26/01/2022
BEZA WASIAT, HIBAH & FARAID
Wasiat, Hibah dan Faraid merupakan satu bentuk pembahagian harta seseorang muslim. Masih ramai lagi masyarakat dalam kalangan kita tidak memahami dan selalu tertukar dengan maksud Wasiat, Hibah dan Faraid ini.
Wasiat merupakan pemberian sesuatu harta hanya kepada bukan waris. Kadarnya tidak boleh melebihi 1/3 dari jumlah keseluruhan harta si pemberi. Kadar ini boleh melebihi 1/3 tetapi dengan syarat ianya mendapat persetujuan waris.
Hibah p**a ialah pemberian sesuatu harta atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan. Ianya boleh diberikan kepada sesiapa sahaja sama ada waris ataupun bukan. Tiada kadar maksimum yang dihadkan daripada jumlah keseluruhan harta si pemberi.
Manakala, Faraid p**a ialah pembahagian harta pusaka peninggalan si mati kepada waris-waris yang layak seperti Isteri dan anak. Pembahagian ini adalah berdasarkan nisbah yang telah ditetapkan dalam hukum syarak bergantung kepada situasi yang dihadapi. Harta yang difaraidkan p**a adalah baki yang ditinggalkan setelah ditolak kos pengurusan jenazah serta hutang-hutang si mati.
Kesimp**annya, jika seseorang itu mahu mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari diantara warisnya, ia dinasihatkan merancang hartanya seperti dengan membuat hibah. Akan tetapi, jika sudah terlambat, khidmat pengurusan harta pusaka si mati boleh didapati daripada ahli yang mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut.