Syahmi Ghazali

Syahmi Ghazali Construct personalized financial plans that aim to achieve the financial goals of clients.

Ingatkan dah tahu, rupanya masih keliru pasal hibah==========================================Anda masih kabur tentang ha...
29/06/2022

Ingatkan dah tahu, rupanya masih keliru pasal hibah
==========================================
Anda masih kabur tentang halatuju urusan harta pusaka anda❓
Anda tahu tak ada perbezaan antara hibah, wasiat dan faraid❓
Ada beberapa kekeliruan berkaitan hibah yang perlu diperbetulkan. Tapi jika anda rasa saya yang tersalah faham sila betulkan saya.
1-" Saya tak nak hibah harta saya kepada anak saya semasa saya hidup. Nanti dah dapat harta saya bimbang anak saya akan lupakan saya dan halau saya. "
▪️KEKELIRUAN: ibu atau bapa keliru dgn hukum hibah kepada anak.
Mereka menyangkakan pemberian hibah kepada anak bersifat kekal dan tak boleh ditarik balik walaupun keadaan memerlukan.
Kebimbangan tersebut dapat dihilangkan dgn mengetahui beberapa prinsip dan kaedah pelaksanaan hibah yang betul.
2- "Saya dah buat hibah kepada anak saya, tapi penyerahan harta hibah hanya akan dilakukan selepas saya mati"
▪️KEKELIRUAN: Penghibah menyangkakan hibah tanpa menyerahkan harta ketika hidup akan sah dan terlaksana tanpa halangan dan menyangka ia dapat memudahkan pengurusan pindahmilik harta selepas kematiannya.
Bahkan sebenarnya hibah sedemikian belum tentu akan sah dan belum tentu mudah untuk dilaksanakan selepas kamatian anda.
Mulai hari ini anda perlu laksanakan hibah dengan cara betul supaya dapat memudahkan anda dan waris anda dikemudian hari.
Untuk pelaksanaan Hibah boleh hubungi saya 👇

Penasihat Syariah Syahmi Ghazali
+60 11-5742 2514

22/06/2022

FARAID TIDAK ADIL @ KITA YANG JAHIL ?!
Fahami hikmah penetapan bahagian Faraid
❗❗❗
Kenapa lelaki dapat lebih ?
- - - - -
📍Sebagai bapa, lelaki bertanggungjawab atas nafkah anak-anaknya.
📍Sebagai suami, lelaki bertanggungjawab atas nafkah isterinya.
📍Sebagai anak, lelaki bertanggungjawab atas nafkah ibu bapanya.
Tanggungjawab lelaki lebih besar sesuai dengan bahagian yang mereka perolehi !
❗❗❗
Adik beradik boleh mendapat bahagian sekiranya si mati tiada bapa, anak lelaki & cucu lelaki ?
- - - - -
📍Sesuai dengan penetapan bahagian Faraid, adik beradik bertanggungjawab menggalas tugas sebagai penjaga kepada ahli keluarga si mati !
JANGAN SALAH ANGGAP, FAHAMI TANGGUNGJAWAB MASING-MASING.

Penasihat Syariah Ahmad Syahmi
+60 11-5742 2514


Wang dalam simpanan KWSP bukan untuk dibolot atau dimakan oleh Penama (Nominee) seorang diri sahaja. Ia adalah Harta Pus...
20/06/2022

Wang dalam simpanan KWSP bukan untuk dibolot atau dimakan oleh Penama (Nominee) seorang diri sahaja. Ia adalah Harta Pusaka yang menjadi hak dan bahagian bagi ahli-ahli waris pemilik simpanan KWSP selepas berlakunya kematian.
Kedudukan Nominee dalam sistem KWSP hanyalah sebagai "Wasi" / "Pentadbir" wang simpanan sahaja. Pendek kata apabila nama anda tersenarai sebagai Nominee, anda adalah wakil untuk menguruskan harta tersebut. Tanggungjawab dan amanah bermula di sini.
SeWAJIBnya selepas berlaku kematian, pentadbir yang telah diletaknama tersebut hendaklah memainkan peranan untuk membahagikan wang simpanan KWSP secara kaedah Hukum Syarak iaitu dibelanjakan bagi:-
1. Kos pengurusan jenazah
2. Hutang arwah sama ada hutang dengan ALLAH atau sesama manusia.
3. Wasiat/Hibah jika ada
4.Faraidhkan
Jika Si Mati meninggalkan isteri, anak-anak dan orang tua, maka keseluruhan yang masih hidup ini adalah BERHAK untuk menuntut dan mendapat bahagian Faraidh mereka. Tiada yang boleh terkecuali.
Apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini,
Sama ada secara sedar mahupun tak sedar,
Tahu ataupun tidak tahu,
Apabila nama mereka termaktub sebagai Penama KWSP maka mereka terus mengeluarkan dan membelanjakan wang KWSP tersebut untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Mereka menyangka Penama adalah pemegang hak dan wang tersebut sebagai Hibah p**a untuk diri mereka seorang diri.
Salah tu.
Hukumnya berdosa lagi HARAM kerana anda memakan harta bahagian hak orang lain.
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوۤا۟ أَمۡوَ ٰ⁠لَكُم بَیۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ
Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan jalan yang salah._Surah An-Nisaa: ayat 29.
Apa yang perlu masyarakat lakukan?
Maklumkan awal-awal kepada Penama KWSP anda,
"Kalau saya mati, duit dalam KWSP ni adalah hak ahli waris, bukan untuk awak seorang sahaja. Jika awak keliru, bertanyalah kepada mereka yang tahu."

