20/10/2020
BOOKKEEPING VS ACCOUNTING: MANA NAK BUAT DULU?
Hai semua! Anda apa khabar hari ni? Kami doakan semuanya sihat termasuklah kewangan bisnes anda.
Haritu ada orang tanya kami, untuk bisnes yang kecil-kecilan macam saya, mana yang nak kena buat dulu, bookkeeping ke accounting?
Ok, sebelum kami jawab soalan tu, kami nak tanya sikit. Anda tahu tak apa tu bookkeeping dan apa tu accounting? Kalau taktahu, jom kami explain sikit.
Bookkeeping ni ialah sistem merekod dan mengatur semua transaksi kewangan bisnes kita. Basically, bookkeeper ni kerja dia deal dengan dokumen kewangan bisnes macam invois, resit, penyata bank, dan lain-lain. Kerja dia rekod semua dokumen ni tadi dalam excel atau sistem perakaunan yang ada kat luar sana.
On the other hand, accounting ni pulak ialah sistem mengumpul dan menganalisa maklumat dan data yang disediakan oleh bookkeeper tadi. Lepas akauntan dah buat analysis bekenaan kewangan bisnes anda, barulah akauntan anda boleh ceritakan keadaan kewangan bisnes anda yang sebenar. Untung ke rugi ke, berapa harta bisnes yang ada, berapa hutang bisnes yang ada, kat mana yang boleh tambah, kat mana nak kena kurang. Semua tulah! Haaa, bila anda dah tahu keadaan kewangan bisnes anda, barulah senang anda nak buat keputusan yang terbaik untuk bisnes.
Dapat sesuatu tak ni?
Oh ye, untuk menjawab soalan tadi, mana yang nak kena buat dulu? Jawapan kami ialah buat bookkeeping dulu sebab kalau kita takde maklumat dan data yang lengkap, macam mana akauntan nak buat analysis untuk bisnes! Betul ke betul sangat? 😉
Taktahu macam mana nak buat bookkeeping?
Klik link untuk team kami bantu.
http://bit.ly/bantubookkeeping
http://bit.ly/bantubookkeeping