22/05/2020
Apa itu Takaful?
==============
Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling derma-menderma dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat Salah seorang daripada kumpulan ditimpa malapetaka atau musibah.
Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal.
* Tetapi ramai yang berpendapat rugi apabila ambil Polisi Takaful kerana mereka berangapan jika tidak sakit, sia-sia sahaja simpanan yang di carum tiap-tiap Tahun. NAMUN
- Jika di lihat dari sudut Konsep Takaful, kita tidak akan merasa rugi kerana walaupun kita tidak pernah Claim @ Sakit, secara tidak langsung kita sedang menderma dari segi wang ringgit kepada orang yang memerlukan Rawatan & membantu dari segi bayaran pampasan Kematian @ Cacat kekal kepada pencarum lain.
{Kenapa Kita Perlukan Takaful..?}
1. Setiap manusia tidak boleh menjangka bila akan tiba Musibah(Kemalangan,Penyakit, Kematian). Memberi keselesaan juga kepada kepada Keluarga untuk menjaga anda ketika di Wad dan tidak perlu menunggu waktu Melawat
2. Sebagai persiapan Sekiranya Sebarang musibah Berlaku, Kita tidak perlu Meminta @ Berhutang dengan sesiapa untuk Melangsaikan kos rawatan di hospital. Anda juga tidak perlu mengeluarkan simpanan Tabung Haji, Asb, Public Mutual, malahan CWA semata-mata untuk membayar kos rawatan hospital.
3. Sebagai Alternatif @ Backup Plan Sekiranya Tidak mampu bekerja disebabkan kemalangan @ penyakit, Kita masih lagi Mempunyai Income untuk menyara Keluarga Tercinta.
4. Takaful Merupakan salah satu daripada (4 Color Of Money) yang mana Setiap Orang perlu ada dalam Menguruskan Kewangan Masing-masing.
#0145112969
#0145112969
#0145112969