Penasihat Syariah Syahmi Ghazali
+60 11-5742 2514



Q: Sebelum pembahagian faraid, apa yg ditolak terlebih dahulu?A: Harta yg telah dihibahkan akan ditolak terlebih dahulu ...
14/06/2022

Q: Sebelum pembahagian faraid, apa yg ditolak terlebih dahulu?
A: Harta yg telah dihibahkan akan ditolak terlebih dahulu kerana Hibah adalah pemberian semasa hidup, bukan harta pusaka!
Perlukan info pelaksanaan hibah?

Penasihat Syariah Ahmad Syahmi
+60 11-5742 2514



KISAH BENAR"Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya.""Boleh tunjukkan surat ...
13/06/2022

KISAH BENAR
"Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya."
"Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?"
Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.
"Kenapa perlu surat kuasa p**ak tuan.Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?"
Soalan dibalas dengan soalan.
"Mengikut dalam sistem kami,arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau."
"Apa?Kenapa macamtu p**ak.Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?"
Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.
"Maaf puan.Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan.Jika berlaku kematian tanpa penama,kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA(letter of admin) jika tidak berwasiat.
Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan."
Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.
Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.
Tambahan p**a,jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.
Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?
Sila ingat ya.
Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak LAKU untuk membuat pentadbiran harta pusaka.
Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut,maka terbekulah segala harta dan aset si mati.
Jadi,semua institusi kewangan(harta alih) dan pejabat tanah(harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.
Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?
Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.
Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.
Tak nak turun?Boleh saja.Tunjukkan borang DDA(dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid.Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.
Harta simati melebihi 2 juta yang lagi haru.
Masalah tau!
Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau.
Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak.
Kos siapa nak tanggung?
Waris ler.
Payah jugak kan.
Nak senang cerita,semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys.
Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak,harta dapat ditadbir dengan cepat.
So guys,
Pesanan khidmat masyarakat ni.
Sila check semula penama EPF kalian.Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.
Kemaskini jika penama sudah meninggal.
BIG NO!Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.
Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.
Tapi,harus diingat.
Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja.
Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.
Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank,pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama.
Rumah,kereta,tanah dan lain-lain.
Jadi,masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.
Jadi,jom bertindak sekarang.
HIBAH sebelum REBAH !!!!
Sediakan Hadiah kepada keluarga tercinta anda sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Di sebalik kedukaan jangan biarkan mereka juga terbeban dengan komitment yang telah anda tinggalkan.
Credit : Asyraf Zakhi

Penasihat Syariah Ahmad Syahmi
+60 11-5742 2514



RAMAI ORANG TAK TAHU📝 Penama KWSP hanya lah pemegang amanah sahaja📝 Roadtax tidak boleh diperbaharui selepas 3 tahun kem...
12/06/2022

RAMAI ORANG TAK TAHU

📝 Penama KWSP hanya lah pemegang amanah sahaja
📝 Roadtax tidak boleh diperbaharui selepas 3 tahun kematian si pemilik
📝 Adik beradik tiri adalah waris utama jika seibu sebapa
📝 Pencairan aset simati perlu ada surat kuasa mahkamah (LA/Probet)
📝 Harta boleh diagihkan tanpa mengikut Faraid jika si pewasiat ada menyatakan pengagihan mengikut hasrat (waris perlu sepakat)
📝 Wang pencen bukan harta pusaka
📝 Medium HIBAH hanya terpakai di Malaysia sahaja
📝 Isteri kedua tidak dapat harta pusaka si suami, jika tiada surat pengesahan kahwin yang sah di Malaysia
📝 Rumah tidak jatuh automatik kepada si isteri bila si suami mati
📝 Jika tidak dilantik penjaga harta untuk anak bawah 18 tahun harta akan dipegang sementara oleh Amanah Raya
📝 Stamp duty perlu dibayar waris jika waris dapat harta pusaka didalam bentuk rumah
📝 Bon Pentadbiran akan dikenakan oleh pihak Mahkamah jika tiada Wasiat
📝 HIBAH tidak boleh di buat 100% keseluruhan harta
📝 Baitumal adalah golongan waris utama

