KHR KB

KHR KB We Assist Your Business To Achieve Its Mission & Vision. We Are A Licensed Auditor. KHR Tax Consultancy is our strategic partner.

Sesi perbincangan bersama pihak pengurusan Jita Group berkaitan akaun deraf, audit dan cukai bagi tahun kewangan 2025 di...
08/05/2026

Sesi perbincangan bersama pihak pengurusan Jita Group berkaitan akaun deraf, audit dan cukai bagi tahun kewangan 2025 di Brown Bag Coffee & Cucur.

Diskusi mencangkupi perancangan cukai, analisa kedudukan dan keputusan kewangan semasa serta penyediaan dokumen berkaitan audit.

Ianya bagi memastikan pengurusan kewangan syarikat lebih teratur dan mematuhi piawaian. 📊✨

Terima kasih kepada pihak syarikat atas kepercayaan diberikan kepada kami.

Semoga hasil perbincangan dapat memberi manfaat dan membantu perkembangan perniagaan syarikat pada masa akan hadapan🤝

19/04/2026

Official Opening Ceremony of the New Khairuddin Hasyudeen & Razi Kota Bharu Office Building at Jalan Bayam
& Hari Raya Aidilfitri 2026 Open House

We are honoured to welcome esteemed guests, valued clients, strategic partners, and the wider business community to commemorate this significant milestone. This occasion marks not just the expansion of our physical footprint, but a continued commitment to delivering excellence in audit, taxation, and advisory services.

The Hari Raya open house further reflects our appreciation and gratitude—strengthening relationships, fostering collaboration, and reinforcing the spirit of community within our professional ecosystem.

Together, we move forward—building trust, creating value, and empowering businesses for sustainable growth.

k o p e r a s i  k e s e d a r Alhamdulillah, pengauditan penyata kewangan Koperasi Pegawai-Pegawai Kesedar Berhad bagi ...
09/04/2026

k o p e r a s i k e s e d a r

Alhamdulillah, pengauditan penyata kewangan Koperasi Pegawai-Pegawai Kesedar Berhad bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 telah berjaya diselesaikan dengan lancar dan mengikut piawaian profesional yang ditetapkan.

Skop pengauditan merangkumi semakan menyeluruh terhadap rekod perakaunan, pengesahan baki akaun, penilaian pematuhan kepada piawaian pelaporan kewangan yang berkuat kuasa, serta penilaian keberkesanan sistem kawalan dalaman yang diamalkan oleh koperasi.

Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, tahap kerjasama yang tinggi daripada pihak pengurusan dan kakitangan koperasi amat dihargai, sekaligus memastikan proses pengauditan dapat dilaksanakan secara efisien, sistematik dan berintegriti.

Maklumat serta dokumentasi yang disediakan telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan proses verifikasi dan meningkatkan ketepatan dapatan audit.

Adalah diharapkan hasil pengauditan ini dapat menjadi asas kepada penambahbaikan berterusan, seterusnya memperkukuhkan tadbir urus dan pengurusan kewangan koperasi pada masa hadapan.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan.

Beberapa staf mewakili KHR KB dan KHR Tax Consultancy ke majlis rumah terbuka Pn Juita Ismail syarikat pengurusan harta ...
08/04/2026

Beberapa staf mewakili KHR KB dan KHR Tax Consultancy ke majlis rumah terbuka Pn Juita Ismail syarikat pengurusan harta A Elevation Sdn Bhd.

Duduk semeja menikmati juadah hariraya bersama dengan pasukan CMA Group yang turut hadir.

Terimakasih tuan rumah atas undangan😇.

PPK Sri GunongAlhamdulillah, sesi fieldwork audit bagi Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong telah berjaya dilaksanakan...
02/04/2026

PPK Sri Gunong

Alhamdulillah, sesi fieldwork audit bagi Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong telah berjaya dilaksanakan dengan lancar diketuai En Afif Muqri.

Sepanjang tempoh audit, komitmen dan kerjasama padu daripada pihak pengurusan serta kakitangan amat dihargai. Ia telah memudahkan proses semakan dilaksanakan secara teratur, telus dan efisien.

Audit ini bukan sekadar memastikan pematuhan kepada piawaian kewangan, malah berperanan sebagai platform continuous improvement ke arah tadbir urus yang lebih cekap, berintegriti dan berakauntabiliti tinggi.

Dalam masa yang sama, pasukan audit turut melaksanakan asset sighting bagi mengesahkan kewujudan aset yang direkodkan bagi memastikan ia bukan sekadar angka di dalam laporan, tetapi benar-benar wujud secara fizikal.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama dan profesionalisme yang ditunjukkan 🤝

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan operasi dan kemajuan organisasi secara berterusan pada masa hadapan.

Kerja2 pengauditan pasukan KHR KB diketuai oleh pengurus audit En Muhammad Adib Azman di Kesedar Holdings Sdn Bhd, Gua M...
17/03/2026

Kerja2 pengauditan pasukan KHR KB diketuai oleh pengurus audit En Muhammad Adib Azman di Kesedar Holdings Sdn Bhd, Gua Musang telah berjaya diselesaikan dalam tempoh tiga hari dengan lancar.

Sepanjang audit ini, pelbagai semakan, penelitian dokumen serta sesi perbincangan telah dijalankan dengan baik hasil kerjasama dan komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat.

