14/05/2022
Soalan:
Apa beza hibah harta dengan hibah takaful? Ke sama je?.
Jawapan:
Nampak sama tapi tak. Ye doh tapi buke boh.
Gini,
_*Hibah Takaful*_
Bila berlaku kematian atau pun hilang upaya kekal, duit hibah itu akan dapat kepada waris yang yang dinamakan.
Nak buat apa duit buatlah. Takda siapa nak marah.
Ya mungkin ada yang marah sebab duit itu tak dapat melalui proses faraid. Tapi harus di ingat, duit hibah ni, hak mutlak kepada waris yang dinamakan dan nak bawak gaduh pun tak guna.
Seeloknya, setelkan dulu hutang arwah, baru tenang bank tak kejar untuk menuntut.
_*Hibah Harta.*_
Hibah harta p**a, arwah ni masa hidup ada buat dokumentasi untuk menghibah rumah atau harta kepada waris yang telah dinamakan.
Hibah harta ni p**a, senang cerita lebih kuat dari wasiat. Wasiat nak bawak pergi mahkamah tiada masalah dan boleh dicabar untuk pembahagian harta tersebut.
Manakala, hibah harta, segala dokumentasi telah melalui lunas lunas undang undang yang telah ditetapkan dalam syariah dan sama juga, sukar dicabar dalam mahkamah kerana ia hak mutlak waris yang dinamakan.
Ada hibah takaful sangat bagus, pinjaman rumah boleh selesai seratus peratus. Tapi kena ingat, proses nak tukar nama rumah itu makan masa sangat lama dan melalui banyak proses sehingga selesai. Ia juga akan memakan banyak kos.
Ada hibah harta pun sangat bagus. Harta seperti rumah akan jadi hak milik mutlak kepada waris yang dinamakan tanpa dicabar oleh mana mana pihak yang menuntut harta itu. Kena ingat juga, harta jadi hak mutlak tetapi hutang pinjaman akan sentiasa mengejar waris tersebut.
Apa cara paling menjimatkan kos dan juga masa?
Buat hibah harta, buat sekali hibah takaful.
Duit untuk waris ada, tempat berteduh tak hilang dek bank dan juga waris waris buta perut.
Bukan apa, kejadian sebenar dah jadi kat depan mata.
Duit hibah dapat, rumah dan harta harta lain jadi rebutan.
Bukan takat drama, dah jadi filem berepisod. Sedih.