Penasihat Syariah Ahmad Syahmi
+60 11-5742 2514



PUSAKA ITU PUAKAApabila ada orang meninggal dunia, benda yang sering kali direbutkan antara waris-waris adalah harta pus...
23/05/2022

PUSAKA ITU PUAKA

Apabila ada orang meninggal dunia, benda yang sering kali direbutkan antara waris-waris adalah harta pusaka. Benar, pusaka itu dalam kebanyakkan kes berpuaka bila ia menyebabkan keluarga berpecah- belah.

Ramai antara kita tidak tahu tanggungjawab yang sepatutnya dipikul dalam menguruskan waris-waris lebih-lebih apabila melibatkan waris yang tua, dalam tanggungan dan anak-anak kecil.

Kita selalu dengar kes-kes yang mana adik-beradik si mati p**a berebut harta dengan isteri dan anak-anak si mati.

Mungkin juga ramai yang tidak tahu di mana kita sebenarnya boleh melepaskan hak sungguhpun ada hak kita di situ.

Contohnya: Si mati tinggalkan balu berserta 3 anak perempuan, jadi di sini atas ehsan adik beradik atau mertua sendiri boleh melepaskan hak demi cucu.

Apalah sangat mengejar harta di dunia ini sedangkan di akhirat esok akan disoal siasat berkenaan perbuatan kita.

Ramai juga pentadbir yang gagal uruskan pusaka seperti:-

1) memanip**asikan harta;

2) termakan harta anak yatim;

3) Hutang si mati yang tidak selesai;

4) Waris yang tak terbela; dan

5) Siraturrahim terjejas.

Rancanglah harta pusaka, buat hibah atau apa-apa perancangan lain supaya kita masih boleh membela nasib waris kita walaupun selepas kematian kita.

Hubungi saya untuk uruskan harta pusaka, hibah atau wasiat.





Penasihat Syariah Syahmi Ghazali
+601157422514

MAKAN HARTA PUSAKASaya pernah diceritakan oleh seorang wanita.Beliau dan adik beradiknya adalah waris kepada harta penin...
11/05/2022

MAKAN HARTA PUSAKA

Saya pernah diceritakan oleh seorang wanita.
Beliau dan adik beradiknya adalah waris kepada harta peninggalan ayahnya iaitu sebidang tanah.
Selepas ayah meninggal, abangnya telah membuat kolam ikan di atas tanah tersebut.
Sehingga ke hari ini tanah pusaka tersebut tidak dibahagikan kepada waris-waris.
Inilah dinamakan makan harta FARAID tanpa sedar dan mengambil hak orang lain.
HARAM makan hak pusaka orang lain walaupun adik beradik anda sendiri.
Selagi harta pusaka tidak dibahagikan atau diselesaikan dengan waris, selagi waris lain tidak meredhoinya, maka apa yang diambil manfaat atas tanah pusaka itu menjadi haram.
Moga Allah jauhkan kita semua dari hasil makan yang haram.
Moga ada manfaat.

Penasihat Syariah Syahmi Ghazali
+601157422514



Ada beberapa isu yang TIDAK tepat kat sini :❌ Emas tak tertakluk kepada hukum faraid bila berlaku kematian.❌ Beli barang...
10/05/2022

Ada beberapa isu yang TIDAK tepat kat sini :
❌ Emas tak tertakluk kepada hukum faraid bila berlaku kematian.
❌ Beli barang dengan duit nafkah suami bagi masa dia hidup menjadikan barang itu milik arwah suami dan kena faraid.
❌ Orang lelaki tak boleh simpan emas.
❌ Macam nak cakap faraid ni menganiaya si isteri bila kematian suami.