Pihak kami merakamkan penghargaan kepada Kesedar Holdings Sdn Bhd atas layanan yang sangat baik, kerjasama yang padu serta kepercayaan yang diberikan sepanjang tugasan ini.

Sebagai tanda penghargaan, sesi penyerahan cenderahati turut diadakan di akhir tugasan sebagai kenang-kenangan atas hubungan baik yang terjalin.

Diharapkan hasil audit ini dapat membantu organisasi menambah baik aspek pengurusan, pematuhan dan tadbir urus secara berterusan.

Terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama baik yang diberikan. Kami berharap hubungan ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Congratulations on your grand opening..!! 👏👏💫⭐️🌟✨⚡️🔥
17/02/2026

Congratulations on your grand opening..!! 👏👏💫⭐️🌟✨⚡️🔥

Wajah terkini bangunan ofis KHR - Chartered Accountants cawangan Kota Bharu diambil sebelum asar tadi.Mengikut kontrakto...
08/02/2026

Wajah terkini bangunan ofis KHR - Chartered Accountants cawangan Kota Bharu diambil sebelum asar tadi.

Mengikut kontraktor bangunan ofis ini dijangka siap sepenuhnya menjelang hariraya puasa.

Bangunan 2 lot 2 tingkat tersebut akan menempatkan Khairuddin Hasyudeen Razi (servis audit) dan KHR Tax Consultancy Sdn Bhd (servis cukai).

InsyaAllah ianya akan memberikan keselesaan kepada kakitangan kami dalam memberikan servis perakaunan, pengauditan dan percukaian terbaik kepada klien.

SHEEPY FARM & FROZEN DISTRIBUTION Pada 06 Januari 2026, aktiviti tahunan Closing Stock Count telah berjaya dilaksanakan ...
07/01/2026

SHEEPY FARM & FROZEN DISTRIBUTION

Pada 06 Januari 2026, aktiviti tahunan Closing Stock Count telah berjaya dilaksanakan di Sheepy Farm Setiu, diketuai oleh Encik Zubaidi bersama Cik Ain, Cik Farah dan Encik Bazli.

Skop pengiraan merangkumi stok makanan sejuk beku yang disimpan di bilik freezer dan kontena freezer, serta stok runcit di premis jualan.

Semua baki stok dalam sistem telah disemak dan dikira semula bagi memastikan ketepatan rekod, ketelusan pelaporan serta kawalan inventori yang berkesan.

Di samping itu, pengiraan wang tunai runcit turut dijalankan bagi mengesahkan keselarasan antara baki fizikal dan rekod perakaunan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga kerja Sheepy Farm atas kerjasama yang profesional sepanjang pelaksanaan proses ini.

Bagi operasi melibatkan frozen inventory, ketepatan stock count adalah elemen kritikal dalam pengurusan margin, kawalan shrinkage dan ketahanan rantaian sejuk (cold chain integrity).

Klinik Pergigian Dentsmile BesutPada 06 Januari 2026, proses closing stock count telah berjaya dilaksanakan di Klinik Pe...
07/01/2026

Klinik Pergigian Dentsmile Besut

Pada 06 Januari 2026, proses closing stock count telah berjaya dilaksanakan di Klinik Pergigian Dentsmile Besut dengan penglibatan team KHR KB melibatkan Encik Zubaidi, Cik Ain, Cik Farah dan Encik Bazli.

Skop pengiraan merangkumi stok bahan serta peralatan pergigian yang disimpan di stor dan bilik rawatan.

Semakan fizikal dan pengiraan semula telah dibuat ke atas baki stok bagi memastikan ketepatan rekod serta keselarasan dengan data dalam sistem.

Selain itu, semakan wang tunai runcit turut dijalankan bagi mengesahkan kesepadanan antara baki fizikal dan rekod perakaunan.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan dan kakitangan klinik atas kerjasama yang profesional sepanjang pelaksanaan proses ini.

Disiplin closing stock yang konsisten bukan sekadar keperluan pematuhan, tetapi merupakan early warning system untuk kawalan kos, pengurusan inventori klinikal dan integriti laporan kewangan.

Nuryx Medical Sdn. Bhd.Pengesahan stok ubat-ubatan dan peralatan perubatan telah berjaya dijalankan di Klinik Wildan, Ca...
05/01/2026

Nuryx Medical Sdn. Bhd.

Pengesahan stok ubat-ubatan dan peralatan perubatan telah berjaya dijalankan di Klinik Wildan, Cawangan Kuala Berang.

Semakan stok dilaksanakan dengan teratur dan lancar, diketuai oleh Cik Anis Nadhirah, dengan sokongan pasukan KHR Tax Consultancy, Cawangan Kuala Terengganu.

Skop semakan meliputi kiraan stok fizikal serta pemeriksaan keadaan ubat-ubatan bagi memastikan inventori adalah tepat, mencukupi dan selamat untuk kegunaan harian klinik.

Sebagai tanda penghargaan, pihak KHR telah menyerahkan Kalendar 2026 kepada pihak pengurusan Klinik Wildan.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan serta seluruh kakitangan Klinik Wildan atas kerjasama yang baik sepanjang proses ini dijalankan.

Address

PT 65H-3, Tingkat Atas Seksyen 14, Jalan Bayam
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Sunday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KHR KB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KHR KB:

Share