03/08/2023
APA YANG PERLU ISTERI TAHU BERKAITAN HIBAH?โฃ
โฃ
1. Jika suami tidak menghibahkan hartanya atau tidak mewasiatkan hartanya, semua hartanya akan menjadi harta pusaka dan akan dibahagikan secara faraid kepada waris-waris yang berhak;โฃ
โฃ
2. Jika suami telah menghibahkan harta tak alih secara lisan seperti rumah atau tanah kepada isteri dan bila suami meninggal dunia, harta tak alih tersebut masih nama suami dalam geran, isteri hendaklah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memohon perintah pengesahan hibah; โฃ
โฃ
3. Jika suami telah menghibahkan harta alih secara lisan atau melalui dokumen perisytiharan hibah seperti wang dalam akaun bank, tetapi selepas meninggal dunia wang tersebut masih lagi dalam akaun bank arwah suami dan tiada penguasaan dari isteri, hibah itu berkemungkinan menjadi tidak sah. Namun isteri boleh memohon ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memohon perintah pengesahan hibah; โฃ
โฃ
4. Jika suami telah menghibahkan harta tak alih kepada isteri dengan membuat dokumen perisytiharan hibah dan telah sempurna rukun-rukunnya, hibah tersebut dianggap telah menjadi sah. Namun, isteri tetap perlu membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi Syariah bagi mendapatkan perintah pengesahan hibah jika harta tersebut masih mempunyai nama suami yang telah meninggal dunia dalam geran; โฃ
โฃ
5. Jika suami telah menghibahkan harta tak alih kepada isteri dengan membuat dokumen perisytiharan hibah, sempurna rukun-rukunnya dan telah melakukan pindah milik melalui borang 14A KTN 1965, maka harta itu tidak menjadi harta pusaka jika sekiranya suami meninggal dunia kemudiannya.
6. Jika suami telah menghibahkan harta alih kepada isteri seperti sebuah kereta sama ada dengan membuat dokumen perisytiharan hibah atau tidak, tetapi telah sempurna rukun-rukunnya, maka harta itu tidak menjadi harta pusaka jika sekiranya suami meninggal dunia kemudiannya. Namun isteri perlu memohon ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk memohon perintah pengesahan hibah jika kereta tersebut masih nama arwah suami; โฃ
7. Jika suami telah menghibahkan harta-hartanya kepada isteri, menyempurnakan rukun-rukunnya dan mendapatkan perintah pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah semasa hidup, harta yang telah dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka jika sekiranya suami meninggal dunia kemudiannya;
8. Jika suami telah menghibahkan harta-hartanya kepada anak-anak dan tidak menamakan isteri sebagai penerima hibah. Hibah tersebut tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah Tinggi Syariah kecuali jika tidak sempurna rukun-rukunnya.
โฃ
9. Jika suami memiliki takaful, simpanan ASB dan simpanan Tabung Haji, ia boleh dihibahkan kepada isteri secara hibah bersyarat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi berkenaan;
10. Harta-harta yang telah dihibahkan oleh suami dan telah sempurna qabd (diterima) oleh isteri tidak boleh ditarik balik, diruju' atau dibatalkan walaupun berlaku perceraian atau kematian isteri. โฃ
Rasulullah SAW mengumpamakan orang yang menarik semula hibahnya melalui hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a.: "Orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya." (Riwayat al-Bukhari)
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan dengan hibah, boleh tekan link di bawah๐๐ป๐๐ป๐๐ป
wasap.my/60167936831/SIMPANANHIBAH
wasap.my/60167936831/SIMPANANHIBAH
wasap.my/60167936831/SIMPANANHIBAH
โฃ
Info lanjut layari laman web Majlis Agama Islam Selangor: www.mais.gov.my