Adoiyai.. poning kepalo den
Jadi saya remind lagi sekali benda ni biar jelas.
1.Duit suami, duit suami.
2.Duit isteri, duit isteri.
3. Kalau suami bagi duit kat isteri, maka duit tu jadi duit isteri. Isteri boleh buat apa saja dengan duit tu.
4.Begitu jugak kalau isteri bagi duit kat suami, maka duit tu jadi duit suami. Suami boleh buat apa saja dengan duit tu,
5. Faraid ni ialah pembahagian harta si mati kepada yang hidup. Kena tengok siapa yang mati. Harta dia la yang kena faraid pada waris yang berhak.
6. Bukannya apa jenis harta yang menentukan kena faraid ke tak. Tapi tengok siapa yang mati. Harta dia la yang kena faraid.
7. Sekarang ni kes dia ialah SUAMI MATI. Maka segala harta suami tertakluk kepada faraid setelah ditolak apa yang sepatutnya.
8. Masa hidup, suami bagi duit nafkah pada isteri. Maka duit nafkah itu hak mutlak si isteri. Apa saja yang isteri beli, maka itu hak isteri. Bukan hak suami.
9. Termasuklah emas yang dibeli guna duit suami bagi masa dia hidup. Maka emas ini jadi hak milik isteri.
10. Dah kalau emas tu hak milik si isteri, maka emas tu tak perlu la bahagi ikut faraid lepas suami mati.
11. Kecuali si isteri yang mati. Maka emas tu kena nilaikan dan bahagi ikut hukum faraid kepada waris yang berhak.
12. Habis tu, bukan ke si isteri beli emas tadi guna duit nafkah suami bagi ke?
13. Sekarang ni soalan ni terjawab dengan sendiri bila kita tahu duit nafkah tu jadi duit siapa lepas dibagi. Jadi duit isteri la kan?
14.Sama macam kalau saya tanya begini. Saya bagi duit kat awak, awak pergi kedai beli nasi. Awak makan nasi tu. Sekarang, nasi dalam perut awak tu hak siapa? Awak ke saya? Awak la kan!
15. So, apa-apa yang dibeli oleh isteri, walaupun guna duit suami bagi, maka ia jadi hak milik mutlak si isteri.
17. Kalau sebab beli emas guna duit nafkah suami bagi, emas tu kena faraid, maka segala benda yang isteri beli guna duit nafkah suami bagi kena faraid la. Termasuk la bra, spender dan lain-lain. Tak ke haru tu.
So, jangan pening-pening lagi. Jangan konfius-konfius lagi.
Sifir dia mudah saja. Bukan pasal emas, bukan pasal apa. Tapi tengok harta tu siapa punya.

✅ Harta suami – suami mati, maka faraid la semua harta yang berkenaan.
✅ Harta isteri – isteri mati, maka faraid la semua harta yang berkenaan.
Yang kau nak pergi faraid harta kawan tu duk hidup lagi tu apa ke halnya?

Penasihat Syariah Syahmi Ghazali
+601157422514

KETAHUI BAGAIMANA ANDA DAPAT MENJAGA KEBAJIKAN KELUARGA SETELAH KETIADAAN ANDA.Harta pusaka perlu diuruskan mengikut per...
09/05/2022

KETAHUI BAGAIMANA ANDA DAPAT MENJAGA KEBAJIKAN KELUARGA SETELAH KETIADAAN ANDA.

Harta pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan Syariah. Tahukah anda bahawa :

HARTA PUSAKA TERBEKU.
Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku.

AMBIL MASA LAMA.
Proses untuk mencairkan, mentadbir serta mengagihkan harta pusaka akan memakan masa.

HARTA PERLU DIAGIHKAN.
Harta pusaka akan diagihkan mengikut undang-undang Syariah
Jom buat pengurusan harta ketika kita masih hidup, kerana ia akan memudahkan isteri dan anak-anak kita serta keluarga kita untuk menguruskannya selepas kita tiada.






Penasihat syariah Syahmi Ghazali
+601157422514

Kalau buat joint loan rumah, cepat-cepat buat Hibah sebab nanti kemungkinan besar masalah di bawah ini akan berlaku 👇Ing...
28/04/2022

Kalau buat joint loan rumah, cepat-cepat buat Hibah sebab nanti kemungkinan besar masalah di bawah ini akan berlaku 👇
Ingat! sediakan payung sebelum hujan..






Penasihat Syariah Syahmi Ghazali
+601157422514

Wasiat adalah pemberian yang dibuat selepas berlakunya kematian. Mengapa Anda Perlukan Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid...
27/04/2022

Wasiat adalah pemberian yang dibuat selepas berlakunya kematian. Mengapa Anda Perlukan Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid?
Kepentingan utama penulisan Wasiat, adalah untuk melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan aset dapat dicairkan dan diuruskan serta diagihkan kepada waris.

Di samping itu, di dalam wasiat boleh melantik Penjaga harta anak di bawah umur/OKU selepas meninggal dunia. Melalui penulisan Wasiat juga anda boleh membuat pemberian kepada mereka yang bukan waris Faraid termasuk pemberian infaq selepas meninggal dunia.

Penasihat Syariah Syahmi Ghazali
+601157422514

Address

Ginen Bersatu Sdn. Bhd. Aras 2, PT 2512, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, Cherang
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syahmi Ghazali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syahmi Ghazali:

Share