi kpd waris kita mengikut undang2 Allah.

Kita jaga hubungan kekeluargaan, supaya pemahaman tentang tanggungjawab itu difahami & disedari wujudnya dari awal, bukannya mencari helah yang akhirnya waris sesama waris saling cabar mencabar tuntut hak. Tanggungjawab entah ke mana sebab kita masa hidup pun sibuk dengan cari helah supaya adik beradik tak dapat hak, bukan sibuk untuk jaga silaturrahim.

Berdasarkan pengalaman, bila ada hubungan silaturrahim yg baik, adik beradik ini akan tolak hak kepada waris-waris yang lain.

Yang nak sangat tuntut hak tu selalunya yang memang dah tak ngam masa hidup lagi. Atau org ketiga menyucuk.

WASIAT satu-satunya jurucakap yang menggantikan kita setelah kita tiada.

Call/whatsapp 0127379692 Norimah Othman
Property & Faraid Anda

Address

Kluang
86000

Telephone

+60127379692

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadbir Harta Mu - Wasiat, Hibah, Faraid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tadbir Harta Mu - Wasiat, Hibah, Faraid:

Share