11/02/2024
Dari 2020 hingga 2024 ketika harga barang naik mencanak akibat inflasi & lemahnya matawang kita, yang saya perasan hanya refill tong gas ni yang kekal harganya.
RM29 per refill (tapi selalu genapkan je RM30 sebagai upah delivery).
Cumanya, saya tak pastilah sama ada isipadu refill tu sama macam dahulu sebelum PKP atau dah berkurang bagi mengekalkan harga.
Tapi kos refill 2 bulan sekali RM60 bagi 2 tong gas adalah agak murah la (sebab termasuk jerang air suam pagi-pagi) jika nak bandingkan dengan bil elektrik dari water heater.
Cuma nak kata, harga refill tong gas je yang macam kekal kat area taman ni. Yang lain, still makin mahal.
Mahu tak mahu, cara nak kekang inflasi ni adalah melalui pelaburan.
Carilah pelaburan yang boleh melawan inflasi tahunan barangan around 4% (& jangan lupa juga cari medical card yang boleh lawan inflasi medikal around 10% per year juga serendah R. M.1.5.0 sebulan je). Eh?
Gambar di bawah ni adalah contoh prestasi dana Unit Trust (konon ada isu viral dulu pasal tak perform) milik klien dibawah seliaan saya.
Ada la beberapa kriteria & step yang kita perlu ambil kira jika nak pelaburan UT kita perform, bukan all-in semata. Kalau all-in semua, memang la ejen yang masyuk lebih-lebih lagi jika 'sales charge' yang dikenakan adalah maksimum.
Nak belajar dapat p**angan yang cantik dari Unit Trust (more than 7%) secara annualised return, jom PM saya. Boleh sembang-sembang je cuti sekolah ni.
Muhd Saufi