18/06/2025
Makan Harta Anak yatim | secara Zalim
Bila berlaku kematian ketua keluarga (ayah / Suami), dan meninggalkan anak 2 yang masih kecil yang belum baligh, maka anak2 itu termasuk dalam kategori anak yatim.
Islam memerintahkan agar kita berlaku ihsan kepada mereka dan membantu mereka.
bagi penjaga anak yatim p**a, mereka wajib menjaga kebajikan mereka dan perlu amanah dengan harta anak yatim yang di tinggalkan oleh arwah ayah nya.
Namun, antara isu besar yg berlaku dalam masyarakat kita, apabila anak masih kecil, maka waris2 yang dewasa menafikan hak mereka ataupun memakan hak mereka, mereka menyangka bahawa budak itu masih kecil, masih mentah dan tidak pandai menggunakan harta.
tindakan sedemikian merupakan dosa besar yang patut kita jauhkan. Harta mereka adalah milik mereka.
Kita sebagai penjaga mereka perlu bertanggungjawab kepada mereka dalam memastikan segala keperluanya mencukupi dan menggunakan harta mereka dengan cara yang betul, bergantung kepada maslahah dan kepentingan mereka.
Firman Allah:
{ إِنَّ ٱلَّذِینَ یَأۡكُلُونَ أَمۡوَ ٰلَ ٱلۡیَتَـٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا یَأۡكُلُونَ فِی بُطُونِهِمۡ نَارࣰاۖ وَسَیَصۡلَوۡنَ سَعِیرࣰا }
Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka p**a akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.[Surah An-Nisāʾ: 10]
Hadis Nabi:
عن أبي هريرة رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((اجْتَنِبُوا السبع المُوبِقات، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَمَا هُنَّ؟ قَالَ: الشِرْكُ بِاللهِ، وَالسِّحْرُ، وقتل النَّفْسَ الّتِي حرَّم اللهُ إِلَّا بِالْحَقِّ، وَأَكْلُ الرِّبَا، وَأَكْلُ مَالَ اليَتِيمِ، والتولي يوم الزحف، وَقَذَفَ المُحْصُنَاتِ المُؤْمِنٓاتِ الغَافِلات))
Rasulullah SAW bersabda:
“Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah itu? Baginda bersabda: “Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan haq, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan peperangan dan menuduh wanita mukminah yang suci berbuat zina”.(HR Bukhari).
jika ada kemusykilan berkaitan pengurusan Harta semasa hidup dan selepas meninggal dunia
boleh PM Ustaz Qutaibah
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
https://wa.me/message/Z3NJ2FDB6ASSP1
https://wa.me/message/Z3NJ2FDB6ASSP1
https://wa.me/message/Z3NJ2FDB6ASSP1